BTC USD 100,814 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan Peruntuk RM50,000 Pasang SPEGKOM, Kekang Gangguan Gajah Liar

combat13

Super Active Member
Messages
6,251
Joined
Dec 18, 2007
Messages
6,251
Reaction score
201
Points
73
3656c96fabddd7e6133e680ac6ca66c4680b3ee8b94e1


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memperuntukkan kira-kira RM50,000 bagi memasang Sistem Pagar Elektrik Gajah Komuniti (SPEGKOM) sebagai usaha mengekang gangguan haiwan liar di kawasan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata pemasangan SPEGKOM sepanjang 1.6 kilometer di Ladang Subong di RPT tersebut merupakan projek komuniti yang pertama di Kelantan.

Beliau berkata pemasangan pagar berkenaan sekali gus dapat memanfaatkan lebih 3,500 penduduk kampung yang menetap di sekitar Kampung Subong, Kampung Sungai Terah, Kampung Awek dan Kampung Kundur.

“Pemasangan telah bermula pada 21 April lepas yang turut melibatkan penduduk kampung serta pihak ladang.

“Pemasangan SPEGKOM dilaksanakan di kawasan aduan aktif gangguan haiwan liar dan kita dapati kehadiran gajah liar kerap berlaku di sekitar RPT Kesedar Sungai Terah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Hafid berkata setakat ini tujuh ekor gajah liar telah ditangkap dan dipindahkan dari sini dalam tempoh 2021 hingga 2024,

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) RPT Sungai Terah, Wan Mohd Suhanis Wan Sulaiman berharap agar pemasangan pagar elektrik berkenaan dapat menyelesaikan kemelut yang dialami penduduk sejak hampir empat tahun lepas.

Beliau berkata haiwan itu bukan sahaja menceroboh kawasan ladang dan kebun malah merosakkan tanaman penduduk kampung.

"Kami kerugian dalam jumlah yang agak besar kerana masalah ini telah berlarutan sejak 2021 hingga sekarang,” katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register