Perjanjian pengharaman senjata nuklear bakal berkuat kuasa

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,479
Reaction score
4,298
Points
201
GENEVA: Perjanjian antarabangsa bagi mengharamkan senjata nuklear, dijangka berkuat kuasa dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Perjanjian itu yang meliputi larangan terhadap penggunaan, pembangunan, penghasilan, ujian, penempatan, penyimpanan dan ancaman menggunakan senjata nuklear, dipersetujui 122 negara ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai 2017.

Setakat ini, 84 negara sudah menandatangani perjanjian itu yang akan berkuat kuasa dalam tempoh 90 hari selepas 50 negara terbabit meratifikasi dokumen berkenaan.

Ulang tahun ke-75 peristiwa serangan bom nuklear ke atas Nagasaki dan Hiroshima, Ogos lalu, menyaksikan banyak negara telah meratifikasi perjanjian itu sepanjang tempoh beberapa bulan lalu.

Ia termasuk Nigeria, Malaysia, Ireland, Malta dan terbaru, Tuvalu pada 12 Oktober lalu, menjadikan jumlahnya mencecah 47 negara.

Negara ke-48 dijangka meratifikasi dokumen itu dalam tempoh terdekat dengan disusuli beberapa negara lain.

Pengarah Eksekutif Kempen Antarabangsa Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN), Beatrice Fihn, berkata penguatkuasaan pengharaman senjata nuklear itu hampir menjadi kenyataan.

"Ia adalah suatu perkara amat penting. Ia berkemungkinan akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat. Kami berasakan masanya betul-betul tidak lama lagi.

"Negara terbabit berjaya melakukannya walaupun berdepan ancaman pandemik serta tekanan besar daripada negara yang memiliki senjata nuklear, dan ia sangat mengagumkan.

"Ia akan betul-betul menjadi satu pencapaian bersejarah. Perjanjian itu bakal melengkapi larangan terhadap senjata pemusnah besar-besaran, termasuklah senjata biologi dan kimia," katanya kepada pemberita, di sini.

Thailand, Mexico, Afrika Selatan, Bangladesh, New Zealand, Vietnam dan Vatican juga merupakan antara negara yang sudah meratifikasi perjanjian itu.

Namun sebilangan negara yang memiliki senjata nuklear, termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, China dan Russia, tidak menandatangani perjanjian berkenaan. - AFP

 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,795
Reaction score
1,208
Points
201
hmmm.. nuklear tak ada sebb dia org da ada hypersonik missile ... yg tak leh pintas oleh mana2 missile pemintas
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,550
Reaction score
438
Points
131
tapi negara yg dah mmg ade senjata nuklear cmne,lupus ke semua bom2 tu....
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,479
Reaction score
4,298
Points
201

Can the UN's new nuclear treaty really abolish atomic weapons? | Inside Story
 
Sponsored Post
Top
Log in Register