BTC USD 100,953 Gold USD 2,662.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perdana Menteri Sri Lanka Letak Jawatan Selepas Presiden Baharu Dipilih

Md Hanif

Fun Poster
Messages
716
Joined
Jun 13, 2023
Messages
716
Reaction score
51
Points
25
75059e6c2729a5a19bb61e0f38f7c7c766f1073dcc5d1


Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.

Dalam surat peletakan jawatannya, Gunawardena menyatakan bahawa dengan pemilihan Dissanayake sebagai presiden eksekutif kesembilan Sri Lanka, beliau meletakkan jawatan selaras dengan Perlembagaan negara.

Gunawardena turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Dissanayake pada Ahad malam, berikutan kemenangan beliau dalam pilihan raya.

 
Sponsored Post

Pemimpin Asia Selatan Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka​


1d358348819417296323884b1f5ac88766f1387ab312c


Pemimpin Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake atas pemilihannya sebagai presiden baharu Sri Lanka pada Ahad.

Perdana Menteri India Narendra Modi menyatakan hasratnya untuk bekerjasama rapat dengan Sri Lanka bagi mengukuhkan lagi "kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara."

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mendoakan kejayaan presiden yang baharu dipilih itu dan berharap dapat bekerjasama dengan Dissanayake untuk mengukuhkan lagi hubungan Pakistan-Sri Lanka.

Presiden Maldives Mohamed Muizzu menyifatkan kemenangan Dissanayake sebagai "luar biasa."

"Sebagai jiran rapat, saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda untuk mengukuhkan lagi persahabatan bersejarah antara Maldives dan Sri Lanka. Semoga anda berjaya dalam peranan baharu anda," kata Muizzu.

Dissanayake, 55, pemimpin Parti National People's Power (NPP), sebuah gabungan yang termasuk Janatha Vimukthi Peramuna (JVP) yang berorientasikan Marxist akan menggantikan Ranil Wickremesinghe.

Dissanayake menewaskan pesaing terdekatnya Sajith Premadasa untuk menjadi presiden kesembilan negara kepulauan itu manakala Wickremesinghe berada di tempat ketiga dalam kalangan calon presiden.

Wickremesinghe yang menjadi presiden pada 2022 selepas kejatuhan Gotabaya Rajapaksa susulan protes besar-besaran ketika Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk berkata sesuai dengan kehendak rakyat, kepimpinan akan diserahkan kepada presiden baharu.

"Pencapaian ini bukanlah hasil kerja seseorang individu, tetapi usaha kolektif ratusan ribu daripada anda. Komitmen anda telah membawa kita sejauh ini, dan untuk itu, saya amat berterima kasih. Kemenangan ini milik kita semua," katanya dalam hantaran media sosial selepas kemenangannya.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register