Peringatan Untuk Semua Hati-hati mandi di Port Dickson!

CG Sponsors




zanuddin

Legendary Member
Joined
Jul 21, 2009
Messages
11,391
Reaction score
13
Points
115

Maklumat dari harian Metro
MELAKA: Percutian seorang posmen bersama 15 anggota keluarganya di pantai
peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi mimpi ngeri apabila dia
dipercayai digigit seekor ikan besar ketika mandi berhampiran sebuah
apartmen di situ, Sabtu lalu.Susulan kejadian itu, mangsa, Mohamad Helmi
Leman, 25, yang menetap di Kampung Air Limau, Masjid Tanah di sini,
terpaksa menerima 50 jahitan dan kini masih dirawat di Hospital Melaka
(HM) selepas ahli keluarganya meminta dia dipindahkan ke sini kira-kira
jam 3 petang hari kejadian dari Hospital Port Dickson. Mohamad Helmi
berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mandi bersama 10 anggota
keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi pada hari kejadian.

Menurutnya, ketika itu, mereka sudah menghabiskan masa selama setengah
jam bermandi-manda di situ. Katanya, ketika asyik mandi di dalam air
paras dada, tiba-tiba dia terasa pergelangan kaki kanan serta bahagian
tapak kakinya itu direnggut seekor binatang yang disangkanya buaya.

“Ketika itu saya terasa suatu objek tajam dan bergigi merenggut kaki
kanan saya menyebabkan saya amat terkejut. Sejurus itu, saya cuba
merentap kaki saya tetapi haiwan berkenaan tidak melepaskan gigitannya
dan sama-sama ‘bertarung’ selama tempoh kira-kira dua saat,” katanya
ketika ditemui di wad HM di sini semalam.

Menurut Mohamad Helmi, gigitan berkenaan menyebabkan pergelangan pangkal
bawah buku lali sehingga tapak kaki kanannya mengalami luka teruk dan
mengeluarkan banyak darah. Katanya, sebaik anggota keluarga lain
menyedari dia digigit sesuatu, mereka terus membawanya ke darat sebelum
menghubungi ambulans.

“Meskipun mengalami kecederaan parah dan dalam kesakitan, namun saya
masih sedar ketika dibawa ke Hospital Port Dickson. Bagaimanapun, ahli
keluarga saya terutama isteri, Sabariah Karim meminta supaya saya
dipindahkan ke HM bagi memudahkan mereka melawat,” katanya. Sementara
itu, Mohamad Helmi berkata, orang kampung di kawasan itu mengesyaki
kejadian terbabit disebabkan ikan yu memandangkan ketika ini mereka
mendakwa musim ikan berkenaan berkeliaran di situ​

 
Last edited:
Sponsored Post

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
aiyokkk..sib baik aku x suker mandi pantai.. :D
 

lilbee

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
wah..dah macam citer jaws plak..

dah xde ikan sangat ke dlm laut tuh..orang kat tepi pantai plak dia nak ngap..
 

pandera

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2006
Messages
373
Reaction score
7
Points
15
sesekali bukan selalu...yu @ jerung..mula dah nak menganas di P.D.. leh saper bagitau...kat batu brp ..P.D nie....teluk kemang ke...blue laggon ke...kena amik tau nie...
 

KIOS

Legendary Member
Joined
Oct 24, 2008
Messages
15,888
Reaction score
93
Points
120
tu la... lama sangat kat laut.. antu air marah... hehe
 

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
asyik orang jerk makan sup sirip ikan yu..

sesekali nak jugak ikan yu merasa sup kaki orang kot :D
 

zanuddin

Legendary Member
Joined
Jul 21, 2009
Messages
11,391
Reaction score
13
Points
115
kejadian ni berlaku di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas
tapi batu berapa x pasti la bro
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
kejadian ni berlaku di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas
tapi batu berapa x pasti la bro
tu seblah apartment yg aku sewa tu..tah2 nk tutup periuk nasi org per
 

effies

Active+ Member
Joined
May 14, 2009
Messages
2,740
Reaction score
34
Points
30
tak jadi aku nak brcuti kat sana.....:eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register