BTC USD 63,103.3 Gold USD 1,804.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Perihal Abby Abadi dan ulama muda

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
abby_abadi_facebook.png


Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.


Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

sumber
 
Sponsored Post

lokman80

Active Member
Joined
Apr 11, 2010
Messages
1,847
Reaction score
12
Points
25
kami sayang islam,jg masa dpn ank cucu nabi adam a.s...ingat pgorbanaan pemimpin kita nabi muhammad s.a.w.... islam itu shumul(lengkap), indah.... -tutup kilang arak, tutup pusat judi(kdai no.).....
 

ezul82

Super Active Member
Joined
Jun 19, 2007
Messages
7,210
Reaction score
41
Points
70
semua sama je disisis Allah kecuali Taqwa yg membezakan...
klu hati dh tertutup, makin byk ilmu makin byk alasan & hujah utk menolak.

ajar org bo-doh lagi senang dari ajar org pandai.
 

aidil839

Fun Poster
Joined
Jul 6, 2010
Messages
177
Reaction score
7
Points
15
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ يُرِيْدِاللَّهُ بِهِ خًيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ

“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memfaqihkannya (memahamkan) dalam agama.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: “Hadits ini menunjukkan, barangsiapa yang tidak dijadikan oleh Allah faqih (faham) dalam agama-Nya, menunjukkan bahwa Allah tidak mengijinkan kepadanya kebaikan.”(Miftah Dar As-Sa’adah, 2/246)
 

mr_elpis

Junior Member
Joined
Mar 19, 2011
Messages
99
Reaction score
0
Points
6
semoga kita semua selamat dari tipu muslihat syaitan akhir zaman.
 

malayleaks

Active Member
Joined
Jan 1, 2011
Messages
2,418
Reaction score
14
Points
25
Yang jelasnya disini,Fathul Bari dan geng bak kata pepatah "Bagai tikus membaiki labu".

Mereka golongan muda tidak pernah baca sejarah,dan memahami sejarah perjuangan yang getir dan berliku dalam Umngok.

Dato Seri Anwar sudah cuba,sejak zaman mahasiswa di UM sehingga memegang jawatan dalam ABIM...tinggi sangat ke martabat ILMU dengan ABIM?

Itupun kecundang di tengah jalan,dihidu dan dikecam bak penjenayah oleh ketuanya yang bukan Melayu tulen.

Malang sekali bila Fathul Bari salah membaca dan menghurai sejarah semasa,dan dirinya juga berlagak angkuh bila membuat interprestasi sejarah Islam dalam pemerintahan Nabi S.A.W,sehingga lupa untuk memikirkan apakah sinonimnya perjuangan Nabi S.A.W dengan perjuangan Umngok.

ILMU-seharusnya berkata benar walaupun pahit dalam UMNGOK,bukan hanya sekadar menasihati pemimpin secara diam2.Bila kemungkaran nyata berlaku dimata rakyat,itu bukan lagi masalah peribadi-ia sudah menjadi satu tanggungjawab setiap muslim.Sebelum Fathul Bari tarbiah kita,elok rasanya pemimpin veteran UMNGOK tarbiah dulu Fathul Bari.
 

e.k.

Super Active Member
Joined
Jan 24, 2008
Messages
9,898
Reaction score
70
Points
70
bese le dah tak laku mmg le tak heran tak dapat masuk TV...so kene la buat benda nak popular...

nak berjoget dah tak ada yg nak tgk zaman anak dara dulu laku la...terkangkang terkobak org tgk...

mungkin dia pun belajar ilmu yg baru dia blajar ni bersumberkan copy dan paste jugak kot

tapi kebanyakan retis ni yg den jumpa kebanyakan perangai "masok ayor" kalo kome nyembang dgn deme apa plan2 masa depan diorg pergh....mau tercabut bumbung kedai kopi dengorkannye diorg gebang
 

periamuda

Super Active Member
Joined
May 30, 2009
Messages
5,907
Reaction score
66
Points
70
Itu bezanya org yg berilmu dan tak berilmu...yg tak berilmu main ikut je..yg berilmu akan menilai setiap perkara..bagus ada golongan agamawan dalam umno. Mereka mungkin boleh bawa perubahan sedikit demi sedikit dalam umno. Semoga ramai YB umno gi dengar kuliah fathul bari lama-lama nanti mungkin timbul kesedaran.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register