BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perisian komputer, set karaoke RM1.18j dirampas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohd. MOKHTAR YEOP (kanan) bersama penguat kuasa KPDNKK menunjukkan rampasan jersi, topi dan mafla tiruan selepas sidang akhbar di Johor Bahru, Johor, semalam. UTUSAN/Mohd. Hazrol Zainal​

JOHOR BAHRU 28 Mei – Pelbagai perisian komputer dan peralatan set karaoke bernilai RM1.18 juta dirampas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam dua serbuan berasingan, di sini baru-baru ini.

Timbalan Pengarahnya, Mohd. Mokhtar Yeop berkata, serbuan pertama di sebuah pusat hiburan karaoke di Taman Nusa Bestari pada pukul 6 petang, Selasa lalu selepas pihaknya menerima aduan daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Menurutnya, serbuan dibuat kerana pusat hiburan berkenaan disyaki menggunakan salinan rakaman bunyi dan lagu-lagu karaoke milik RIM yang berjumlah 177,014 lagu bernilai RM581,042.

“Hasil pemeriksaan, kita menyita beberapa peralatan karaoke antaranya pembesar suara, televisyen LCD serta dua perisian komputer yang mengandungi data rakaman bunyi termasuk lagu-lagu karaoke milik hakcipta RIM.

“Dalam serbuan itu, kita turut menahan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai penolong pengurus premis dan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun bekerja sebagai pelayan pelanggan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Mokhtar memberitahu, dalam serbuan pada 12 tengah hari semalam, pihaknya menyerbu sebuah syarikat kejuruteraan kerana disyaki menggunakan perisian komputer milik Business Software Alliance (BSA) tanpa kebenaran.

Ujarnya, hasil serbuan ke atas syarikat yang terletak di Jalan Meldrum, di sini pihaknya berjaya merampas lima set komputer disyaki mengandungi 52 salinan perisian milik BSA yang bernilai RM600,000.

“Kita turut menahan seorang pengurus wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan beberapa pekerja syarikat berkenaan yang kini telah dibebaskan selepas mereka selesai memberikan keterangan,” katanya.

Mohd. Mokhtar menambah, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
Back
Top
Log in Register