BTC USD 28,166.0 Gold USD 1,993.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan sahkan kelibat harimau di dua lokasi di Chemor

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,734
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,734
Reaction score
572
Points
121
Perhilitan sahkan kelibat harimau di dua lokasi di Chemor
FB_IMG_1675205355383.jpg
FB_IMG_1675205357796.jpg
FB_IMG_1675205361705.jpg


IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran harimau di Tanah Hitam dan Kampung Ulu Kuang, Chemor baru-baru ini.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima aduan kejadian di Tanah Hitam pada 17 Januari lepas manakala di Ulu Kuang pada 26 Januari.

"Pihak kami telah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran harimau dan kita telah adakan siasatan lanjut selain mendapati aduan mereka adalah berasas dan memang wujud kehadiran harimau di kawasan itu.

"Selain itu, kita terima satu lagi aduan di Kampung Ulu Kuang yang menyatakan haiwan ternakan lembu diserang binatang terbabit dan Perhilitan hari ini telah memasang perangkap di kedua-dua kawasan terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, pemantauan turut dilakukan di lokasi pemasangan perangkap dan kawasan sekitar.

Katanya, pihaknya turut memberikan khidmat nasihat kepada penduduk untuk mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian selain meminta mereka segera menghubungi Perhilitan sekiranya ternampak kelibat atau jejak harimau. - Bernama

Gambar Media Sosial
#sinarharian
 
Top
Log in Register