BTC USD 22,781.6 Gold USD 1,923.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan Rampas 119 Ekor Burung Kelicap Kunyit

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
SHAH ALAM, 3 Dis (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor merampas 119 ekor burung Kelicap Kunyit bernilai RM5,950 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Puchong pada Rabu.

Pengarahnya, Rahmat Topani, berkata satu pasukan penguatkuasaan jabatan itu juga menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

"Suspek mendakwa burung terbabit sebagai koleksi miliknya dan bukan untuk tujuan pemasaran," katanya.

Burung Kelicap Kunyit mempunyai permintaan pasaran yang tinggi di negara luar terutama Singapura, dan mampu mencecah sehingga S$100 seekor.

Rahmat berkata burung yang dirampas itu dipercayai diperoleh dari beberapa negeri seperti di Perak, Melaka dan Selangor.

Lelaki berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 ( Akta 76 ) dan didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
 
Top
Log in Register