BTC USD 33,898.4 Gold USD 1,782.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERGURUAN AHLI BAIT DAN TOK KENALI - Dari Bradokapak

hafyz1984

Active+ Member
Joined
May 26, 2011
Messages
4,790
Reaction score
696
Points
76
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahillazi Hadana Li Haza Wa Maa Kunna Linahtadia Laula 'an HadaanaALLAH. Asyhadu An Laa Ilaaha Illa ALLAH. Wa Asyhadu Anna Muhammadan 'Abduhu Wa Rasuluhu. Arsala Rasuulahu Bil Hudaa Wa Diinil Haq, Wa Kafaa Billahi Syahiida. Alllahumma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW, para Ahli Baitnya dan seluruh pewarisnya dari awal hingga akhir. Salam Perjuangan buat semua pembaca setia blog bersejarah ini. Sudah sekian lama aku tidak menulis disini. Inilah artikel pertama dalam tahun 2014. InsyaALLAH, bermula dari tarikh ini, sekiranya ada idea dan cetusan yang hendak dinukilkan, aku akan menulisnya disini.

Untuk pengetahuan, pada malam 24 Januari 2014 yang lalu, aku bersama dua orang rakan telah pergi ke sebuah lokasi untuk satu pertemuan. Pertemuan itu dilangsungkan sempena bertemunya dua aliran pengajian Makrifat Tuk Kenali. Pertemuan di antara Haji Shaari pengarang kitab "Ilmu Makrifat Tuk Kenali" dengan Pak Ali dari aliran Ahli Bait dan Tuk Kenali. Perjumpaan antara mereka berlangsung sekitar dua jam sahaja dan hanya satu resolusi yang berjaya dicapai, Haji Shaari mengalah dan akhirnya mengakui bahawa dirinya lemah dan bukanlah guru yang selayaknya.

Selepas itu rombongan Haji Shaari pun berlalu pergi kerana mereka tidak mahu lagi menjawab persoalan yang diajukan oleh bahagian geng Pak Ali. Maka setelah pemergian mereka, perbincangan diteruskan sesama ahli antara "Perguruan Ahli Bait dan Tuk Kenali". Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang berjaya aku kumpulkan dan sebahagiannya aku petik kemudian aku nukilkan disini untuk tatapan kalian semua.

Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita baca apa yang aku berjaya peroleh.... Sebenarnya banyak lagi, tetapi aku kira yang lain-lain itu memang tidak sesuai untuk diceritakan kepada umum kerana ia lebih membabitkan pelbagai perkara dan aspek termasuk keselamatan. Maka, apa yang aku catatkan disini, telahpun ditapis berulang kali, dan inilah hasilnya.... Ayuh, sama-sama kita menelusuri ilmu yang ingin aku kongsikan ini. Selamat Membaca !

---
Fitnah Akhir Zaman

Malam tadi aku janji nak cerita serba sedikit kan pasal perjumpaan ngeteh dengan geng "Perguruan Ahli Bait dan Tuk Kenali" kan.... so disini sudilah kiranya kalian membaca beberapa point yang hendak aku kongsikan. Selamat membaca !

1. Seorang guru mursyid TIDAK akan sama sekali mengalah dalam hujjah ketika hendak menegakkan kebenaran.

2. Seorang guru mursyid TIDAK akan sama sekali mengelat daripada diajukan soalan.

3. Seorang guru mursyid PASTI mahir dalam selok belok lughah. Selagi seseorang itu tidak tahu ilmu lughah, dia TIDAK layak bergelar MURSYID. Sekurang-kurangnya seorang guru itu harus tahu asas lughah.

4. Perjalanan hidup kita sekarang sudah benar-benar berada diambang zahirnya Dajjal.

5. Antara tanda-tanda besar zahirnya Dajjal adalah diangkatnya seorang pemimpin dalam kalangan Tentera As-Sufyani dan dibantu oleh Bani Kalb. Mereka akan menawan Syam dan Hijaz.

6. Ketua As-Sufyani sudahpun berada di Hijaz namun belum di angkat secara rasmi.

7. Perang antara Syiah dan puak Sunni di Syria dan lembah Syam akan berlarutan sekurang-kurangnya setahun lagi. Ini bertepatan dengan hadis, akan berlaku perang yang panjang suatu masa nanti.

8. Antara Dajjal dan Imam Mahdi, Imam Mahdi TIDAK akan muncul selagi belum zahirnya Dajjal.

9. Antara pemahaman orang mengenai Dajjal adalah sama seperti yang tertera di dalam hadis secara literal. Sesungguhnya, apa yang ada pada diri Dajjal itu adalah terbalik daripada yang dinyatakan dalam hadis.

10. Dajjal adalah dari kalangan orang Islam sendiri. Hampir keseluruhan umat Islam akan mengikuti Dajjal. Hanya segelintir sahaja yang tidak mengikut Dajjal. Dan mereka itulah golongan yang sedikit.

11. Basyar akan kalah dalam perang di Syria. Proksi Basyar termasuk Syiah dan Komunis akan kalah juga setelah tamat tempoh 'perang yang berpanjangan'.

12. Cina akan membelot pakatan "Shang Hai Co-op" atau pakatan Syiah-Komunis mereka satu masa nanti.

13. FSA dan seluruh tentera yang bersama mereka termasuk lebih kurang 84 buah negara wakil dan juga Taliban, Al-Qaeda serta ISIS dan seangkatan dengan mereka, adalah BANI KALB. Merekalah yang dimaksudkan dengan Bani Kalb.

14. Bani Kalb akan membantu As-Sufyani.

15. As-Sufyani sudah berada di Tanah Hijaz. Ketua mereka ada di antara Makkah dan Madinah.

16. Antara sesama Bani Kalb akan berlaku perpecahan sebelum tibanya pemimpin yang mereka persetujui bersama.

17. Telah berlaku 2 kali perlantikan ketua As-Sufyani tetapi gagal. Perlantikan pertama telah berlaku beberapa tahun lepas dengan ketua mereka sendiri meletak jawatan. Ketua ke-dua juga meletak jawatan. Ketua ketiga belum di-declare.

18. Kelak As-Sufyani akan datang dari arah Syam menuju Hijaz untuk menghalang pasukan Al-Mahdi daripada mara ke Makkah/Madinah. Tetapi As-Sufyani akan dikalahkan di padang pasir. Di dalam hadis menyebut, As-Sufyani akan tenggelam ditelan pasir.

19. As-Sufyani berasal dari keturunan Muawiyah bin Abu Sufyan. Perkataan 'sufyani' itu sendiri merujuk kepada nama Abu Sufyan dan leluhurnya serta nasabnya.

20. Rasulullah SAWAW pernah memberitahu ketika Fathu Makkah, "Masuklah ke rumah Abu Sufyan nescaya kamu akan selamat." Itu memberi isyarat bahawa Abu Sufyan masih lagi mahu mengamalkan penyembahan lata dan uza.

21. As-Sufyani akan MENENTANG Al-Mahdi. As-Sufyani akan membantu tentera DAJJAL.

22. As-Sufyani akan menjadi proksi kepada Yahudi untuk menipu umat Islam.

23. Majoriti umat Islam akan mengakui bahawa As-Sufyani adalah perjuang Islam yang sebenar dan ditunggu-tunggu.

24. Majoriti umat Islam juga tidak akan dapat menerima kisah yang disampaikan tentang As-Sufyani ini.

25. Dajjal pula akan datang dengan memunculkan diri seperti seorang Islam dan dia akan mengajak orang berbondong-bondong mengikuti percakapannya.

26. Ramai umat Islam akan berbondong-bondong mengikuti Dajjal kerana mereka menganggap itulah pembantu umat Islam yang ditunggu sekian lama.

27. Bani Su'ud atau Saud atau Saudi pula mempunyai darah keturunan Yahudi dari belah ibu.

28. Kali pertama kekuasaan umat Islam berpindah tangan kepada orang yang berdarah Yahudi adalah ketika jatuhnya Usmaniah 1924. Ketika itu pemerintahan Islam berpindah daripada Turki ke Hijaz. Lantas Bani Su'ud menaiki takhta dengna mengenepikan darah Ahli Bait yang menjaga kota Hijaz ketika itu. Lalu mereka mengubah nama Hijaz kepada Arab Saudi atau Saudi Arabia.

29. Maka antara Bani Su'ud, As-Sufyani dan Bani Kalb, mereka bersekutu.

30. Bani Kalb adalah anjing kepada As-Sufyani. As-Sufyani pula adalah proksi kepada Su'ud. Su'ud pula sekutu kepada YAHUDI. Yahudi adalah MUSUH Islam.

31. Kerana itulah Dajjal itu akan muncul dari kalangan orang Islam itu sendiri.

32. Disebabkan Bani Su'ud itu asalnya berdarah campuran dengan Yahudi, maka mudahlah bagi para Yahudi untuk menerima mereka kerana mereka bukan goyyim.

33. Manakala Bani Su'ud juga asalnya datang daripada Najad atau Najd.

34. Najd ini adalah tempat munculnya tanduk syaitan.

35. Kita simpulkan, maka kita andaikan Dajjal akan muncul dari kalangan mereka.

36. Kerana itulah, ramai umat Islam yang akan tertipu dan mengikuti Dajjal. Sementelah Dajjal itu sendiri membawa maksud "TIPU".

37. Ramai yang akan mempercayai Dajjal kerana perwatakannya dan kalamnya yang menyerupai Islam.

38. Dajjal akan muncul dari kalangan Islam sendiri lantas memperbesar pengaruhnya sebelum dia diangkat menjadi 'Nabi' atau 'Tuhan'.

39. Dajjal juga akan hadir dalam perwatakan seorang alim dan menyerupai ulamak atau menyerupai seorang imam. Dia tidak akan datang dengan mata buta sebelah dan TIADA ejaan "Kaf fa ra" di dahinya !

40. Majoriti umat tidak akan dapat mempercayai kisah ini dan mereka akan mengikuti Dajjal. Wal Iyazu Billah.

41. Manakala, dipihak Imam Mahdi pula mereka hanyalah dari kalangan yang sedikit.

42. Setiap apa yang diketahui oleh pengikut Imam Mahdi itu akan bersangkut paut sesama mereka.

43. Pengetahuan mereka adalah sama. Pendirian mereka juga sama. Pengakuan mereka juga sama. Penafian mereka juga sama. Percakapan mereka juga sama. Perlakuan mereka juga sama. Perseteruan mereka juga sama. Persekutuan mereka juga sama.

44. Ini menunjukkan bahawa mereka bersatu hati dan mereka sangat kuat dalam pertautan antara sesama mereka.

45. Apabila dikumpulkan mereka ini, sudah pasti akan mampu menggegarkan dunia.

46. Namun, sebelum mereka terkumpul, setiap daripada mereka akan berada berasingan. Masing-masing membawa bahagian tersendiri.

47. Masing-masing tidak kenal antara satu sama lain.

48. Apabila berjumpa antara sesama mereka, akan ada tautan dalam hati mereka seperti sudah lama berkenalan.

49. Mereka itu apabila bercerita, pasti cerita mereka akan ditolak mentah-mentah oleh orang awam.

50. Pengetahuan mereka sangat berbeza daripada majoriti ummat.

51. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri.

52. Setiap daripada mereka mempunya kemahiran dan kepakaran ilmu yang berbeda-beda.

53. Namun, setiap daripada mereka mempunyai ibu atau sumber ilmu yang sama. Ibu sumber ilmu yang satu. Sumber ilmu yang jitu.

54. Sumber ilmu mereka datang daripada Itrah Ahli Bait.

55. Apakah Itrah Ahli Bait itu?

56. Mereka mampu memberikan jawapan terhadap apa jua kupasan yang diutarakan oleh ummat. Sekurang-kurangnya mereka mahir berfikir dan kuat menggunakan akal yang waras.

57. Setiap daripada mereka telahpun ditanda pada tubuh jasad mereka.

58. Sampai satu masa, akan tibalah fitnah yang besar di alam semesta ini.

59. Ketika fitnah itu tersebar, kesemua mereka ini seakan-akan diam dan tidak mampu berani berkata-kata. Apa yang mereka ketahui tidak dapat disuarakan. Setiap yang mereka suarakan akan ditentang habis-habisan oleh orang ramai.

60. Sampai satu tahap, mereka mungkin dikejar-kejar. Mereka mungkin diperhatikan. Mereka mungkin dipantai. Mereka mungkin akan dibunuh oleh orang-orang yang bencikan kebenaran. Mereka mungkin dimusuhi dan diperangi oleh orang yang takutkan kebenaran.

61. Zaman fitnah itu sedang kita lalui sekarang dan sedang menuju kemuncaknya dalam beberapa tahun lagi.

62. Dizaman yang kita sedang lalui ini, alangkah susah dan sukarnya hendak menegakkan kebenaran.

63. Ramai orang terkeliru antara benar dan salah. Ramai orang tidak dapat membezakan kaca dan permata. Kebenaran itu tersirna tatkala disuluh dengan cahaya yang amat terang benderang.

64. Kita tidak dapat lagi meneliti apakah sumber cerita kita itu benar atau salah. Kerana kita sudah tidak punya sumber rujukan kita tersendiri.

65. Kebenaran dalam kitab-kitab sudah dihapuskan.

66. Kebenaran dalam cerita-cerita sudah banyak ditokok tambah.

67. Kebenaran hanya tinggal pada lisan yang jujur dan menyampaikan daripada satu guru kepada satu guru dan disampaikan pula kepada kita.

68. Kebenaran itu tidak mustahil akan datang daripada orang yang perwatakannya biasa-biasa sahaja.

69. Mereka menyembunyikan kebenaran yang mereka ketahui.

70. Mereka runsing sekiranya kebenaran itu terbuka tatkla ummat terkeliru, nescaya leher mereka akan dipancung.

71. Kerana itulah Saidina Ali KMW pernah berkata, sesungguhnya aku menggenggam dua karung ilmu milik Rasulullah SAWAW dan satu daripadanya aku beri kepada umum dan satu lagi tidak.

72. Itu sendiri telah menzahirkan betapa ketika itu juga telah berlaku fitnah yang menyebarluas.

73. Ekoran fitnah di zaman itulah ia meleret sehingga ke zaman ini.

74. Sejarah kita sebagai umat Islam telah berputar belit.

75. Kita hanya tahu sejarah yang umum sahaja yang ada tertulis dalam lembaran kitab.

76. Majoriti kita tidak pernah tahu siapa Nabi bagi ummat Melayu. Sedangkan Nabi Muhammad SAWAW pernah berkata, setiap bangsa itu telah diutuskan bagi mereka Nabi mereka.

77. Majoriti kita tidak pernah tahu sejarah yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh AS dan zaman Nabi ALLAH Sulaiman AS.

78. Ramai orang tercari-cari sejarah yang hilang ini.

79. Ada yang mencarinya kerana mahukan sesuatu. Ada yang mencarinya kerana mahukan pengikut. Ada yang mencarinya kerana kemasyhuran. Ada yang mencarinya kerana mahukan harta kekayaan. Ada yang mencarinya kerana mahukan pangkat dan gelaran sebagai raja atau imam agar diikuti orang. Ada juga yang mencarinya kerana mahu menjejak keturunan Ahli Bait yang dicari-cari.

80. Antara keturunan Ahli Bait yang dicari itu, ada yang mencari mereka kerana mahu membunuhnya dan ada yang mencarinya kerana mahukan kebenaran.

81. Lantas setelah mereka bertemu dengan kebenaran, maka mereka tidak lagi berpaling dan terus berjalan kehadapan.

82. Ramai orang gagal dalam cubaan. Mereka ragu di dalam hati. Apakah jalan yang aku bawa ini benar atau tidak?

83. Hati mereka goyang dan gentar tatkala mereka menyaksikan ramainya umat Islam yang tidak sefahaman dengannya.

84. Alangkah bahagianya orang yang dapat menggenggam erat kebenaran dan mengamalkannya. Paling kurang dia amalkan untuk diri sendiri. Alangkah bahagianya dia kerana berjaya beroleh kebenaran yang dicari ramai orang.

85. Alangkah bahagianya mereka ketika itu, merekalah sebenarnya golongan yang sedikit itu.

86. Hati-hati mereka bertaut antara satu sama lain bagaikan Ikhwan dan Ikhwan yang lain saling berkasih sayang. Mereka tahu peranan mereka sesama lain.

87. Tetapi, tiada siapa yang tahu betapa peritnya hidup mereka ketika mana kefahaman mereka ditolak majoriti umat. Kebenaran yang mereka sampaikan disangkal oleh orang awam.

88. Ketika itulah, Al-Furqan akan berperanan sebagai pembeza antara yang Haq dan Bathil.

89. Ramai juga orang yang merasa diri mereka benar. Tetapi mereka akan gagal dan jatuh terjelepuk tatkala bertemu Al-Furqan.

90. Orang yang dihati mereka punyai Baitullah, sudah pasti akan dengan mudah dapat membezakan mana satu yang Haq dan mana satu yang batil.

91. Dalam berjuta kebenaran, hanya ada satu sahaja HAQ.

92. Maka, kesimpulan daripada kisah tentang kebenaran ini, dapatlah kita nilai sejauh mana kepercayaan yang telah kita pegang.

93. Dari situ dapatlah kita ketahui apa yang harus kita lakukan setelah ini. Adakah sudah benar jalan yang kita bawa?

94. Adakah guru mursyid kita sudah pernah mengajarkan kepada kita segala Ilmu yang disampaikan ini??

95. Nah, sekarang tiba giliran anda semua setelah penat membaca.

96. Anda punya hak untuk membezakan mana kaca mana permata.

97. Maka, bezakanlah pemahaman yang murni itu dengan pemahaman yang tidak murni. Asingkanlah.

98. Ketika itu, ambillah yang HAQ dan tinggalkan yang bathil.

99. Teruskan perjalanan dan teruskan pencarian anda.

100. Anda akan bertemu juga dengan kebenaran disuatu masa nanti.... Tekadkan dalam hati. Nescaya akan ketemu jua !

ALLAHUMMA Solli Ala Muhammad wa Aali Muhammad, Wa Ajjil Farjahum. Solaatan Daaimatan bi Dawaami Mulkillah. Alaika Ya Sayyidi Ya RasulALLAH. Solla AlaikaALLAH, Ya Adnani....

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Muhammad bin Abdullah, penghulu sekalian ummat dan sebaik-baik manusia pembawa Rahmat. Salam kesejahteraan buat seluruh Ahli Bait yang terpelihara dan kepada para Sahabat-sahabat Baginda yang baik-baik. Semoga kita semua digolongkan dalam kalangan orang-orang yang menerima petunjuk dan dapat mengikuti jejak langkah perjuangan Imam Mahdi. Semoga kita sama-sama dijauhkan daripada fitnah Dajjal.

WALLAHUA'lam Bessawab.

Sekian,
Terima kasih.


----
Begitulah serba sedikit 100 point yang ingin aku kongsikan. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca. Tahniah juga diucapkan kerana rajin membaca sehingga habis. Kepada yang belum membacanya sehingga habis, tolong baca dahulu dari point pertama hingga point ke-100 untuk memberikan kefahaman pada diri anda sebelum anda memberikan komentar.

Segala komentar amatlah saya hargai dan akan saya balas jika dirasakan perlu. Salam sayang dan salam rindu buat semua peminat tulisan aku yang tak seberapa ini.... InsyaALLAH aku tetap akan terus menulis !

Terima kasih sudi membaca.
Sekian,
Wassalam.

-bradokapak-
Penulis Cerita Akhir Zaman.
Pengkaji Ilmu Itrah Ahli Bait.
 
Last edited:
Sponsored Post

hafyz1984

Active+ Member
Joined
May 26, 2011
Messages
4,790
Reaction score
696
Points
76
Sumber:- http://bradokapak.blogspot.com/2014/01/perguruan-ahli-bait-dan-tuk-kenali.html

Posting n update kat blog Bradokapak nie aku selalu baca... Dia nie suka kaji ilmu-ilmu Akhir Zaman... Dulu dia merupakan salah seorang pengikut yang mengaku Pemuda Bani Tamim yang nak merampas Istana Negara tahun sudah...

Banyak pengetahuan aku dapat bila baca posting dia kat blog nie... Posting dia yang aku copy-paste kat thread nie aku dah baca dan baca lagi, dan aku teliti satu-satu komen kat bawah tu... Dan sebagai salah satu cara perkongsian ilmu, aku kongsikan di sini untuk melihat komen forumers pula..

Selamat membaca...
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,173
Reaction score
2,924
Points
201
76. Majoriti kita tidak pernah tahu siapa Nabi bagi ummat Melayu. Sedangkan Nabi Muhammad SAWAW pernah berkata, setiap bangsa itu telah diutuskan bagi mereka Nabi mereka.


Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi dan Rasul yg terakhir.Tiada ada yg lain selepas baginda.Jadi Nabi melayu???? ...Tak sesat ke?
 

zfa85

Active Member
Joined
Apr 26, 2012
Messages
1,158
Reaction score
30
Points
40
Bace bole,percaya jangan..Ade plak kuar nabi untuk bani Melayu.suka2 je.Nabi Muhammad saw je nabi terakhir diutuskn utk umat manusia.
 

hafyz1984

Active+ Member
Joined
May 26, 2011
Messages
4,790
Reaction score
696
Points
76
Mohon forumers semua masuk link nie dan tonton video dalam tu...

https://www.facebook.com/photo.php?v=767480453265219

Aku jumpa video nie malam tadi, tonton dan dah ulang tonton... Sangat menyentuh hati... Tak panjang, hampir 8 minit jerr...

Selamat menonton dan moga kita semua selamat dari fitnah Dajjal...
 

m0mo~

CG Top Poster Club
Platinum Member
ForexMart Fans
Joined
Oct 4, 2012
Messages
35,312
Reaction score
388
Points
136
76. Majoriti kita tidak pernah tahu siapa Nabi bagi ummat Melayu. Sedangkan Nabi Muhammad SAWAW pernah berkata, setiap bangsa itu telah diutuskan bagi mereka Nabi mereka.


Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi dan Rasul yg terakhir.Tiada ada yg lain selepas baginda.Jadi Nabi melayu???? ...Tak sesat ke?

sori,apa itu SAWAW?
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,173
Reaction score
2,924
Points
201
sori,apa itu SAWAW?

itu yg penulis tu tulis..aku qoute je ...ada aku list no 76 tu...yg bawah tu aku punya...

tak tau la kena tanya TT..
 

nikyah

Active Member
Joined
Sep 27, 2010
Messages
1,291
Reaction score
7
Points
25
kekekekekekekekeke.
geli ulu hati.
betul lah. baca boleh. percaya jangan.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,173
Reaction score
2,924
Points
201
Bace bole,percaya jangan..Ade plak kuar nabi untuk bani Melayu.suka2 je.Nabi Muhammad saw je nabi terakhir diutuskn utk umat manusia.

itu la pasal...entah2 ini yg keluar untuk mengelirukan umat Islam
 

m0mo~

CG Top Poster Club
Platinum Member
ForexMart Fans
Joined
Oct 4, 2012
Messages
35,312
Reaction score
388
Points
136
itu yg penulis tu tulis..aku qoute je ...ada aku list no 76 tu...yg bawah tu aku punya...

tak tau la kena tanya TT..

hurm ok..ingat bro tahu..

tak pernah nampak perkataan ni..
tt boleh terangkan tak?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register