Others Perginya 'Sarjan Tho' tinggalkan seribu kenangan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
120190509_819598755516031_5652605304717224749_n.jpg


120143669_819598728849367_2848147777039799309_n.jpg


120199904_819598802182693_7480194583512376835_n.jpg


'Sarjan Tho' dari Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang telah selamat dikebumikan berdekatan seksyen baharu Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang oleh penyelianya, Sarjan Patrick Sandai, semalam.

Tho anjing pengesan jenis Labrador yang berusia 12 tahun lapan bulan itu telah mati pada 19 September lalu kerana sakit tua.

Perginya 'Sarjan Tho' amat terkesan dan dirasai oleh Sarjan Patrick dan Pasukan kerana banyak jasa 'Sarjan Tho' dalam menyumbang bakti dari segi bantuan siasatan melalui pengesanan dalam kes narkotik.

Selamat bersemadi buat selamanya 'Sarjan Tho'. Tabik hormat dari kami warga Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia.

Selamat tinggal 'Sarjan Tho'.
1f614.png
1f415_200d_1f9ba.png
.


== JSJ Kontinjen Pahang
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
Terdahulu

Sarjan pilu hilang rakan setugas pertama

FOTO HIASAN


Kuantan: Sarjan Patrick Sandai sudah biasa menghadapi pelbagai cabaran dalam tugasnya sebagai anggota polis, namun kehilangan anjing seliaannya bernama Tho akibat sakit tua, malam tadi antara paling terkesan buat dirinya.

"Saya kehilangan rakan setugas pertama," kata anggota Unit Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang itu kerana anjing baka Labrador berusia 12 tahun lapan bulan itu adalah anjing pertama beliau sepanjang 20 tahun berkhidmat.

Patrick, 40, berkata beliau berada di sisi di Tho, di kandang Unit K9 di sini, semasa anjing itu disahkan mati pada 7.30 malam tadi, kerana beliau tidak mahu meninggalkan Tho sendirian selepas merasakan keadaannya semakin teruk semasa datang bertugas pada sebelah pagi.

Tho lahir pada 30 Januari 2008 di China dan mula 'dipasangkan' dengan Patrick semasa berusia lapan bulan selepas Patrick yang bertugas sebagai pemandu di Unit K9 sebelum itu, diberi kepercayaan mengendalikan aset berkaki empat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

"Kami berkursus di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur selama empat bulan untuk mencari keserasian. Banyak operasi di kelab malam, pelabuhan, lapangan terbang dan pelbagai lokasi lain telah kami sertai tanpa mengira waktu kerana Tho adalah anjing pengesan narkotik.

"Sepanjang bertugas, tidak pernah sekalipun Tho mengecewakan saya. Selain dilatih untuk sangat taat, Tho sebenarnya anjing manja dan sering menggesel kaki saya untuk mengajak saya bermain jika merasakan saya kurang ceria pada hari itu," katanya kepada Bernama, hari ini.

Patrick berkata, sebelum berpindah ke IPK Pahang pada 1 Jun 2018, mereka berdua bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Johor dan di sana, banyak terbabit dalam operasi membanteras penyeludupan dadah.

Anak jati Bintulu, Sarawak itu berkata, kesihatan Tho mula merosot sejak tiga bulan lalu akibat usia tua, dan semakin teruk mulai minggu lalu apabila ia enggan makan dan kurang bergerak menyebabkan masanya banyak dihabiskan dalam kandang selain tidak lagi aktif bermain bersama anjing lain.

Keadaan itu menyebabkan Patrick perlu mendukung Tho semasa membawanya ke klinik veterinar pada Rabu lalu bagi menjalani pemeriksaan dan semasa itu, doktor memaklumkan bahawa peluang Tho untuk terus hidup adalah tipis.

"Walaupun doktor memberikan jangkaan selama seminggu untuk Tho, saya dapat merasakan semalam adalah hari terakhirnya kerana melihat ia baring sepanjang hari dan muntah setiap kali makan.

"Malah, ia tidak memberikan reaksi apabila saya memanggil namanya. Lazimnya Tho akan membuka mata dan menggoyangkan ekor.

"Disebabkan itu, saya menghabiskan masa seharian bersamanya sehingga saya akhirnya sedar ia tidak lagi bernafas," katanya.

Kematian Tho yang dikongsikan dalam Facebook rasmi IPK Pahang mendapat reaksi netizen yang turut bersedih dengan pemergian Tho selain ada berterima kasih atas jasa anjing itu selama berkhidmat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 7:05 PM
 
Sponsored Post
Top
Log in Register