BTC USD 63,342.0 Gold USD 1,793.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERJANJIAN MALAYSIA 1963: Semua Tuntutan Sarawak Dinilai Secara Adil - PM

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,575
Reaction score
15,628
Points
2,376
MA63 | Kerajaan GRS Komited Semua Tuntutan Dapat Ditunaikan

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap dengan pendirian agar semua perkara atau tuntutan seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat ditunaikan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

#vivoX60Series #PhotographyRedefined

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,293
Reaction score
15,058
Points
1,906
MA63: Jangan lengah janji - PCS
#malaysiagazette #MA63 #PCS

MA63: Jangan lengah janji – PCS​



15 September 2021

MGF11092020_AnifahAman12.jpg


Anifah Aman
KOTA KINABALU – UMNO digesa mengotakan janji untuk mengembalikan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berkata, rakyat Sabah sudah lama menunggu pelaksanaan MA63 sepenuhnya.




“Tidak ada sebab hal ini dilengah-lengahkan atau diberi pelbagai alasan memandangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah membuat janji tersebut, malah mengatakan bahwa apa pun kekangan yang timbul akan diatasi demi memastikan ianya terlaksana.

“Presiden UMNO telah berjanji kepada rakyat Sabah untuk melaksanakan MA63 100 peratus,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis tahun lalu, Ahmad Zahid telah berjanji akan melaksanakan MA63 sepenuhnya sekiranya kerajaan Barisan Nasional menerusi UMNO berkuasa semula.



Sementara itu, Anifah berkata, kerajaan tidak perlu menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji hal berkaitan MA63.

“Kami di Sabah perasan asal tukar kerajaan sebuah jawatankuasa baru ditubuhkan untuk mengkaji MA63 dan sebagainya.
“Sempena Hari Malaysia ini, kami harapkan ada pengumuman positif buat rakyat Sabah,” katanya. – MalaysiaGazette

mp-bersatu-sah-berkecuali-undi-ahmad-maslan
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,688
Reaction score
2,531
Points
201
MA63: Jangan lengah janji - PCS
#malaysiagazette #MA63 #PCS

MA63: Jangan lengah janji – PCS​



15 September 2021

MGF11092020_AnifahAman12.jpg


Anifah Aman
KOTA KINABALU – UMNO digesa mengotakan janji untuk mengembalikan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berkata, rakyat Sabah sudah lama menunggu pelaksanaan MA63 sepenuhnya.




“Tidak ada sebab hal ini dilengah-lengahkan atau diberi pelbagai alasan memandangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah membuat janji tersebut, malah mengatakan bahwa apa pun kekangan yang timbul akan diatasi demi memastikan ianya terlaksana.

“Presiden UMNO telah berjanji kepada rakyat Sabah untuk melaksanakan MA63 100 peratus,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis tahun lalu, Ahmad Zahid telah berjanji akan melaksanakan MA63 sepenuhnya sekiranya kerajaan Barisan Nasional menerusi UMNO berkuasa semula.



Sementara itu, Anifah berkata, kerajaan tidak perlu menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji hal berkaitan MA63.

“Kami di Sabah perasan asal tukar kerajaan sebuah jawatankuasa baru ditubuhkan untuk mengkaji MA63 dan sebagainya.
“Sempena Hari Malaysia ini, kami harapkan ada pengumuman positif buat rakyat Sabah,” katanya. – MalaysiaGazette

mp-bersatu-sah-berkecuali-undi-ahmad-maslan
Bunyi blk, benda tu kertas putih ja bkn masuk dlm undang2
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,575
Reaction score
15,628
Points
2,376
HARI MALAYSIA | Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah, Sarawak Dalam MA63

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu kepentingan Sabah dan Sarawak terutama berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963, (MA63).

MA63 juga antara enam transformasi yang dimasukkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan, Isnin lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

AdiWalter

Fun Poster
Joined
Jul 15, 2021
Messages
226
Reaction score
30
Points
20
ini semua munafik mahathir mohammad 22 tahun memerintah jarang fokus pada sabah sarawak..

era najib je yg bagus
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,575
Reaction score
15,628
Points
2,376

Selesaikan isu MA63 - Maximus

Oleh Izwan Abdullah- September 15, 2021 @ 10:09pm
[email protected]

hari_malaysia_1631714967.jpg


Tuan Aqeel Aysar Safuan, 11, (kanan) dan kembarnya Tuan Aqeef Aysar, 11, (kiri) serta adik mereka Damia Aysarah Khalieesya, 8, berbasikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia ke-58 ketika ditemui di Kuala Ibai. - Foto hiasan NSTP/Ghazali Kori


KOTA KINABALU: Isu ketidakpatuhan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diselesaikan sejajar dengan kepentingan perjanjian berkenaan yang dianggap sebagai asas untuk mengekalkan persekutuan dan mengukuhkan perpaduan serta solidariti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata perkara itu sangat penting untuk diberikan perhatian sejajar harapan rakyat di Sabah dan Sarawak, khususnya menjelang sambutan Hari Malaysia esok.

Datuk_Seri_Dr_Maximus_Ongkili_15_1631714961.jpg


Dr Maximus Ongkili

Beliau yang akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam lawatan rasmi pertama ke Sabah sempena sambutan Hari Malaysia esok, berkata MA63 adalah asas pembentukan persekutuan Malaysia yang tanpanya, negara ini mungkin tidak wujud.

"MA63 adalah asas untuk mengekalkan persekutuan dan mengukuhkan perpaduan serta solidariti. Justeru, menyelesaikan ketidakpatuhan terhadap perjanjian itu adalah sangat penting. Kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak mungkin ada persekutuan Malaysia jika tiada MA63," katanya.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata, ramai pemimpin negara termasuk pentadbir kerajaan tidak memberikan penghormatan yang sewajarnya terhadap kepentingan MA63.

Beliau berkata, ancaman yang semakin melebar berkaitan rasa kecewa dan tidak senang hati khususnya dalam generasi muda Sabah dan Sarawak juga adalah satu realiti.

Katanya, perkara itu perlu dipandang serius memandang rakyat mempunyai ruang yang luas untuk menyatakan rasa tidak puas hati, lebih-lebih lagi ketika ini generasi muda sangat mudah mendapat maklumat tidak tepat berkaitan sejarah pembentukan Malaysia.

Maximus yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata usaha merapatkan jurang ekonomi antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung juga perlu terus diberi penekanan.

Pemimpin di Sabah dan Sarawak berdepan kesukaran untuk menjawab mengapa wujud jurang yang besar dari segi tahap kemiskinan, pengagihan pendapatan dan infrastruktur fizikal berbanding Semenanjung.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,575
Reaction score
15,628
Points
2,376

PCS tuntut UMNO kotakan janji MA63

Oleh Rafiqah Dahali- September 16, 2021 @ 1:26pm
[email protected]

anipah_anifah_aman_1631769987.jpg


Datuk Seri Anifah Aman

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) menuntut UMNO menunaikan janji untuk mengembalikan hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setelah parti terbabit kembali sebagai sebahagian kerajaan Persekutuan.

Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman, berkata pihaknya menyifatkan perkara ini tidak perlu dilengahkan lagi berikutan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membuat janji terbabit sebelum ini.

"Presiden UMNO telah berjanji kepada rakyat Sabah untuk melaksanakan MA63 seratus peratus. Tiada lagi sebab untuk melengah-lengahkan atau memberi pelbagai alasan memandangkan parti itu sudah kembali berkuasa.

"Dari dulu hingga kini saya amat menghormati beliau dan percaya beliau seorang pemimpin yang sentiasa mengotakan janji. UMNO kini telah kembali ke tampuk pimpinan tertinggi kerajaan setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob selaku Naib Presiden dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Bagi pihak semua rakyat Sabah, saya menuntut daripada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO untuk memenuhi janji dan melaksanakan MA63 seratus peratus," katanya dalam kenyataan sempena Hari Malaysia.

Dalam pada itu, Anifah turut berkata pihaknya menuntut kerajaan pusat tidak lagi menubuhkan jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji perkata berkaitan MA63.

"Sebaliknya, rakyat kini ingin melihat sama ada Zahid dan UMNO memiliki integriti untuk memenuhi "janji yang bukan sembarang janji" itu.

"Kita tidak perlukan lagi jawatankuasa ditubuhkan. Ketika saya di dalam kerajaan, perkara ini sudah sampai ke peringkat Kabinet.

"Sekarang di Sabah kami menyedari setiap kali kerajaan bertukar, sebuah jawatankuasa baru ditubuhkan untuk mengkaji MA63 dan sebagainya," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,575
Reaction score
15,628
Points
2,376

'Teruskan usaha penuhi semangat, hasrat MA63'

Latifah Arifin- September 16, 2021 @ 2:18pm
[email protected]

din16_1631773105.jpg


Foto ihsan FB Muhyiddin Yassin.


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan dapat meneruskan usaha memenuhi hasrat dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam usaha memperkukuhkan perpaduan nasional di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kesinambungan usaha yang sebelum ini dilaksanakan ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah negara wajar diteruskan kerana ia amat bermakna bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

"Sempena sambutan Hari Malaysia, saya berharap kerajaan dapat meneruskan usaha untuk memenuhi semangat dan hasrat Perjanjian Malaysia 1963 yang mana beberapa pencapaian telah dilakukan ketika pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri.

"Usaha ini amat penting dan bermakna kepada rakyat Sabah dan Sarawak dan ia pastinya akan memperkukuh semangat perpaduan dan integrasi nasional di negara kita," katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia ke-58 yang dikongsi di Facebook rasminya, hari ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu turut mengajak rakyat Malaysia bersatu hati sebagai satu bangsa dalam usaha memerangi perang pandemik COVID-19.

"Marilah kita bersama menggembeleng tenaga dan berganding bahu membina semula ekonomi dan kehidupan kita pasca pandemik.

"Semoga hari esok membawa sinar menerangi kehidupan kita semua," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi keyakinan perancangan yang komprehensif, teratur dan lestari sedang digerakkan bagi merancakkan semula aktiviti sosioekonomi negara.

"Seperti yang saya pernah sebut sebelum ini, 2021 adalah tahun pemulihan Malaysia, justeru Hari Malaysia 2021 adalah sambutan yang istimewa kerana pada tahun ini kita memasang azam dan iltizam untuk keluar daripada pandemik, tinggalkan ketakutan dan bangkit daripada kesedihan lampau.

"Negara kita berada di landasan yang betul berkat perancangan rapi kerajaan PN sejak awal tahun lalu. Tanda pemulihan samar sebelum ini sudah makin jelas di hadapan mata kita. Paling ketara adalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan kadar vaksinasi negara antara paling terpantas di dunia," katanya.

Tambahnya, negara juga makin hampir ke arah mencapai imuniti kelompok dengan 73.4 peratus populasi dewasa atau lebih 17 juta penduduk sudah menerima dua dos vaksin, manakala sebanyak 91.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

"Kita melihat aktiviti sosioekonomi kembali rancak, kesemua negeri kecuali Johor dan Kedah sudah beralih dari fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), menyaksikan pergerakan rakyat lebih besar tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) kesihatan masih berkuat kuasa.

"Terbaharu, gelembung perjalanan diperkenalkan untuk mempergiat sektor pelancongan dengan Langkawi menjadi destinasi pertama," katanya.

Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang memainkan peranan masing-masing dan terus berjuang bagi memerangi COVID-19.

Katanya, usaha sama ada melalui pematuhan SOP ditetapkan kerajaan atau menyahut seruan mengambil vaksin amat dihargai.

"Komitmen anda membantu membawa Malaysia keluar daripada kemelut pandemik dan merintis jalan ke arah pemulihan negara yang diidamkan oleh kita semua.

"Berbekalkan semangat perwira dan pejuang terdahulu, saya yakin dan percaya kita semua mampu mencipta keajaiban untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, kesan daripada pandemik ini," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,575
Reaction score
15,628
Points
2,376

Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah, Sarawak dalam MA63

Oleh Suzalina Halid- September 16, 2021 @ 8:42pm
[email protected]



KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara berkaitan yang perlu diselesaikan akan terus diperhalusi melalui rundingan dalam Majlis Khas MA63.

Majlis Khas MA63 itu dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri selain dianggotai Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg serta lapan Menteri Persekutuan.


Isamail2B-16_1631802257.jpg


Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (tiga dari kanan) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) ketika menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam ini. - Foto BERNAMA

"Setiap kali menjelang Hari Malaysia, persoalan 'equal partners' sering dibangkitkan maka kerajaan memberi jaminan menerusi Majlis Khas MA63 akan memperhalusi perkara yang diperlu diselesaikan.

"Usaha ini membuktikan, kerajaan komited dalam memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak," katanya, dalam Perutusan Perdana Menteri Sambutan Hari Malaysia 2021 di Kota Kinabalu malam ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, meskipun Malaysia sebuah negara yang negerinya terpisah oleh Laut China Selatan, setiap cabaran berjaya ditangani dan dihadapi dengan kerangka tindakan toleransi dan demokratik, berpaksikan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

Sebelum ini, MA63 antara enam transformasi yang dimasukkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), Isnin lalu.

Melalui MoU itu, transformasi MA63 akan memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara yang termaktub dalam perjanjian itu dengan dokumen yang berkaitan dengannya.

Ismail_Sabri_-_16S_1631802252.jpg


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register