BTC USD 96,217.0 Gold USD 2,903.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2025

6057369111614308376_121.jpg

6057369111614308377_121.jpg

6057369111614308378_121.jpg

6057369111614308379_121.jpg

6057369111614308380_121.jpg

6057369111614308381_121.jpg


Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan

KOTA TINGGI - Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, daripada jumlah itu terdapat lima laluan yang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

"Berdasarkan maklumat yang dibekalkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor laluan terbabit ialah FT003 (Seksyen 51.50 - 51.70) Jalan Johor Bahru - Endau, FT091 (Seksyen 2.50 - 2.60) Jalan Kota Tinggi - Kluang dan FT092 (Seksyen 34 - 34.5): Jalan Kota Tinggi - Sg Rengit.

"Turut ditutup ialah FT99 (Seksyen 42.50 - 43) Jalan Lok Heng / Mawai / Sg. Mas dan J172 (Seksyen 1.80 - 2.00): Jalan Mawai Lama (Rumah Burung)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, terdapat lima jalan di daerah ini hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

"Ia membabitkan FT003 (Seksyen 60.00 - 61.00) Johor Bahru - Endau (Yatama City) dan FT003 (Seksyen 46.00 - 46.10) Johor Bahru - Endau (PS Tebrau).

"J175 (Seksyen 0.20 - 0.40) Kg Lukut Cina - Kg Batu Ampat (Tmn Aman), J179 (Seksyen 8.0 - 8.10) Jalan Perani (Ladang FIMA) dan J175 (Seksyen 2.80 - 3.30) Kg Lukut Cina - Kg Batu Ampat (Kolam Ikan)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut Azmi, di Kluang terdapat satu jalan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja iaitu FT050 (Seksyen 71.0 - 71.20) Jalan Batu Pahat - Jemaluang.


NOR AZURA MD AMIN
 
Sponsored Post

‼️PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN KELUAR ‼️


Penutupan jalan keluar masuk disebabkan tanah runtuh dan hakisan tanah di Sungai di Jalan Tan Tee San(Saleng). Orang awam dinasihatkan memandu dengan had laju yang ditetapkan dan sentiasa berhati – hati bagi mengurangkan risiko kepada pengguna jalan raya.


6057369111614308430_121.jpg

6057369111614308432_121.jpg

6057369111614308431_121.jpg

6057369111614308433_121.jpg

6057369111614308434_121.jpg

6057369111614308435_121.jpg
 
MAKLUMAN KAWASAN BERISIKO TANAH RUNTUH & BANJIR🆘🦺

Saya mengambil maklum laporan berkenaan kawasan berisiko tanah runtuh & banjir di sekitar DUN Bukit Batu seperti berikut:

Kawasan terjejas:
Kg Melayu Bukit Batu (Jalan Benteng, Jalan Masjid, Jalan Jailani)
• Kg Rahmat (Jalan Meranti)
• Taman Glomac
• Taman Putri Kulai

Saya ingin memberi jaminan bahawa pihak kami sentiasa memantau keadaan ini dengan teliti. Langkah-langkah persediaan telah diambil, termasuk kemungkinan pengaktifan PPS jika diperlukan.

Pasukan saya bersama agensi berkaitan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk.

Saya menyeru semua penduduk untuk terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Jika terdapat sebarang keperluan mendesak, sila hubungi pusat kawalan atau wakil kami di lapangan.

Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

#MalaysiaMadani #bukitbatu #PARTIKEADILANRAKYAT #chiongsensern #majubersamabukitbatu

6057369111614308495_121.jpg

6057369111614308493_121.jpg

6057369111614308496_121.jpg

6057369111614308494_121.jpg

6057369111614308493_121.jpg

6057369111614308491_121.jpg

6057369111614308498_121.jpg

6057369111614308499_120.jpg

6057369111614308497_121.jpg

6057369111614308500_121.jpg


 
*LAPORAN BERGAMBAR OPERASI BANJIR BOMBA BBP KULAI*

Operasi Banjir Kg Melayu Bukit Batu

Anggota Operasi ; 5 org
Aset Terlibat :
Artego BJT 8410
Utiliti Hilux WTF 9271

bil mangsa terlibat.

1. W/D - 2 Org
2. KANAK2 /L - 1 Org
3. KANAK2 /P - 1 Org
4. WARGA EMAS - 4org


Semua mangsa dibawa ke *PPS Dewan SJKC Bukit Batu*

Jbpm Johor


6057369111614308531_121.jpg

6057369111614308534_121.jpg

6057369111614308532_121.jpg

6057369111614308533_121.jpg

6057369111614308535_121.jpg
 
Mohon berhati - hati Jalan Kota Tinggi - Mersing, selepas simpang Mawai ada jalan pecah teruk mohon sangat2 JKR Kota Tinggi buh signboard & lampu yellow blink², supaya pengguna jalan raya berhati-hati.

Mohon kereta yang dah langgar tu ambil gambar lokasi kejadian untuk tujuan claim


 
6059620911427994899_120.jpg

6059620911427994900_120.jpg

6059620911427994901_120.jpg

6059620911427994903_120.jpg

6059620911427994904_120.jpg

6059620911427994905_120.jpg

6059620911427994902_120.jpg

6059620911427994907_120.jpg

6059620911427994906_120.jpg

6059620911427994908_120.jpg


Mangsa banjir Johor melonjak lagi, 5 daerah terjejas

Kota Tinggi: Mangsa banjir negeri ini melonjak kepada 1,786 penduduk daripada 533 keluarga yang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas, setakat jam 6 petang ini.

Ia berbanding seramai 1,291 penduduk daripada 396 keluarga yang ditempatkan di 22 PPS di empat daerah terjejas, jam 2 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata Johor Bahru adalah daerah terbaru yang terjejas susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas dengan mangsa banjir dengan seramai 1,085 mangsa daripada 345 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.

Beliau berkata, mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana yang menempatkan 205 penduduk daripada 51 keluarga dari kawasan Taman Aman dan Taman Mawai.

"Kluang merekodkan lonjakan teramai mangsa banjir yang kini 328 penduduk daripada 83 keluarga yang ditempatkan di empat PPS, berbanding hanya 45 mangsa daripada 12 keluarga jam 2 petang tadi.

"Mangsa banjir di Kulai turut melonjak kepada 239 penduduk daripada 68 keluarga yang ditempatkan di empat PPS, berbanding hanya 84 mangsa daripada 19 keluarga, jam 2 petang tadi.

"Di Pontian, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 134 penduduk daripada 37 keluarga yang ditempatkan di empat PPS, berbanding 74 mangsa daripada 19 keluarga, jam 2 petang tadi.

"Mangsa banjir di Johor Bahru masih dikemaskini namun setakat 6 petang tadi, lima PPS sudah dibuka" katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azmi yang juga Setiausaha Negeri Johor memaklumkan lima sungai masih merekodkan paras bahaya di negeri ini.

Katanya, ia membabitkan Sungai Lenik, Batu Pahat; Sungai Kahang, Kluang; Sungai Sayong di Kampung Siam, Kulai; Sungai Pontian Besar, Kulai selain Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru.

"Lima sungai di Johor merekodkan paras amaran membabitkan Sungai Sayong di Kampung Murni Jaya dan Sungai Skudai di Kampung Separa, Kulai; Sungai Skudai, Kampung Pasir dan Sungai Tiram, Johor Bahru selain Sungai Jemaluang, Mersing.

"Manakala empat sungai mencatatkan paras waspada membabitkan Sungai Segamat; Sungai Pulai, Pontian; Sungai Tebrau, Johor Bahru dan Sungai Sedili Kecil, Kota Tinggi," katanya.
 
*Produser Hollywood anti-Palestin menangis rumah mewah dijilat api tragedi kebakaran di LA*

KEBAKARAN hutan besar-besaran di kawasan timur dan barat Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sejak Selasa kini merekodkan angka kematian sekurang-kurangnya 11 mangsa dan memusnahkan 10,000 bangunan.

Jumlah tersebut dilaporkan meningkat selepas anggota bomba menjalankan operasi menyelamat di setiap rumah di kawasan kejiranan itu.

Kebakaran tersebut juga menjejaskan selebriti dan usahawan terkenal, Paris Hilton apabila kediamannya musnah di kaca televisyen.

Selain Paris, produser terkenal Hollywood, James Woods turut terjejas selepas rumah mewah miliknya terbakar, dijilat api dalam kejadian sama.

Tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kembali situasi ketika kebakaran itu, James dilihat menangis ketika ditemu bual media antarabangsa, CNN.

"Suatu hari anda berenang di kolam dan keesokan harinya semuanya hilang," katanya dalam nada sebak.

James yang juga dikenali dengan sikap anti-Palestin itu mengimbas semula detik penuh emosi apabila terpaksa menggunakan wang simpanan anak saudara isterinya, Sara Miller-Woods berusia lapan tahun untuk membantu membina semula rumah yang musnah.

Dalam perkembangan terbaharu, James menerusi akaun X pada Sabtu menunjukkan keadaan sekeliling kawasan rumahnya selepas api dipadamkan.

"Satu keajaiban telah berlaku. Kami berjaya sampai di rumah kami yang diberitahu telah hilang selama-lamanya tetapi masih 'berdiri teguh'," tulisnya.

Dalam video itu, kelihatan beberapa kawasan rumahnya yang musnah dan separuhnya dapat diselamatkan.

Terdahulu, pelbagai usaha dilakukan pasukan penyelamat bagi mengelakkan kebakaran menyebabkan kerosakan lebih serius.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran terus merebak menyebabkan seluruh jalan, kereta dan kediaman musnah dalam tempoh amat singkat.

Wisma Putra melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles dalam pada itu mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terkesan dengan insiden berkenaan setakat ini. — Agensi

=====================「ʀz」

 
3 LELAKI MENINGGAL DUNIA, KERETA DINAIKI TERBABAS MASUK KE DALAM TAKUNGAN AIR BANJIR


Maklumat awal yang diperolehi adalah sebuah kereta yang dinaiki oleh 3 orang mangsa telah terbabas masuk ke dalam kawasan takungan air banjir.

Pasukan Bomba daripada BBP Kota Tinggi dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) daripada BBP Skudai telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik dihubungi.

Insiden tersebut menyebabkan seorang penumpang ditemui telah terperangkap di dalam kereta dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Manakala 2 orang lagi mangsa masih hilang.


Pasukan Bomba telah meneruskan operasi mencari dan menyelamat 2 orang lagi mangsa yang masih belum ditemui. Pasukan PPDA telah melakukan operasi selaman dengan menggunakan kaedah "sweeper & focus point" dalam usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa kedua dan ketiga.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor


6059620911427995223_120.jpg

6059620911427995224_120.jpg

6059620911427995225_121.jpg

6059620911427995226_120.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register