BTC USD 104,069 Gold USD 3,180.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perdana Menteri mesti seorang Melayu dan Islam - PAS

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,118
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
60,118
Reaction score
6,938
Points
881
Awards
1
Perdana Menteri mesti seorang Melayu dan Islam

IzwanMarch 19, 2025

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dengan menetapkan Perdana Menteri mestilah orang Melayu dan Islam sebelum mencadangkan tempoh had jawatan Perdana Menteri.

- -
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penetapan itu sangat penting demi menjamin kestabilan dan mengelak konflik di masa akan datang.

“Sehari dua ini, terdapat perbincangan mengenai cadangan untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal. Pelbagai pihak memberi reaksi yang berbeza.

“Bagi PAS, perkara yang perlu diberi perhatian dalam meminda Perlembagaan berkenaan had tempoh menjadi Perdana Menteri, adalah dengan terlebih dahulu meminda perlembagaan dengan menetapkan Perdana Menteri mestilah orang Melayu dan beragama Islam.

“PAS berpendapat bahawa penetapan ini sangat penting demi menjamin kestabilan dan mengelak konflik di masa akan datang. Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat, negara ini sejak dahulu lagi dikenali sebagai negeri Tanah Melayu.

“Setiap warganegara Malaysia memahami melalui ikrar rukun negara bahawa Raja-Raja Melayu adalah tunggak pemerintah yang perlu diberikan ketaatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, semua rakyat tanpa prejudis perlu bersetuju bahawa jawatan Perdana Menteri harus dipikul oleh mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Penetapan ini perlu diberi keutamaan sebelum cadangkan had tempoh jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya langkah mengehadkan tempoh masa jawatan Perdana Menteri dengan alasan untuk mengelakkan salah guna kuasa serta penyelewengan tidak berbangkit.

“ Hal ini kerana segala kerja baik atau buruk tidak terikat dengan tempoh masa, namun ia sebenarnya terikat dengan pegangan serta kepercayaan seseorang individu. Iman dan takwa menjadi teras utama kepada seseorang untuk melakukan kebaikan atau kejahatan.

“PAS memandang jawatan sebagai suatu tanggungjawab dan amanah (taklif), bukan satu kemuliaan atau kebanggaan sebagaimana Islam mengajar umatnya bahawa segala amanah dan tanggungjawab hamba Allah yang diberikan di dunia ini akan disoal oleh Allah di akhirat,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, setiap Muslim harus meyakini bahawa seseorang itu mungkin boleh terlepas daripada hukuman di dunia, namun pastinya ia tidak akan terlepas di akhirat.

“Atas keyakinan bahawa pemimpin yang bertakwa pasti tahu tanggungjawab berat yang beliau perlu pikul di akhirat, PAS berpendapat bahawa seseorang pemimpin Melayu Islam yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri hendaklah memenuhi kriteria tersebut.

“Hal ini pasti menjamin kestabilan negara pada masa depan, insya-Allah,” katanya.- HARAKAHDAILY 19/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Sponsored Post

Tak setuju......cukup sekadar jawatan Perdana Menteri disandang oleh seseorang beragama islam.

Kena fleksibel bab bangsa dan keturunan. Nak definisi 'melayu' tu dah masuk kelompok fanatik assobiyah.

Tolong tanya Tuan Ibrahim, bagaimana nak definisi melayu? Melalui warna kulit kah, melalui, bahasa kah, melalui DNA kah, melalui pakaian kah....jangan dilupa, bumiputera Sabah dan Sarawak pun ada hak jadi Perdana Menteri Malaysia kalau agama dorang islam.

Nota buku lali: Ini lah masalah pemikiran sesetengah pemimpin Pas.....kikikikikikiki

Kami, Parti Pembina Negara tidak akan sesekali guna konsep parti PAS.

Diharap, penduduk negeri Sabah dan Sarawak pilih Parti Pembina Negara di masa hadapan.....kikikikiki
 
Perdana Menteri mesti seorang Melayu dan Islam

IzwanMarch 19, 2025

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dengan menetapkan Perdana Menteri mestilah orang Melayu dan Islam sebelum mencadangkan tempoh had jawatan Perdana Menteri.

- -
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penetapan itu sangat penting demi menjamin kestabilan dan mengelak konflik di masa akan datang.

“Sehari dua ini, terdapat perbincangan mengenai cadangan untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal. Pelbagai pihak memberi reaksi yang berbeza.

“Bagi PAS, perkara yang perlu diberi perhatian dalam meminda Perlembagaan berkenaan had tempoh menjadi Perdana Menteri, adalah dengan terlebih dahulu meminda perlembagaan dengan menetapkan Perdana Menteri mestilah orang Melayu dan beragama Islam.

“PAS berpendapat bahawa penetapan ini sangat penting demi menjamin kestabilan dan mengelak konflik di masa akan datang. Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat, negara ini sejak dahulu lagi dikenali sebagai negeri Tanah Melayu.

“Setiap warganegara Malaysia memahami melalui ikrar rukun negara bahawa Raja-Raja Melayu adalah tunggak pemerintah yang perlu diberikan ketaatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, semua rakyat tanpa prejudis perlu bersetuju bahawa jawatan Perdana Menteri harus dipikul oleh mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Penetapan ini perlu diberi keutamaan sebelum cadangkan had tempoh jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya langkah mengehadkan tempoh masa jawatan Perdana Menteri dengan alasan untuk mengelakkan salah guna kuasa serta penyelewengan tidak berbangkit.

“ Hal ini kerana segala kerja baik atau buruk tidak terikat dengan tempoh masa, namun ia sebenarnya terikat dengan pegangan serta kepercayaan seseorang individu. Iman dan takwa menjadi teras utama kepada seseorang untuk melakukan kebaikan atau kejahatan.

“PAS memandang jawatan sebagai suatu tanggungjawab dan amanah (taklif), bukan satu kemuliaan atau kebanggaan sebagaimana Islam mengajar umatnya bahawa segala amanah dan tanggungjawab hamba Allah yang diberikan di dunia ini akan disoal oleh Allah di akhirat,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, setiap Muslim harus meyakini bahawa seseorang itu mungkin boleh terlepas daripada hukuman di dunia, namun pastinya ia tidak akan terlepas di akhirat.

“Atas keyakinan bahawa pemimpin yang bertakwa pasti tahu tanggungjawab berat yang beliau perlu pikul di akhirat, PAS berpendapat bahawa seseorang pemimpin Melayu Islam yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri hendaklah memenuhi kriteria tersebut.

“Hal ini pasti menjamin kestabilan negara pada masa depan, insya-Allah,” katanya.- HARAKAHDAILY 19/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

alang2 kasi lagi jelas la

PM wajib dari org melayu islam dan dari party Pas baru lebih yakin
 
Screenshot_20250320_135819_com_brave_browser_ChromeTabbedActivity_edit_845098746650431.jpg
Screenshot_20250320_135829_com_brave_browser_ChromeTabbedActivity_edit_845109238894489.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register