BTC USD 28,044.5 Gold USD 1,967.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta, Indonesia hari ini

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

JKMC

· 53m ·

PM7 & PM10... Malaysia, Indonesia bersaudara!

321566588_1113748139312056_4342357498999151323_n.jpg

322386892_8903204539720334_7849564111893873524_n.jpg
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Citaglobal, firma Indonesia rancang projek tenaga bateri​

Januari 9, 2023 @ 11:25am

Perdana Menteri menyaksikan Norza (depan, kanan) bertukar dokumen MoU bersama Nugroho dalam satu majlis di Jakarta
Perdana Menteri menyaksikan Norza (depan, kanan) bertukar dokumen MoU bersama Nugroho dalam satu majlis di Jakarta

JAKARTA: Citaglobal Bhd menjalin kerjasama strategik dengan PT Industri Baterai Indonesia atau Indonesia Battery Corporation (IBC) untuk cadangan pembangunan kilang pembuatan sel bateri dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).

Kerjasama Citaglobal, yang dulunya dikenali WZ Satu Bhd dengan IBC itu termasuk pembangunan, reka bentuk dan pembinaan kemudahan 'turnkey' pengilangan bersepadu untuk sel bateri, modul dan pek.

Ia juga merangkumi pembangunan penyelesaian bersepadu BESS dan pemindahan teknologi dan pengetahuan berkaitan untuk pembangunan loji bateri dan BESS.

Kedua-dua syarikat memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di sini dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam lawatan rasmi pertamanya ke Indonesia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.



MoU itu adalah petanda baik untuk kedua-dua pihak, yang mempunyai rancangan strategik dan fokus untuk berkembang secara bermakna ke dalam segmen tenaga boleh diperbaharui.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria, berkata meningkatkan storan bateri adalah penting untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui sama ada di Malaysia atau Indonesia.

Beliau yang juga pemegang saham utama Citaglobal berkata, Suruhanjaya Tenaga Malaysia sudah memaklumkan hasrat untuk mengguna pakai sehingga 500 megawatt (MW) teknologi storan bateri.

Katanya, dengan lokasi Malaysia yang strategik untuk potensi tenaga solar yang tinggi, kerajaan sangat proaktif dalam memilih kawasan yang sesuai untuk penggunaan tenaga solar, terutamanya untuk Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri.

"Kami berbesar hati dan mengharapkan kerjasama yang produktif dan membuahkan hasil dengan IBC.

"Kerjasama merentas negara akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kepakaran masing-masing dan mempercepatkan proses meningkatkan sumber tenaga rendah karbon," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden Pengarah IBC, Toto Nugroho, berkata pihaknya mengalu-alukan Citaglobal sebagai rakan kongsi untuk meningkatkan daya saingnya menjadi peserta utama dalam ekosistem bateri dan kenderaan elektrik.
Beliau berkata, di IBC, misinya adalah untuk menyokong pertumbuhan kenderaan elektrik nasional supaya ia boleh menjadi pusat pengeluaran di ASEAN.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi global dalam mencapai matlamat kami," katanya.
MOU itu berkuat kuasa serta-merta dari tarikh pelaksanaan dan akan terus berkuat kuasa dalam tempoh setahun akan datang.

Buat masa ini, pasaran global untuk kenderaan elektrik berkembang secara berterusan pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 21.7 peratus.

Bateri adalah salah satu komponen kos utama untuk kenderaan elektrik, membentuk kira-kira 35 peratus daripada kos berkenaan pada masa ini.

Pada Oktober 2022, Citaglobal memeterai perjanjian kerjasama dengan Genetec Technology Bhd untuk kerjasama pelbagai sudut dan eksklusif serta pengaturan kerjasama strategik meluas berhubung pembangunan BESS bagi menyimpan dan mengurus lebihan kuasa ketika penjanaan tenaga boleh diperbaharui menerusi syarikat tujuan khas berdasarkan perkongsian 50:50 antara pihak.

Disenaraikan pada 2 Januari 2008, Citaglobal ialah kumpulan dengan pelbagai aliran hasil dan ia kini terbabit dalam tenaga, infrastruktur telekomunikasi, kejuruteraan awam dan pembinaan, pembuatan dan hartanah.

Sementara itu, IBC pula ditubuhkan oleh empat perusahaan milik negara Indonesia iaitu PT Aneka Tambang Tbk (ANTAM), Industri Perlombongan Indonesia (MIND ID), Perusahaan Listrik Negara (PLN) dan PT Pertamina.

Ia beribu pejabat di Jakarta dengan visi memaksimumkan sumber asli Indonesia melalui pembangunan kenderaan elektrik bateri dan ekosistem industri bateri di republik itu.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Malaysia sertai pembangunan ibu kota baharu Indonesia dengan potensi nilai RM1b​


Januari 8, 2023 @ 8:33pm




JAKARTA: Malaysia meningkatkan hubungan dua hala dengan Indonesia menerusi pembabitan syarikat negara dalam pembangunan Nusantara, ibu kota Indonesia yang baharu di Kalimantan Timur, berhampiran Sarawak dengan potensi nilai RM1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan lawatan rasmi dua hari, hari ini, menyaksikan majlis penyerahan 11 Surat Hasrat (LoI) membabitkan penyertaan 10 syarikat Malaysia dalam pembangunan Nusantara.




Kehadiran syarikat Malaysia itu bukan sahaja mengukuhkan keakraban, malah membuka peluang perniagaan dan perdagangan kepada syarikat kedua-dua negara.

Surat Hasrat itu diserahkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Yang turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.




Pembangunan pusat pentadbiran ibu kota baharu dipindahkan dari Jakarta itu diilhamkan Presiden Joko Widodo dan dijadualkan memulakan pentadbiran di Nusantara pada tahun depan.

Success Electronics & Transformer Manufacturer Sdn Bhd (SETM), pengeluar transformer voltan rendah dan pembekal lampu LED industri berskala besar, menyatakan minat melaksanakan penggunaan lampu jalan LED pintar.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penyerahan Surat Hasrat (LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta hari ini. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penyerahan Surat Hasrat (LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta hari ini. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri

Carsome, syarikat e-dagang kenderaan bersepadu turut menyatakan minat untuk mendigitalkan perdagangan automotif di Nusantara serta penubuhan pusat pemeriksaan dan pengalaman kereta; pusat baik pulih kereta; Akademi TVET Automotif; bengkel automotif dan pusat servis serta ibu pejabat Carsome di Nusantara/ wilayah Borneo.

Olympic Cable Company (OSK Group) yang menghasilkan kabel aluminium dan tembaga pula mahu mengembangkan produknya, termasuk kabel kawalan, kabel instrumentasi, kabel berbilang teras, gentian optik, kabel minyak dan gas serta lain-lain untuk memenuhi permintaan utiliti, infrastruktur, bangunan dan pembinaan, telekomunikasi dan industri lain untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport antarabangsa.

Selain itu, Boustead Properties Berhad, pemaju induk dalam aktiviti teras dalam pembangunan, pengurusan, pelaburan hartanah dan pembangunan perbandaran lestari, menyatakan minat membangunkan hartanah serta perkongsian pengetahuan dalam membangunkan perbandaran pintar pintar yang mampan.

Tawar kepakaran
Syarikat berkenaan juga menawarkan bidang farmaseutikal, kewangan, perbankan, perladangan, pelancongan, industri berat, pendidikan, perdagangan, hotel dan resort serta hartanah dan pelaburan.

Berjaya Corporation Berhad, konglomerat pelbagai perniagaan turut berminat menawarkan kepakaran pengurusan sisa pepejal, bekalan air minuman, pembangunan hartanah dan perumahan serta teknologi bandar pintar di pusat pentadbiran itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penyerahan Surat Hasrat (LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta hari ini. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penyerahan Surat Hasrat (LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta hari ini. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri

Kumpulan farmaseutikal bersepadu terbesar, Pharmaniaga Berhad yang juga pembekal produk dan perkhidmatan berkualiti dalam industri penjagaan kesihatan pula menawarkan produk serta perkhidmatan penjagaan kesihatan berpatutan dan berkualiti.

Alliance MEP (Sarawak) Sdn Bhd, iaitu syarikat perkhidmatan perundingan kejuruteraan mekanikal dan peralatan (M&E) membabitkan reka bentuk, audit teknikal, kajian kebolehlaksanaan dan pengurusan projek infrastruktur, perindustrian, komersial, bukan komersial dan kediaman berminat untuk menyediakan perkhidmatan profesional.

Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut berminat meneroka dan mengambil bahagian dalam pembangunan serta pengendalian penyelesaian tenaga merentasi pelbagai teknologi yang ada seperti gas, suria, angin, hidro dan penyimpanan bateri.

Protasco Berhad menerusi HCM Engineering, firma kejuruteraan pembangunan, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur dan hartanah, pendidikan swasta, perdagangan serta pembekalan bahan binaan, berminat membangunkan infrastruktur dan perumahan kerajaan.

Anwar berada di Indonesia selama dua hari, iaitu lawatan pertamanya ke luar negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri
Anwar berada di Indonesia selama dua hari, iaitu lawatan pertamanya ke luar negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri

Menerusi syarikat pembangunan, pembinaan dan penyelenggaraan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan stesen pengecasan, i2 Energy berminat membangunkan RE dan stesen pengecasan.

Reneuco Berhad pula syarikat yang terbabit dalam segmen tenaga dan utiliti lestari membabitkan aktiviti berkaitan pembinaan dan perkhidmatan kejuruteraan khusus dalam menyediakan perkhidmatan tenaga serta utiliti yang mampan.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, syarikat Malaysia dijangka beroperasi pada tahun depan bersamaan dengan ibu kota Nusantara dibuka.

"Hubungan serumpun dua negara ini membolehkan syarikat Malaysia menjalankan perniagaan dengan potensi nilai hingga RM1 bilion," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Hasrat (LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta hari ini. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Hasrat (LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta hari ini. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri
 

Hou-Ou

Active+ Member
gem
Messages
2,795
Joined
Jun 13, 2021
Messages
2,795
Reaction score
1,288
Points
111
WAAAHHHHH...Dua kali sambutan negara..di Airport , depan Istana pun cek perbarisan juga!

Rajin Indo buat Sambntan utk PMX

Pasti terdiam kaku lah sapa yg duk Upload gambar Tun M sebelah Pak Joko sebab kononnya Pak Joko tak layan PMX :) :)
Kalau Tun M dapat sambutan Negara...PMX dapat Double sambutan Negara

apa pun saya respek pada kedua2 Tun M dan PMX...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register