BTC USD 28,029.0 Gold USD 1,967.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta, Indonesia hari ini

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
PM Anwar Ibrahim & isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berlepas ke Jakarta, Indonesia bagi memulakan lawatan rasmi dua hari.
Pesawat khas yang membawa mereka berlepas pada jam 12.53 tengah hari dari Kompleks Bunga Raya, KLIA.
1f4f9.png
Samantha Tan/BERNAMA

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
#Jakarta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dalam lawatan rasmi dua hari ke Indonesia bermula hari ini.

Ini merupakan lawatan rasmi luar negara pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 24 Nov lalu.

Ketibaan Perdana Menteri disambut mesra oleh Menteri Pekerjaan Umum & Perumahan Rakyat Indonesia Basuki Hadimuljono dan Menteri Luar Negeri Dr. Zambry Abd Kadir.

Berita selanjutnya : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2154322
1f4f8.png
Hafizie Shabudin | BERNAMA

324420986_5777619785657227_3619050379459199808_n.jpg

323051807_686690239601306_8631175297149076746_n.jpg

324265819_679817393883313_4728074756137616160_n.jpg

323097271_1390370638366573_6264780002070744986_n.jpg
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Anwar tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi pertama​

08 Januari 2023 03:58pmMasa membaca: 2 minit

2049896.jpg

Anwar bersama Wan Azizah tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke Indonesia pada Ahad. - Foto Bernama

JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Indonesia pada Ahad, dalam lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan itu pada 24 November lepas.

Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang dikenali rakyat dan dihormati tokoh masyarakat di sini, diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam lawatan dua hari itu.



Pesawat khas yang membawa Anwar dan isteri mendarat di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 2 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia, Basuki Hadimuljono dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq.
Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo esok (Isnin) yang memberi peluang kepada Kuala Lumpur dan Jakarta menilai kemajuan kerjasama dua hala, meneroka peluang kerjasama baharu serta menggalakkan usaha bersama untuk menangani cabaran serantau dan global.
Pelbagai isu akan dibincangkan termasuk kerjasama ekonomi serta potensi pelaburan oleh Malaysia di Ibu Kota Negara Nusantara, pembatasan sempadan darat dan maritim, serta pengambilan dan perlindungan pekerja migran dari Indonesia.

Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan serantau dan global terutama situasi di Myanmar dan usaha bersama untuk menangani diskriminasi minyak sawit memandangkan Malaysia dan Indonesia merupakan pengeksport terbesar dunia.



Dalam lawatan itu, lapan memorandum persefahaman antara sektor swasta Malaysia dan Indonesia akan dimeterai dengan jumlah projek dianggarkan bernilai RM1.16 bilion.

Selain itu, Anwar dijadual menyampaikan satu syarahan umum mengenai "Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia" dan mengadakan sesi ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Jakarta.

Pada 2021, Indonesia merupakan rakan dagang global ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM95.31 bilion (AS$22.98 bilion).

Pada Januari hingga November 2022, Indonesia adalah rakan dagangan global keenam terbesar dan kedua terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 41.7 peratus dengan jumlah RM120.26 bilion (AS$27.31 bilion).

Kunjungan Anwar sangat dinantikan masyarakat di Indonesia, terutamanya untuk mendengar sendiri pembaharuan dasar yang bakal diperkenalkan dalam memperkukuh hubungan negara serumpun Malaysia-Indonesia. - Bernama
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Ab Jalil Backer berada di Kuningan, Jawa Barat Indonesia.​

2h ·

Ahad dan Isnin ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan ke Jakarta, Indonesia.

Di Indonesia selain Tun Mahathir, Anwar adalah personaliti yang berupaya memdapat perhatian rakyat dan media negara tersebut.

Jika Tun Mahathir dikagumi dengan kejayaan beliau membina Malaysia melangkaui Indonesia, Anwar dikenali sebagai tokoh orator dan reformasi sebaris Amien Rais.

Misi diplomatik negara yang terbesar berada di Indonesia merangkumi 53 orang tenaga kerja dan 13 jabatan dan agensi.

Yang belum ada hanya Duta Besar (Dubes).
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
Anwar berkata, selain negara jiran yang serumpun dengan persahabatan baik, republik itu adalah sahabat sejati yang menerima beliau ketika dalam keadaan terlempar, terbuang dan tersisih.

'Indonesia terima ketika saya terdampar, terbuang, tersisih'​


08 Januari 2023 08:13pmMasa membaca: 2 minit


2050212.jpg

Anwar bercakap kepada media selepas majlis penyerahan LoI dan menandatangi MoU itu sempena lawatan rasmi ke Indonesia pada Ahad. - Foto Ihsan PMO


JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebab beliau memilih Indonesia sebagai negara pertama lawatan rasminya ke luar negara selepas dilantik menerajui negara pada 24 November lalu.

Katanya, selain negara jiran yang serumpun dengan persahabatan baik, republik itu adalah sahabat sejati yang menerima beliau ketika dalam keadaan terlempar, terbuang dan tersisih.

Ujar Anwar, Indonesia juga bersikap mesra terhadap Malaysia dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap penglibatannya sebagai ahli politik sehingga dilantik Perdana Menteri.
“Jadi saya tidak melupakan, sebab itu kita memberikan keutamaan untuk merentas dalam hubungan dua hala bilateral dengan Indonesia,” katanya ketika ditemui media sempena lawatan rasmi itu pada Ahad.
Beliau hadir menyaksikan Majlis Penyerahan 11 pucuk Surat Minat (LoI) oleh 10 syarikat Malaysia bernilai lebih RM1 bilion kepada Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi pada satu majlis di sebuah hotel di Jakarta.

Turut sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia, Basuki Hadimuljono.


Anwar (tiga dari kanan) memilih Indonesia sebagai lawatan rasmi pertamanya.


Pada majlis sama, sembilan memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Indonesia dimeterai dengan pelaburan berpotensi berjumlah lebih RM1.66 bilion melibatkan pelbagai bidang ekonomi.



Tambah Anwar, pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Bogor akan berlangsung pada Isnin.

“Esok (Isnin) akan ke istana, insya-ALLAH ada 12 perkara (usul dibincangkan),” ujarnya.
Anwar kini dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bermula Ahad bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

Beliau diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Soekarno-Hatta pada jam 1.57 petang (waktu tempatan).






 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

10 syarikat Malaysia mahu bekerjasama bangunkan Nusantara, Indonesia – PM​


8 January 2023

Anwar-loL-681x454.jpg


Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) antara syarikat Malaysia dan Indonesia sebaik tiba di Jakarta. -Foto FB Anwar


KUALA LUMPUR – Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 10 syarikat Malaysia menyatakan hasrat tersebut menerusi 11 surat niat (LoI) yang ditandatangani pada majlis yang berlangsung di Jakarta hari ini.




Menurutnya, sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan sejumlah RM1.66 bilion juga turut diserahkan pada majlis tersebut.

“Sementara Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berhasrat meneroka peluang untuk terlibat dalam sektor tenaga termasuk tenaga diperbaharui.

“Semoga segala kerjasama ini akan dipermudahkan demi kemakmuran Malaysia-Indonesia, insya-Allah,” kata Anwar dalam kenyataan.



Anwar selamat tiba di Jakarta hari ini dan dijadual memulakan lawatan negara dua hari.

Pesawat khas yang membawa beliau bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada jam 1.57 petang waktu tempatan.

Anwar berdepan dengan jadual padat sempena lawatan sulung ke luar negara itu, sejak dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lepas.



Pengisian utama adalah pertemuan dengan Presiden Joko Widodo di Istana Bogor, yang antara lain bakal membincangkan soal kerjasama dua hala termasuk dalam menangani cabaran serantau dan global.

Anwar juga dijadual memberikan syarahan perdana bertajuk Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia sempena sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia di Jakarta.

Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.-MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Top
Log in Register