peringatan untuk muslimah

CG Sponsors




ANAZUHUD

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 11, 2008
Messages
21,157
Reaction score
96
Points
125
Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memellihara kehormatannya serta taat akan suaminya - masuklah ia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

Saidina Aishah berkata: Saya pernah bertanya Rasulullah S.A.W. "Siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?" Jawab Rasulullah: "SUAMINYA". "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah: "IBUNYA".

Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal dirumah, tidak keluar, kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan oleh iblis.

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki melihat wanita (yang bukan muhrimnya), kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli.

Sabda Rasulullah - Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka Jahanam selama umur dunia tujuh kali. Mereka ialah: Orang yang gemuk kurus - ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuhnya tetapi kurus ibadahnya.

Orang yang berpakaian telanjang - ialah wanita yang cukup pakaiannya, tetapi tidak taat pada agama - berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat, dan ada yang terbuka auratnya.

Orang alim jahil - ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.



Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina.

2/3 dari ahli neraka adalah wanita:

Wanita digantung dengan rambutnya kerana menampakkan rambutnya pada lelaki yang bukan muhrim(lelaki yang halal nikah).

Wanita digantung dengan kaki tertambat pada teteknya terus keubun-ubun dengan ulah dan kala memakan daging serta menghisap darahnya kerana tidak bersuci (atau tidak sah bersuci) dari hadath besar serta meringankan sembahyang.

Wanita digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya.

Wanita digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah tanpa izin suaminya.

Wanita digantung dengan lidahnya serta dituang dengan air panas kedalam lehernya kerana menyakiti hati suaminya.

Wanita menjadi seperti tubuh kaldai, berkepala **** kerana suka mengadu-ngadu serta berdusta.

Wanita berbadan anjing kerana suka melaga-lagakan manusia serta dengki mendengki.


Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung diudara ikan di air, malaikat dilangit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra kepada suaminya.

Pertanyaan akan ditanya pada wanita dihari kiamat ialah dari hal sembahyangnya dan hak-hak suaminya. Hak-hak suaminya iaitu - Tunaikan hajad suami sekalipun engkau diatas belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan izin suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar rumah melainkan dengan izin suami. Jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kerumah.

Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyang sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf).

Hendaklah isteri berpuashati (redha) dengan suaminya, yang telah dijodohkan Allah, samada miskin atau kaya.

Mana-mana wanita yang sembahyang dengan tidak mendoakan suaminya maka akan ditolah sembahyangnya.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya pulang, lalu disapu mukanya, dihamparkan hamparan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia , atau memegang tangannya, memperelok hidangan padanya, memelihara anaknya atau munafaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap kalimah ucapannya, tiap langkahnya, tiap renongannya pada suaminya sebagaimana dimerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat allah kurniakan Nuur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tidak seorang pun yang sampai kemertabat itu melainkan nabi-nabi.

Tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana ia memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun kemahligai suaminya dan mengadapnya.

Asma' binti Khariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu: " HAI ANAKKU, KINI ENGKAU AKAN KELUAR DARI SARANG DIMANA ENGKAU DIBESARKAN. ENGKAU AKAN BERPINDAH KESEBUAH RUMAH DAN HAMPARAN YANG BELUM ENGKAU KENAL DAN BERKAWAN PULA DENGAN SEORANG YANG BELUM ENGKAU KENALI. ITULAH SUAMIMU. JADILAH ENGKAU TANAH KEPADA SUAMIMU (taat perintahnya) DAN IA AKAN MENJADI LANGIT BAGIMU (tempat bernaung). JADILAH ENGKAU SEBAGAI LANTAI SUPAYA IA DAPAT MENJADI TIANGNYA. JANGAN ENGKAU BEBANI IA DENGAN BERBAGAI KESUKARAN KERANA ITU AKAN MEMUNGKINKAN IA MENINGGALKANMU. JANGAN ENGKAU TERLAMPAU MENJAUHKANNYA AGAR IA TIDAK MELUPAKAN DIRIMU. KALAU IA MENDEKATIMU, DEKATILAH IA DAN JIKA IA MENJAUHIMU MAKA JAUHILAH IA DENGAN BAIK. PELIHARALAH SUAMIMU ITU BENAR-BENAR, HIDUNGNYA, PENDENGARANNYA, MATANYA DAN LAIN-LAIN. JANGANLAH KIRANYA SUAMIMU ITU AKAN MENCIUM SESUATU DARIMU MELAINKAN YANG HARUM. JANGAN PULA IA MENDENGAR MELAINKAN YANG ENAK DAN JANGANLAH IA MELIHAT MELAINKAN YANG INDAH SAHAJA PADA DIRIMU."

Hendaklah isteri mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.

Sebaik-baik wanita apabila suami memandang menggembirakan suaminya, jika suami memerintah ia taati dan jika suaminya keluar dijaganya harta suami dan dirinya.

Apabila memanggil oleh suami akan isterinya ketempat tidur tetapi ditolaknya, maka marahlah suaminya: akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga kepagi.

Wanita yang keluar rumah tanpa keizinan suaminya akan berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kerumah atau diredhai oleh suaminya.

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya: Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

Keluar rumah tanpa izin suami samada ada dirumah atau tidak. (kecuali keluar untuk belajar ilmu fardhu ain, jika suaminya tidak mampu mengajar)

Enggan berpindah bersama mengikut suami.

Mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk masuk rumah.

Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

Minta talak (cerai).

Bercakap kasar atau lambat menjawab pertanyaaan suami.

Berpaling atau membelakangkan suami ketika bercakap.

Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

Meninggalkan tempat tidur.

Membenarkan masukkerumah orang yang tidak disukai suami.

Tiga gulungan manusia yang tidak diterima sembahyang mereka oleh Allah: Hamba yang lari dari tuannya.

Wanita yang bermasam muka dengan suaminya atau wanita yang dimarahi suami hingga diredhainya.

Orang mabuk hingga sedar ia.

Wajib bagi wanita mengikut perintah suaminya selagi tidak membawa maksiat.

Wajib bagi wanita: Mengekalkan malu pada suami.

Merendahkan (menunduk) mata ketika berpandangan.

Mengikut kata dan suruhan.

Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

Berdiri menyambut kedatangan suami.

Hadir bersama ketika masuk tidur.

Memakai bau-bauan untuknya.

Membersihkan bau mulut untuknya.

Berhias ketika hadirnya, tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

Tiada berlaku khianat ketika ketiadaan suami.

Memuliakan keluaga suami

Memandang pemberian suami yang sedikit sebagai besar dan banyak.

Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seseorang wanita itu bergantung kepada keredhaan suami padanya.
 
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
islam itu indah...

semua larangan ada hikmahnya...
 

ANAZUHUD

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 11, 2008
Messages
21,157
Reaction score
96
Points
125
tapi rata2 wanita kat opis aku tak kira lah bini orang n pompuan bujang memakai haruman hingga menusuk hidung lelaki..apakah tujuan sebenrnya?. adakah mereka tak tahu hukumnya haram...
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
tapi rata2 wanita kat opis aku tak kira lah bini orang n pompuan bujang memakai haruman hingga menusuk hidung lelaki..apakah tujuan sebenrnya?. adakah mereka tak tahu hukumnya haram...
tapi kalo badan diorang busuk,bau ketiak...

masalah jugak..

boleh pakai..tapi tak keterlaluan ar..
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
tapi rata2 wanita kat opis aku tak kira lah bini orang n pompuan bujang memakai haruman hingga menusuk hidung lelaki..apakah tujuan sebenrnya?. adakah mereka tak tahu hukumnya haram...
rasanya nehh.. semua office yg ade kt msia neh sama:D... lelaki pn suka bau wangian nya:">.. penambah semangat kerja kot:p
 

ANAZUHUD

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 11, 2008
Messages
21,157
Reaction score
96
Points
125
tapi kalo badan diorang busuk,bau ketiak...

masalah jugak..

boleh pakai..tapi tak keterlaluan ar..
yup x nafikan tapi kalo pakai losyen n bedak kan hilang juga bau haprak nih kalo dah semerbak sampai menusuk hidung tue yang jatuh haram...pasal ader larangan hadis n sabdaan rasulullah megenai wangian2 bg wanita..
terjemahan hadith :
Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina.
tapi aku lupa perawinya siapa hadith nih mg aku hafal
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
yup x nafikan tapi kalo pakai losyen n bedak kan hilang juga bau haprak nih kalo dah semerbak sampai menusuk hidung tue yang jatuh haram...pasal ader larangan hadis n sabdaan rasulullah megenai wangian2 bg wanita..
terjemahan hadith :
Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina.
tapi aku lupa perawinya siapa hadith nih mg aku hafal
lagi2 bau haruman yg meningkatkan nafsu lelaki....

berdosa..dosa sama perempuan tu berzina...
 

ANAZUHUD

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 11, 2008
Messages
21,157
Reaction score
96
Points
125
lagi2 bau haruman yg meningkatkan nafsu lelaki....

berdosa..dosa sama perempuan tu berzina...
yup...setiap mata lelaki yang melirik dan memandangnyer pun dikategorikan berzina gak..dan pompuan itu digelar penzina...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register