BTC USD 37,252.3 Gold USD 1,798.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbualan WhatsApp Bersama Kekasih Terdedah Ketika Sesi Pembentangan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,153
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,153
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
29.11.2021 - Jakarta, Gara-gara terlupa menutup tetingkap perbualan pesanan ringkas bersama teman wanita, seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Indonesia menjadi tular ekoran perbualan romantisnya dapat dibaca oleh rakan sekelas ketika sesi pembentangan diadakan, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan satu klip video yang dimuat naik di TikTok, pelajar lelaki tersebut sedang berdiri di hadapan kelas sambil melakukan pembentangan menggunakan layar projektor. Tanpa disengajakan, dia membuka tetingkap yang memaparkan perbualannya bersama teman wanitanya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Teruskan semangat ketika belajar, sayangku,” tulis perbualan dengan teman wanitanya.

Situasi itu mengundang ketawa dalam kalangan pensyarah dan rakan-rakan sekelasnya yang menyorak apabila membaca perbualan tersebut. Video itu menjadi tular dan menerima lebih 1.6 juta tontonan beserta 74,000 tanda suka setakat ini.

“Rasa malu yang tidak dapat dibendung sehingga ke tulang hitam,” kata seorang netizen.

“Sampai begitu sekali pensyarahnya ketawa,” komen seorang lagi.
1638188727596.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register