BTC USD 63,651.3 Gold USD 1,806.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERJANJIAN MALAYSIA 1963: Semua Tuntutan Sarawak Dinilai Secara Adil - PM

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

Situasi menang-menang dalam rundingan MA63 - Abang Johari

Oleh Mohd Roji Kawi- September 16, 2021 @ 10:16pm
[email protected]

abangjoo_1631804831.jpg

Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud (dua kanan) dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib (kanan) turut hadir sambutan Hari Malaysia di DUN Sarawak malam ini. - Foto NSTP/IHSAN JABATAN PENERANGAN

KUCHING: Rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Transformasi Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan pembangkang Isnin lalu, diharap membawa situasi menang-menang kepada negeri itu dan Persekutuan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata selepas 58 tahun pembentukan Malaysia, terdapat beberapa perkara yang tidak dilaksanakan mengikut Perlembagaan serta MA63 dan ia harus dibawa ke meja rundingan sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar.

Beliau berkata, rundingan antara dua pihak berhubung perkara itu sudah bermula sejak 2015 dan ia harus diteruskan untuk memastikan hak yang terhakis secara sengaja atau sebaliknya dikembalikan semula kepada negeri ini.

"Setakat ini, beberapa pencapaian yang cukup besar sudah kita peroleh untuk mengembalikan kuasa negeri yang terkikis selama bertahun-tahun.

"Antaranya memberi kuasa kepada Pegawai Undang-Undang Negeri sebagaimana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya mengikut Kanun Prosedur Jenayah untuk menjalankan pendakwaan atas kesalahan mengikut ketetapan negeri dari peringkat seseorang didakwa di mahkamah rendah sehingga peringkat rayuan," katanya.

openg_1631804834.jpg

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berucap pada sambutan Hari Malaysia di DUN Sarawak malam ini. NSTP/IHSAN JABATAN PENERANGAN

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam ini.

Majlis yang diadakan dengan kehadiran terhad itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Abang Johari berkata, empat lagi kejayaan yang diperoleh setakat ialah menambah perjawatan di Jabatan Imigresen Sarawak untuk meningkatkan fungsi penguatkuasaan jabatan itu di negeri ini dengan mewujudkan 100 jawatan baharu.

Selain itu, katanya, Sarawak juga boleh meningkatkan nisbah guru kalangan anak jati kepada 90 peratus daripada jumlah guru yang berkhidmat di negeri ini.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri boleh berkonsultasi dalam penyusunan undang-undang Persekutuan yang mempunyai impak terhadap pemerintah negeri.

"Perancangan projek pembangunan Persekutuan di Sarawak harus mengutamakan rancangan lima tahun pembangunan negeri berdasarkan anggaran yang diluluskan.

"Pelaksanaan projek akan dirujuk atau dirundingkan antara Kementerian dan kerajaan negeri seperti menentukan lokasi sekolah, hospital dan pelaksanaan projek pembangunan lain, terutama daerah luar bandar," katanya.

Beliau berkata, beberapa kejayaan turut dicapai setakat ini antaranya berkaitan royalti minyak dan pembayaran tunai serta mendapat hak pengedaran gas di Sarawak.

taib-16S_1631804837.jpg

Tun Abdul Taib Mahmud tiba untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia di DUN Sarawak malam ini. -NSTP/IHSAN JABATAN PENERANGAN

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

Sabah hargai komitmen Pusat urus MA63

Rafiqah Dahali- September 17, 2021 @ 11:07am
[email protected]

SA160921AD024_1631848028.jpg

Hajiji ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), malam tadi. FOTO NSTP/MOHD ADAM ARININ

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menghargai komitmen kerajaan Pusat meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai antara teras utama dalam kerjasama dwi-partisan melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, Sabah menghargai komitmen Pusat itu dan berharap rundingan di antara Persekutuan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak melalui platform Majlis Khas MA63 yang dirintis Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini disambung secepat mungkin.

"Banyak kemajuan awal mula dicapai. Kita berkeyakinan tinggi, di bawah kebijaksanaan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kita akan dapat bersama-sama membawa nilai dan makna lebih besar dalam hal berkaitan MA63.

"Berteraskan semangat 'Keluarga Malaysia' merentasi wilayah, Insya-Allah, kita berusaha memenuhi kontrak sosial antara wilayah yang disepakati pelopor awal tanah air di bawah MA63," katanya ketika berucap ucapan sempena Sambutan Hari Malaysia 2021, semalam.

Dalam pada itu, Hajiji turut berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan beliau bersepakat untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah sebagai keutamaan.

"Komitmen kita adalah untuk menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilancarkan pada 29 Mac lalu. Mandat rakyat perlu ditunaikan sehabis baik, apatah lagi ketika menghadapi kemelut kesihatan awam luar biasa yang memberi kesan kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

"Setelah 58 tahun, kami berhasrat melihat rakyat dan negeri Sabah diberikan pengiktirafan lebih signifikan dalam membawa Malaysia melangkah ke hadapan, membina negara lebih makmur, aman, maju dan sentosa," katanya.

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,688
Reaction score
2,531
Points
201
MA63 hanya kertas putih masa pembentukan Malaysia, jgn sebab nak raih undi, benda nie duk canang berulang2 kali.....nk komen lebih satgi jahanam plk hahaha biar ja la...selamat menyambut Hari Malaysia
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

PBS tolak cadangan perjanjian baharu ganti MA63

Izwan Abdullah- September 19, 2021 @ 3:18pm
[email protected]

Dr_Maximus_Ongkili_1632035885.jpg

Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak cadangan untuk melupakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menggantikannya dengan perjanjian baharu di antara Kerajaan Pusat, Sabah dan Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata cadangan itu bukan langkah yang betul untuk menyelesaikan isu berkaitan MA63 dan tuntutan mengenainya yang disuarakan kedua-dua negeri Borneo itu.

Katanya, cadangan menggantikan MA63 dengan perjanjian baharu tidak boleh dilaksanakan kerana MA63 menjadi rujukan penting dan asas untuk membincangkan isu yang memberi manfaat kepada kedua-dua negeri berkenaan.

"Kita perlu memahami bahawa MA63 dan Akta Malaysia juga dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah serta Sarawak.

"Jika kita ingin merangka perjanjian baharu, perjanjian itu juga perlu dibentangkan di Parlimen dan kedua-dua DUN untuk persetujuan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata demikian sebagai mengulas cadangan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai perjanjian baharu dengan Putrajaya bagi menggantikan MA63.

Maximus berkata, Pandikar perlu memahami bahawa persekutuan memerlukan perjanjian sebagai titik rujukan asas.

"Maknanya, dalam hal ini, jika tiada MA63, maka tiadalah titik rujukan asas. Katakanlah jika anda tidak berpuas hati dengan perlembagaan persekutuan sedia ada, apa dokumen rujukan yang boleh anda gunakan untuk membahaskannya?" katanya.

Beliau tidak menafikan perjanjian baharu dengan Putrajaya perlu dibuat, namun katanya, ia mesti berdasarkan MA63 dan bukan untuk menggantikan perjanjian asal berkenaan.

Maximus turut menjelaskan, berdasarkan undang-undang, jika ada individu berdepan dengan rungutan, aduan atau pecah amanah, mereka berhak menolak sekiranya ia bercanggah dengan perjanjian yang ditandatangani.

"Oleh itu, pihak yang menghadapi isu ketidakpatuhan terhadap sebarang perjanjian boleh membuat aduan dan rayuan untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya proses itu gagal, hanya dengan itu, anda boleh melupakan MA63 dan memilih proses perundangan atau demokrasi berpolitik.

"Namun, Malaysia masih memiliki pemimpin yang berfikiran waras, bukan hanya di peringkat Kerajaan Pusat tetapi juga di Sabah dan Sarawak, yang komited untuk memelihara, mengukuhkan dan memperbaharui Persekutuan Malaysia dan ia akan mengembangkan ideologi Sabah Maju Jaya dan Sarawak sebagai rakan sekutu persekutuan," katanya.

Dia pun kena fhm ma63 tu kertas putih yg x dimasukkan dlm perlembagaan....betoi la apa pendikar ckp tu kena buat perjanjian br masuk dlm perlembagaan......br solid apa yg di tuntut oleh borneo
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register