BTC USD 56,939.8 Gold USD 1,777.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pereka Fesyen Malaysia Di Paris Mahu Promosi Fesyen Islam

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Jadikan Paris pusat fesyen Islam?

Inilah cadangan yang dibuat oleh pereka Malaysia di sana, yang mahu mempromosikan idea mudah yang belum dieksploitasi.

Ng Swee Kuang, 57, pereka jenama "Ornel Soie" menggesa pereka fesyen Malaysia bekerja bersama-samanya, dan menggunakan butik dan bengkelnya di Paris sebagai rujukan.

Kemudahan itu adalah tambahan selain menggunakan kepakaran dan pengalaman Ng, dan mereka akan dilatih untuk menggabungkan potongan Eropah dalam fesyen Islam.

"Kita boleh jayakannya bersama-sama. Inilah fesyen yang tidak wujud di sana. Orang Eropah sukakan fesyen namun mereka tidak tahu keperluan fesyen Islam," katanya kepada Bernama dalam panggilan telefon dari Paris.

Ng, anak pencetak kain sarung dari Muar, sudah menetap di Paris lebih 20 tahun. Syarikatnya menghasilkan pakaian di kilangnya sendiri, rue d'Aboukir, yang dilengkapi teknologi moden dalam menghasikan corak.

Pakaian berjenama "Ornel Soie" mendapat sambutan daripada pelanggan terkemuka, dari butik Marie Claire di Zurich, Gerard Brusse di Belanda, Louis Ferraud di Paris, Rosario Miner Maecet di Barcelona, Laura B di London, St Germaine di Berlin, Louis Blanc di Tokyo, Jenny Vo di Kobe dan Moga di New York.

Yang lain termasuk Itokin di Jepun, Cine International Co Ltd di Taiwan, Al-Akhawain Co Ltd di Arab Saudi, Krokus di Ukraine, Demtzheu Roman di Rusia dan Nelly Alexander Fashion di Kanada.

"Saya orang Cina, namun tiada halangan dalam fesyen. Saya boleh bekerja dengan pereka Melayu yang lebih berpengetahuan memajukan fesyen Islam Malaysia," kata Ng.

Idea fesyen Islamnya mendapat sokongan Olga Saurat, Presiden Kebangsaan Persatuan Ahli Kraf Terbaik Perancis, yang mahukan beliau menjadikannya fesyen couture, pakaian Islam kelas tinggi.

Katanya Sauratlah yang mahukan beliau memindahkan pengetahuan teknikalnya kepada rakyat Malaysia, kerana beliau masih muda untuk mempromsikan negara.

"Gedung fesyen Paris akan menjadi wadah antarabangsa dan untuk publisiti media dalam memprompsi ciptaan fesyen Islam oleh pereka fesyen Malaysia, dan menjadikan Kuala Lumpur pusat fesyen untuk dunia Islam," kata Ng.

Walaupun batik masih perlu dipromosikan, beliau berkata projek itu perlu mendapat sokongan bagi menghasilkan fesyen Islam.

"Baru-baru ini saya mengetahui isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempromosikan fesyen Islam, yang menarik minat saya. Ia idea yang baik dan saya mahu menyokong beliau," katanya.

Berdasarkan kemahiran potongan yang baik, beliau akan berupaya menjadikan fesyen Islam pakaian anggun.

Di Perancis, katanya fesyen Islam berbeza kerana Paris mencetuskan inspirasi yang berjaya menarik ramai pembeli Islam yang mampu membayar pada harga yang tinggi.

Ng terkenal kerana menguasai seni membuat pakaian dan menggunakan pelbagai jenis kain dan rekaannya yang kaya dengan warna dan potongan.

Beliau juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan antara 15 dan 20 rekaan sebulan.

Ada rekaannya berada dalam pasaran selama lima tahun. Beliau pernah menghasilkan 40,000 helai pakaian dalam satu rekaan menerusi sejenis kain tertentu.
 
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Messages
12,098
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
bagus betul si cina nih.. boleh masuk la tu..
 

little_lily

Legendary Member
Messages
14,859
Joined
Jun 23, 2008
Messages
14,859
Reaction score
101
Points
123
wow, terer la org cina nie, derang lak yg melopor fesyen islam kat barat :-?
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
bagus lah macam tu..vote
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Messages
5,360
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..tgk org luar yg bukan agama islam pun respen fesyen islam da...apa kata pereka islam da??????
 

akukurt

Legendary Member
Messages
10,593
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,593
Reaction score
60
Points
120
bagus la macam ni... kat Malaysia pon takdek promosi fesyen islam mcmni..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register