BTC USD 63,390.7 Gold USD 1,805.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERJANJIAN MALAYSIA 1963: Semua Tuntutan Sarawak Dinilai Secara Adil - PM

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,590
Reaction score
15,629
Points
2,376
PERJANJIAN MALAYSIA 1963 | Semua Tuntutan Sarawak Dinilai Secara Adil - PM

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan persekutuan akan menilai semua tuntutan yang dibawa oleh Sarawak terutamanya yang melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan adil.

Beliau memberi jaminan bahawa hak-hak Sarawak akan terus dilindungi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,303
Reaction score
15,060
Points
1,906
‘Peganglah kata-kata saya’, kata PM mengenai pemulihan hak Sabah, Sarawak

April 1, 2021 8:39 PM

muhyiddin-yassin-bernama1.jpg

Muhyiddin Yassin dan Abang Johari Openg menghadiri sesi ‘town hall’ Wawasan Kemakmuran Bersama. (Gambar Bernama)

KUCHING: Kerajaan komited untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan berjanji meminda Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerajaan pimpinan Perikatan Nasional mungkin tidak dapat memenuhi perkara itu kerana memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk meminda perlembagaan.
“Jika kita boleh menang besar dalam pilihan raya umum ke-15, itu akan memudahkan kita melakukannya secepat mungkin.

“Peganglah kata-kata saya ini,” katanya di sesi ‘town hall’ Wawasan Kemakmuran Bersama.

Beliau mengulas permintaan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg supaya Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana tafsiran terkini frasa ‘Persekutuan’ di dalamnya merujuk kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Abang Johari sebaliknya mahukan ia dipinda kepada ‘Perlembagaan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.’

Muhyiddin berkata beliau maklum mengenai permintaan itu selain menyedari ia juga kehendak kebanyakan rakyat Sarawak.

“Ini sesuatu yang dekat di hati rakyat Sarawak dan kita komited untuk mengembalikan serta melindungi hak mereka. Saya turut menyedari Sabah dan Sarawak bukan sekadar negeri malah wilayah di Malaysia,” katanya.

“Jadi jika ada apa-apa yang mereka (Sabah dan Sarawak) menganggap tidak adil berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963, kita boleh duduk membincangkannya lebih lanjut.”

Katanya kerajaan diketuai PN itu mahu mengukuhkan hubungan antara persekutuan dengan negeri berdasarkan rasa saling hormat dan persefahaman.

Berhubung Wawasan Kemakmuran Bersama, Muhyiddin berkata polis itu penting untuk memastikan kesejahteraan setiap rakyat di negara ini, tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kita berusaha melakukan apa saja yang terdaya demi kepentingan orang ramai supaya tiada sesiapa yang ketinggalan,” katanya.

Selain itu, katanya, keseluruhan 781 projek di Sarawak bernilai RM4.5 bilion telah diluluskan di bawah rancangan boleh pinda pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Sebagai tambahan, sejumlah RM988 juta telah diasingkan mengikut RMK-12 untuk 347 projek berkaitan pendidikan, termasuk program latihan, selain pembaikpulihan dan pembinaan semula sekolah yang usang di seluruh negeri.

Sementara itu, di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA), sejumlah 523 loksai di kawasan luar bandar Sarawak akan menikmati WiFi percuma dengan kadar kelajuan 35Mbps menjelang Oktober tahun ini.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,303
Reaction score
15,060
Points
1,906
MA63: Semua tuntutan Sarawak dinilai secara adil – Muhyiddin

1 April 2021

PM-Sarawak.jpg

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar ketika hadir pada Majlis Balai Rakyat (Town Hall) Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Turut sama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (dua, kiri), Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) dan Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Seri Dr Mohd Radzi Md Jidin (kanan). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA.

KUCHING – Kerajaan persekutuan akan menilai semua tuntutan yang dibawa oleh Sarawak terutamanya yang melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan adil, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa hak-hak Sarawak akan terus dilindungi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya komitmen tersebut telah dizahirkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi penubuhan portfolio khusus di bawah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta penubuhan Majlis Khas mengenai MA63.
“Pada masa ini, Majlis Khas MA63 sedang meneliti perkara-perkara yang berkaitan dengan hak-hak Sarawak, dengan beberapa kemajuan yang telahpun dicapai.
“Kerajaan PN mahu menambah baik hubungan persekutuan-negeri dengan bersandarkan pada asas lebih kukuh melalui pendekatan saling menghormati dan memahami,” katanya dalam ucapan pada Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta barisan kepimpinan tertinggi negeri.
Perdana Menteri tiba di Sarawak pagi tadi untuk lawatan kerja selama dua hari.
Sementara itu, Muhyiddin berkata dalam tempoh setahun yang lalu, kerajaan komited dalam memacu pembangunan sosioekonomi di semua negeri termasuk Sarawak.

“Bagi Rolling Plan Pertama 2021 RMK12 (Rancangan Malaysia ke-12), sebanyak 781 projek pembangunan telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM4.5 bilion khusus untuk Sarawak bagi pelaksanaan projek-projek di bawah pelbagai kementerian dan agensi.

“Antara projek pembangunan utama yang sedang dilaksanakan di Sarawak ialah projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, projek menaik taraf Lapangan Terbang Mukah dan projek Pembangunan Hab Halal Tanjung Manis Fasa 1A,” katanya.
Muhyiddin berkata pelaksanaan projek-projek itu bukan sahaja mampu menyumbang kepada peningkatan aktiviti ekonomi tetapi juga dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat di Sarawak.- BERNAMA

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,303
Reaction score
15,060
Points
1,906
Tiga Jawatankuasa Kerja Majlis Khas MA63 bentang laporan minggu depan – PM

1 April 2021

PM-MA63.jpg

KUCHING – Tiga Jawatankuasa Kerja di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan membentangkan laporan serta syor-syor mengenai perkara yang dibincangkan di peringkat jawatankuasa minggu depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata tiga jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak dan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.

“Penubuhan tiga jawatankuasa kerja ini bertujuan mengesyorkan kepada Majlis Khas MA63 berhubung cadangan penyelesaian isu-isu spesifik berkaitan perundangan bagi rakan sekutu, keselamatan negeri dan sosioekonomi selaras dengan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam kerangka perundangan negara,” katanya.

Berucap pada majlis Jamuan Negeri di Bangunan Baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini malam ini, beliau berkata terdapat beberapa cadangan yang melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak Sabah dan Sarawak yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu.

“Perkara berkaitan dengan hal ehwal imigresen, pendaftaran negara, kawalan sempadan, pendatang asing tanpa izin dan pencerobohan nelayan asing dalam Zon Ekonomi Eksklusif, telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Perdana Menteri berkata hal-hal berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi Sarawak seperti isu kemiskinan, infrastruktur jalan raya, kesihatan, pendidikan, capaian internet dan telekomunikasi, caj dan sewaan tanah di bawah Ordinan Tanah Sarawak dan pemberian khas kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan juga telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.
“Saya menaruh harapan yang tinggi agar isu-isu yang berbangkit akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan dengan itu hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak akan kekal kukuh dan bertambah akrab demi kepentingan rakyat,” katanya.

Muhyiddin, dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak, akan meneruskan programnya esok dengan bersarapan pagi di Restoran Sepinang Sari, sebuah restoran yang terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan dengan keenakan ‘Mi Sapi Hj Salleh’ di Jalan Satok di sini.

Seterusnya, beliau akan menyertai program PRIHATIN dan PENJANA di Medan Niaga Satok sebelum berangkat ke Bahagian Samarahan bagi program Ziarah Prihatin Kampung Sindang Baru dan perjumpaan bersama pemimpin masyarakat di Dewan Perguruan Tun Abd Razak di Kota Samarahan.

Perdana Menteri juga akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Ikhlas di Muara Tuang sebelum menghadiri makan tengah hari bersama kepimpinan masyarakat di sebuah hotel di sini, sebelum mengakhiri lawatannya dengan meninjau projek menaik taraf Hospital Umum Sarawak.-BERNAMA

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,253
Reaction score
2,882
Points
201
Hak kalimah Allah pun abah da kasi kpd sabah sarawak hehe
 
MA63 | Tiga Jawatankuasa Kerja Bentang Laporan Minggu Depan

Tiga Jawatankuasa Kerja di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan membentangkan laporan serta syor-syor mengenai perkara yang dibincangkan di peringkat jawatankuasa, minggu depan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,005
Reaction score
2,745
Points
201
Tiga Jawatankuasa Kerja Majlis Khas MA63 bentang laporan minggu depan – PM

1 April 2021

PM-MA63.jpg

KUCHING – Tiga Jawatankuasa Kerja di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan membentangkan laporan serta syor-syor mengenai perkara yang dibincangkan di peringkat jawatankuasa minggu depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata tiga jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak dan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.

“Penubuhan tiga jawatankuasa kerja ini bertujuan mengesyorkan kepada Majlis Khas MA63 berhubung cadangan penyelesaian isu-isu spesifik berkaitan perundangan bagi rakan sekutu, keselamatan negeri dan sosioekonomi selaras dengan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam kerangka perundangan negara,” katanya.

Berucap pada majlis Jamuan Negeri di Bangunan Baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini malam ini, beliau berkata terdapat beberapa cadangan yang melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak Sabah dan Sarawak yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu.

“Perkara berkaitan dengan hal ehwal imigresen, pendaftaran negara, kawalan sempadan, pendatang asing tanpa izin dan pencerobohan nelayan asing dalam Zon Ekonomi Eksklusif, telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Perdana Menteri berkata hal-hal berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi Sarawak seperti isu kemiskinan, infrastruktur jalan raya, kesihatan, pendidikan, capaian internet dan telekomunikasi, caj dan sewaan tanah di bawah Ordinan Tanah Sarawak dan pemberian khas kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan juga telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.
“Saya menaruh harapan yang tinggi agar isu-isu yang berbangkit akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan dengan itu hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak akan kekal kukuh dan bertambah akrab demi kepentingan rakyat,” katanya.

Muhyiddin, dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak, akan meneruskan programnya esok dengan bersarapan pagi di Restoran Sepinang Sari, sebuah restoran yang terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan dengan keenakan ‘Mi Sapi Hj Salleh’ di Jalan Satok di sini.

Seterusnya, beliau akan menyertai program PRIHATIN dan PENJANA di Medan Niaga Satok sebelum berangkat ke Bahagian Samarahan bagi program Ziarah Prihatin Kampung Sindang Baru dan perjumpaan bersama pemimpin masyarakat di Dewan Perguruan Tun Abd Razak di Kota Samarahan.

Perdana Menteri juga akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Ikhlas di Muara Tuang sebelum menghadiri makan tengah hari bersama kepimpinan masyarakat di sebuah hotel di sini, sebelum mengakhiri lawatannya dengan meninjau projek menaik taraf Hospital Umum Sarawak.-BERNAMA

Pasukan polis sendiri tak mintak ke?
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register