BTC USD 37,861.4 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERHATIAN bagaimana utk mengenal GOLONGAN ANTI HADIS (GAH) berdakwah/berdakyah di CG

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,401
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,401
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Inilah kesannya apabila tidak... - Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith | Facebook

Inilah kesannya apabila tidak berhati-hati berbicara berkenaan hadis dan ilmunya. Apa pun aliran kita, antara perkara kita wajib terima ialah hadis merupakan khazanah Nabi sallallah alaih wasallam. Kedudukannya sangat tinggi. Jangan buka ruang untuk orang lain syak wasangka terhadap ilmu ini.

Abu Hatim menjelaskan keistimewaan ilmu ini:

"لم يكن في أمة من الأمم منذ خلق الله آدم أمة يحفظون آثار نبيهم غير هذه الأمة"، قال رجل: يا أبا حاتم، أهل الحديث ربما رووا حديثا لا أصل له ولا يحفظون. قال أبو حاتم: "علماؤهم يعرفون الصحيح من السقيم، فروايتهم الحديث الواهي للمعرفة ليتبين لمن بعدهم أنهم ميزوا الآثار وحفظوها".

Maksudnya: Tidak ada satu umat pun daripada umat-umat semenjak Allah menciptakan Adam yang memelihara warisan para Nabi mereka melainkan UMAT INI. Seorang lelaki berkata: Wahai Abu Hatim, ahli hadis meriwayatkan hadis yang tidak ada asal dan mereka tidak memeliharanya. Abu Hatim menjawab: Ulama mereka (Orang Islam) mengetahui yang sahih daripada yang tidak sahih. Periwayatan mereka terhadap hadis-hadis lemah hanya untuk pengetahuan supaya jelas bagi generasi selepas mereka bahawa mereka berjaya membezakan hadis-hadis (antara sahih dan tidak sahih) dan mereka memeliharanya. (Tarikh Dimashq)

Moga Allah mengganjari ulama hadis yang mengorbankan dunia mereka demi memelihara hadis Nabi sallallah alaih wasallam dengan sebaik-baik ganjaran.

Dr Rozaimi Ramle
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register