BTC USD 62,886.3 Gold USD 1,750.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (27 & 28 Mac): Dibuat Secara Bersemuka Dan Maya

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
The Ahmad Maslan

37m ·

Pertemuan dengan Pengerusi Tetap #UMNO TS Badruddin & Timbalan Pengerusi DS Rizuan berhubung Perhimpunan Agung UMNO #PAU2020 pada 28 & 29 Mac ini (Sabtu & Ahad) yang akan dilaksana secara kombinasi bersemuka & secara maya. Hadir sama SU Kerja D Sumali
UMNO terus mara untuk #rakyat #Malaysia

1614755957149.png

1614755968057.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Jangan ‘tutup mulut’ perwakilan negeri di PAU, kata Annuar

March 21, 2021 11:56 PM

Annuar-Musa-UMNO-meeting-bernama.jpg

Annuar Musa, bekas setiausaha agung Umno, bergambar bercakap di perhimpunan agung Umno yang lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anggota kanan Umno, Annuar Musa mengkritik keputusan untuk menafikan hak perwakilan negeri terpilih berucap di perhimpunan agung 2020 parti itu. Katanya keputusan itu kurang bijak, kerana ia menunjukkan keengganan mereka untuk mendengar suara akar umbi.

Beliau berkata, ketua-ketua jawatankuasa perhubungan negeri adalah lantikan presiden dan tidak layak untuk mempertahankan isu yang menentang presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.
Mengehadkan platform yang disediakan oleh perhimpunan agung hanya untuk mereka yang berada dalam biro politik hanya menafikan tujuan sebenar persidangan perwakilan, kerana ia adalah arena untuk suara anggota akar umbi didengar.

Annuar, bekas setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional, mempersoalkan bagaimana ucapan presiden akan diperdebatkan oleh anggota dewan tertinggi sedangkan mereka yang bertanggungjawab untuk menggerakkan usul untuk menyetujuinya.

Sekiranya keputusan itu dibenarkan, “maka akan terbukti bahawa parti kita tidak menghormati kebebasan bersuara, menafikan hak akar umbi, dan akan berdepan tuduhan bahawa perhimpunan agung telah dimanipulasi bagi pihak kumpulan tertentu,” kata Annuar.

“Perkara istimewa mengenai perhimpunan agung ini adalah, ia arena bagi perwakilan untuk menyuarakan pandangan mereka,” katanya. Sepanajang 32 tahun menjadi perwakilan yang dipilih, “ini adalah kali pertama perwakilan yang dipilih menjadi jurucakap telah dinafikan hak mereka dan digantikan oleh pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri, ahli politik dan ahli majlis tertinggi ”.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Ismail Sabri berkata, setiap bahagian hanya boleh menghantar enam orang wakil ke PAU 2020 berikutan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pandemik Covid-19.

PAU 2020: Perwakilan perlu dapat kebenaran rentas negeri
| | 21 Mac 2021


1616377483234.png

Ismail Sabri


IPOH - Perwakilan dari setiap negeri yang terlibat dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di ibu negara pada hujung minggu depan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum merentas negeri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap bahagian hanya boleh menghantar enam orang wakil ke PAU 2020 itu berikutan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pandemik Covid-19.
“Kerana ada sekatan jalan raya yang memerlukan kebenaran untuk bergerak. Kepada yang tiada surat kebenaran akan diminta berpatah balik,” kata Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderan UMNO itu kepada Bernama dan UMNO Online selepas menghadiri sebuah majlis tertutup di sini pada Ahad.

UMNO akan menganjurkan PAU 2020 pada 27 dan 28 Mac (Sabtu dan Ahad) ini dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, pelaksanaannya adalah kombinasi perhimpunan secara bersemuka dan juga secara maya.

Dalam pada itu, Ismail, yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, kehadiran perwakilan pada PAU 2020 itu juga mengikut SOP yang ditetapkan iaitu 50 peratus daripada keluasan dewan memandangkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 31 Mac ini.

“Jadi kehadiran (perwakilan) tidak sampai 1,000 kerana dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) boleh memuatkan lebih kurang 2,800 orang,” katanya. - Bernama

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
UMNO I Perhimpunan Agung Umno 2020 Dapat Kelulusan MKN

Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata, kelulusan itu diberi pada 19 Mac lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,537
Reaction score
554
Points
121
pemilihan x de ea tahun ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
1616571600399.png


PAS sudah diundang hadiri PAU, kata Ahmad
Diterbitkan 24 Mar 2021, 2:38 pm



Umno sudah memaklumkan dan menghantar undangan kepada PAS untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ke-74 yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslam, dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

"Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) dan timbalan presiden (Tuan Ibrahim Tuan Man) telah dijemput ke PAU melalui surat bertarikh 3 Mac.

"Presiden dan timbalan presiden parti-parti kompenan BN presiden Friends of BN juga sudah dijemput," katanya dengan melampirkan laporan berita Malaysiakini semalam.

Anggota Parlimen Pontian itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah yang menyatakan dia tidak mempunyai maklumat mengenai jemputan partinya ke perhimpunan berkenaan.

"Setakat ini belum ada maklumat. Saya tak pasti sama ada surat ada atau tak (dihantar ke PAS Pusat) sebab saya sendiri tak ada maklumat.

"Kita belum terima jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.

"Cuma kebiasaannya kalau ada jemputan, ia akan dihantar kepada PAS pusat.

"Jadi PAS pusat yang akan menentukan siapa-siapa yang akan hadir," kata Mohd Amar.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan desas-desus pemerhati politik terhadap status terkini hubungan di antara kedua-dua parti yang membentuk Muafakat Nasional (MN) itu.

Ia khususnya selepas Umno memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke-15, manakala PAS dilihat lebih mesra dan selesa bersama parti itu dan menjadi sebahagian daripada komponen Perikatan Nasional (PN).



 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,593
Reaction score
1,953
Points
206
Agenda AWANI: PAU 2020 | Meredakan 'ribut' dalaman UMNO


Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2020, ikuti temu bual Nazri Kahar bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai suara akar umbi dan meredakan 'ribut' dalaman parti.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Kamarul Yusoff

· 43m ·




PARA PERWAKILAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PERLU TOLAK USUL PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN BERSATU: PROF MADYA DR MOHD. NOOR BIN MAT YAZID

SOALAN DR KAMARUL ZAMAN BIN HAJI YUSOFF:
Kita berikan ruang untuk setiap panelis membuat rumusan dengan memberikan nasihat kepada para perwakilan PAU 2020 ini: Apakah yang sepatutnya mereka lakukan dalam PAU ini dan secara lebih menyeluruh lagi dalam UMNO itu sendiri bagi mengembalikan kekuatannya? Apakah UMNO boleh bersendirian ataupun perlu berunding dulu, bertelagah bertikai berebut kerusi dulu, sebelum buat keputusan tidak nak bekerjasama dengan BERSATU atau apakah UMNO perlu memikirkan dengan serius untuk membuat jajaran baru?

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD. NOOR BIN MAT YAZID:
Saya sebagai rumusannya mempunyai persamaan juga dengan apa yang diutarakan oleh Prof Siva tadi bahawa UMNO perlu memikirkan sedalam-dalamnya sama ada dia bertanding secara bersendirian ataupun bekerjasama dengan BERSATU, PAS dan parti-parti yang menyertai Perikatan Nasional.

Dan saya dengan ikhlas berpendapat bahawa saya lebih bersetuju sekiranya UMNO itu tidak bertanding secara bersendirian, tidak keluar daripada Perikatan Nasional, tetapi bersama-sama membentuk sebuah pakatan yang lebih kuat bersama dengan BERSATU, PAS dan juga parti-parti bukan Melayu di dalam Perikatan Nasional, GERAKAN dan sebagainya. Kerana apa? Saya melihat bahawa sekiranya UMNO bertanding secara bersendirian saya berpendapat dengan senario yang berlaku sekarang saya rasa adalah sukar untuk UMNO membentuk sebuah kerajaan seperti yang pernah berlaku sebelumnya.

Dan saya juga berpendapat bahawa sekiranya UMNO membayangkan kerjasama, ini tidak ada satu kenyataan yang jelas tapi saya membayangkan, mungkin ini juga strategi UMNO supaya tidak mendedahkan kerjasama dengan DAP, sensitiviti orang Melayu, tetapi sekiranya diandaikan kedudukan DAP itu tidak berubah dengan mendapat 42 kerusi Parlimen, satu angka yang agak besar dengan sedikit tambahan sahaja daripada UMNO, dalam 70 campur sudah dapat 100 lebih mungkin boleh membentuk sebuah kerajaan saya rasa itu juga adalah andaian yang kurang tepat.

Ini kerana saya berpendapat bahawa dalam pilihan raya nanti kemungkinan besar kerusi yang dimiliki oleh DAP 42 itu mungkin berubah sedikit walaupun tidak banyak. Saya rasa mungkin pengundi-pengundi Cina akan bergerak ke arah lain. Dan misalnya di Sabah satu daripada kerusi DAP yang menang itu bukan di kawasan majoriti Cina, kawasan Tenom, kawasan pendalaman itu, itu adalah pemberian atas dasar prinsip Pakatan Harapan. Dan 7 yang dimenangi di Sarawak juga tidak semuanya kawasan majoriti Cina, ada juga kawasan campuran.

Jadi saya rasa dengan kedudukan struktur 166 kerusi Parlimen di Semenanjung dan 25 di Sabah dan 31 di Sarawak, sekiranya UMNO bertanding bersendirian di kawasan majoriti Melayu dia akan berlaku satu pertembungan yang dahsyat di antara BERSATU dan mungkin juga dengan AMANAH di kawasan majoriti Melayu dan di kawasan campuran juga UMNO akan bertanding mungkin PKR akan bertanding dan sekiranya kawasan Parlimen itu mempunyai kawasan campuran yang di mana besar jumlah pengundi bukan Melayu mengikut kecenderungan sekarang mungkin dia lebih memihak kepada Pakatan Harapan, maka akan berlaku kekalahan, sama ada UMNO sendiri ataupun bagi pihak BERSATU ataupun PAS.

Jadi dalam konteks penyatuan Melayu Islam yang menjadi teras kepada kestabilan politik Malaysia sekiranya hasil yang dihasilkan melalui PRU 15 adalah angka yang sama ataupun hampir sama dengan PRU 14 maka kestabilan politik tidak berlaku kerana kita harus akui bahawa kestabilan politik Malaysia harus ada satu parti Melayu yang dominan yang menjadi teras dan parti-parti bukan Melayu sebagai sokongan bagi mengukuhkan. Tapi sekiranya berlaku perpecahan yang jelas di antara parti-parti Melayu maka kestabilan politik tidak akan tercapai di Malaysia.

Dan apabila kestabilan politik tidak tercapai akan memberi kesan yang buruk kepada kestabilan ekonomi, sosial dan sebagainya yang akan memberi kesan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada keseluruhan penduduk Malaysia yang cintakan kesejahteraan dan kebahagiaan. Dan sekiranya berlaku perpecahan begitu maka kita akan menghadapi keadaan yang sama dengan pasca PRU 14 maka kita akan berada dalam keadaan yang tidak berpuas hati. Kita menunggu tetapi apakah yang kita tunggu itu?

Jadi saya rasa atas asas penyatuan, parti Melayu dominan harus menjadi teras dan sokongan parti-parti lain itu akan menjadi pelengkap, bukan sahaja sama ada kepada Perikatan Nasional ataupun Pakatan Harapan, kita tidak memihak, asalkan itu membawa kepada yang selaras prinsipnya dengan Perlembagaan Persekutuan harus menjadi dasar dan sekiranya kita dapat jelmakan kematangan politik kita kepada pakatan sistem dua parti tetapi teras dan asasnya adalah Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang baik.

Tetapi dalam keadaan sekarang saya rasa kerjasama UMNO, BERSATU dan PAS itu adalah perlu dibentuk semula dengan prinsip yang tegas dan jelas dan dengan pembahagian-pembahagian yang adil.
Dan UMNO tidak boleh lagi merasakan dia sebagaimana keadaan struktur politik sebelum PRU 14, Mei 2018, kerana keadaan telah mula berubah. Sekarang ini satu struktur baru sedang terbina, siapakah parti dominan, jadi selepas PRU 15 nanti kita akan dapat lihat.

Jadi kalaulah UMNO masih beranggapan bahawa dia parti abang besar yang menguasai sebagaimana sebelumnya saya rasa andaian itu tidak begitu tepat, perlu diteliti sama-sama dan perwakilan UMNO harus membuat keputusan yang benar-benar tepat demi kepentingan orang Melayu dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Kita tidak menafikan kepentingan bukan Melayu dan harus menerima kepentingan Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Insya Allah, PRU 15 akan membina satu wadah yang membina kebaikan, kebahagiaan dan kesejahteraan bagi kita semua.


SOALAN DR KAMARUL ZAMAN BIN HAJI YUSOFF:

Prof Madya Dr Mohd. Noor, tetapi ini hanya akan berlaku sekiranya PAU 2020 ini membuat keputusan untuk menolak keputusan untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU dalam PRU 15, ya, apakah ini bermakna bahawa nasihat Prof Madya Dr Mohd. Noor kepada para perwakilan UMNO adalah untuk menolak usul bagi memutuskan hubungan dengan BERSATU dalam PRU 15?

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD. NOOR BIN MAT YAZID:
Ya, dalam huraian yang agak panjang tadi, itulah rumusannya.
Jadi perwakilan harus menolak bahawa UMNO bersendirian tidak bersama dengan Perikatan Nasional, harus bersama-sama membina wadah perjuangan yang sama, prinsip yang sama, bukan untuk kepentingan UMNO, bukan untuk kepentingan PAS, bukan untuk kepentingan BERSATU, tetapi untuk kepentingan seluruh rakyat Melayu Islam khususnya tanpa mengenepikan kepentingan orang-orang bukan Melayu.

Ini kerana dengan kerjasama tiga parti utama itu dan tidak mengenepikan kepentingan Melayu dan parti-parti bukan Melayu maka kita akan berada dalam darjah kestabilan. Dan sekiranya parti politik tidak boleh membentuk kerjasama, dan saya berpesan kepada pengundi, undilah satu parti yang boleh membawa kepada kestabilan.

Tapi kalau boleh PAU ini buat keputusan yang seperti Dr Kamarul cakap itulah, kita jangan bersendirian, bentuk kerjasama, tolak keputusan itu, kerana tidak memberi jaminan dan risikonya terlalu besar. Kalau ditakdirkan berlaku pertandingan tiga penjuru maka risiko yang diterima sama ada UMNO ataupun Perikatan Nasional BERSATU atau PAS akan lebih besar dan risikonya lebih besar.

Dan sekiranya kita lihatlah dalam PRU 14 berapa banyak kerusi yang PAS bertanding UMNO bertanding dan Pakatan Harapan di bawah PKR bertanding memihak kepada pihak yang bukan menang mutlak tetapi menang kerana perpecahan yang berlaku. Perpecahan itu tidak memberikan kemenangan mutlak kepada yang benar-benar dapat sokongan besar tetapi kerana perselisihan undi yang kecil. Itu yang mungkin berlaku.

(Sumber: Webinar PINTAR 5: “PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2020: KE MANA HALA TUJU UMNO?” pada malam Khamis, 25 Mac 2021 yang boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/PINTAR20/videos/266216218310119)

1616723599016.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register