BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

General MYS Perdana Menteri Umum Tambahan Dana RM15 Juta Buat Bola Sepak Negara

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pihak kerajaan berbesar hati untuk meningkatkan jumlah peruntukan buat pembangunan bola sepak negara. Sebelum ini pada perbentangan Belanjawan 2025, dana bernilai RM15 juta akan diberikan kepada bola sepak negara dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi sukan nombor satu itu. Perkembangan terkini melibatkan tambahan lagi RM15 juta oleh Anwar itu telah disahkan menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan di laman Facebook beliau, sebentar tadi. Sebelum ini dalam perbentangan Belanjawan 2025, peruntukan bernilai RM15 juta akan diberikan kepada pasukan negara dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi sukan nombor satu itu.

Umum mengetahui bahawa sukan bola sepak amat dekat di hati rakyat Malaysia termasuk diri saya sendiri yang sentiasa menerima perkembangan langsung terkait situasi melibatkan pasukan Harimau Malaya. Pelbagai usaha berterusan dilakukan Kerajaan MADANI bersama beberapa pihak lain dalam memastikan skuad Harimau Malaya diperkukuh sekali gus muncul sebagai gergasi bola sepak asia. Bagi merealisasikan usaha ini, Kerajaan MADANI akan meningkatkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak kepada RM30 juta, yang mana RM15 juta lagi akan dibiayai oleh pihak swasta.

Peruntukan ini akan diguna bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai. Dana ini juga akan dimanfaatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)dalam aspek pengurusan organisasi yang mana ia memerlukan perubahan total dari setiap sudut bagi memastikan para pemain kebangsaan mendapat sokongan yang berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik.
1736689532648.png
 
Sponsored Post

Dana RM30 Juta Tingkat Pembangunan Harimau Malaya - Anwar

12.01.2025 - Kerajaan akan meningkatkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak kepada RM30 juta yang mana baki jumlah RM15 juta bakal dibiayai pihak swasta. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu akan diguna bagi meningkatkan program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa disertai.

“Dana ini juga akan dimanfaatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam aspek pengurusan organisasi yang mana ia memerlukan perubahan total daripada setiap sudut. Ia bagi memastikan para pemain kebangsaan mendapat sokongan berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Anwar berkata, usaha itu juga akan ditumpukan kepada mewujudkan lebih ramai pemain pelapis pasukan Harimau Malaya dengan memberikan pendedahan meluas kepada skuad bawah-23 negara. Jelasnya, usaha itu secara tidak langsung membolehkan pasukan utama sentiasa dilengkapi dengan para pemain yang berpengalaman.

“Selain daripada ikhtiar dilakukan oleh kerajaan dan FAM, saya berharap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail akan terus memberikan dukungan berterusan berdasarkan pencapaian, pengalaman serta rangkaian luas baginda dalam industri bola sepak. Pengetahuan Pemangku Sultan Johor yang mendalam mengenai pengurusan bola sepak serta hubungan dengan figura sukan dan kelab bola sepak antarabangsa adalah aset yang tidak ternilai serta dapat digunakan untuk menolong Harimau Malaya dan pasukan pengurusannya,” katanya.

Anwar juga berharap agar rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan Harimau Malaya termasuk pasukan pengurusan dalam mengangkat nama Malaysia ke peringat tertinggi dan setanding nama besar bola sepak antarabangsa.
1736691003074.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register