BTC USD 39,105.8 Gold USD 1,872.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbualan telefon tergempar antara Anwar dan Zahid: Anwar & Zahid nafi

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,446
Reaction score
12,874
Points
1,906

Anwar tiba di Bukit Aman beri keterangan klip audio

April 27, 2021 @ 10:22am


1619491183554.png


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bukit Aman pagi ini untuk memberi keterangan berhubung klip audio dikatakan antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini.
Anwar tiba kira-kira jam 9.58 pagi dengan menaiki kereta Jaguar hitam.

Kehadiran Ketua Pembangkang itu ditemani peguamnya, Sankara N Nair.
Media sebelum ini melaporkan, rakaman audio perbualan dua individu yang mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar yang tular sejak awal bulan ini, akan disiasat jika pihak berkuasa menerima laporan.



Ahmad Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial.
Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.

Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat, selama 22 tahun.

 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,132
Reaction score
2,899
Points
201
Dijangkakan ia bukan satu mesyuarat yang mudah akan dipengerusikan Zahid selepas pendedahan klip audio dengan Anwar, semua mata pastinya tertumpu kepada sosok yang sudah dibuktikan mempunyai hubungan intim dengan Anwar dan ia terpulang kepada pengalaman Zahid untuk mendamaikan semula UMNO yang kini sudah pun berdepan perpecahan dalaman.

MT UMNO fokus bincang klip audio Zahid Ahad ini : laporan​






21/04/2021


View attachment 362871




KUALA LUMPUR – Kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan menjadi intipati utama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) dan penularan klip audio pakatan sulit.

Memetik Agenda Daily mendedahkan banyak perkara akan dibangkitkan oleh Ahli MT khususnya penjelasan Zahid berhubung klip audio dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan dirinya selain desakan supaya pemilihan parti diadakan dengan segera.

Dijangkakan ia bukan satu mesyuarat yang mudah akan dipengerusikan Zahid selepas pendedahan klip audio dengan Anwar, semua mata pastinya tertumpu kepada sosok yang sudah dibuktikan mempunyai hubungan intim dengan Anwar dan ia terpulang kepada pengalaman Zahid untuk mendamaikan semula UMNO yang kini sudah pun berdepan perpecahan dalaman.

Mengenai pemilihan parti, sumber memberitahu kesesuaian untuk mengadakan pemilihan parti yang akan berakhir mandat pada Jun ini akan menjadi topik utama bagaimanapun mereka perlu menimbang sejauh mana kesannya terhadap parti.

“Kalau adakan pemilihan sekarang, kita tahu akibatnya. Ada Pro dan kontra. Semua itu akan diambil kira dan pertimbangan mana yang kurang mudarat kepada parti, itu yang kita akan pilih Ahad ini,” kata laporan itu.

Jelas sumber itu, Zahid mungkin cuba membangkitkan isu berhubung kedudukan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO untuk sama ada kekal atau meletakan jawatan mereka walaupun semasa PAU lalu sudah diputuskan mereka hanya perlu berundur daripada Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaik Parlimen dibubarkan dan selagi perkara itu tidak berlaku mereka boleh kekal berada dalam kerajaan.

Zahid semasa tular perbualan dengan Anwar ada berbincang berhubung isu peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, kedua-dua mereka berbincang strategi untuk memaksa kumpulan tersebut meletakan jawatan mereka.

“Isu klip audio mengenai perbincangan antara Anwar dan Zahid berhubung kedudukan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO juga tidak boleh dianggap remeh, pastinya ahli MT dan akar umbi mahu tahu adakah benar Zahid ada niat untuk memaksa mereka meletak jawatan,” katanya lagi.

Menurut sumber lagi, pergolakan dalaman UMNO tidak semestinya berakhir dengan pengunduran Zahid sekiranya beliau tunduk dengan permintaan itu memandangkan terdapat juga kumpulan dalam UMNO yang mengintai peluang bagi merebut jawatan nombor satu tersebut.
Bagaimanapun, ahli MT dijangka membuat keputusan dengan mementingkan masa depan parti berbanding kepentingan sosok tubuh seorang individu yang dianggap liabiliti kepada parti.

“Persoalan sekarang, tuan tubuh badan (Ahmad Zahid) nak berehat kah?

“Persoalan kedua, kalau kita ubah sekali pun, Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) diangkat, bagaimana dengan Datuk Seri Ismail Sabri? Bagaimana dengan Hihammuddin?

“Yang lain-lain lagi nak bertanding presiden tu. Mereka puas hatikah kalau Tok Mat diangkat sebagai calon Perdana Menteri? Cuma ia kurang mudarat kepada parti jika bukan Zahid yang terajui parti,” ujarnya lagi.



hahah Cek Mek...berani ke MT nak sanggah Zahid tu....kalau berani mesti dah jatuh Zahid ni...
 
  • Like
Reactions: WnB

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,132
Reaction score
2,899
Points
201

Anwar tiba di Bukit Aman beri keterangan klip audio​

April 27, 2021 @ 10:22am


View attachment 364226

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bukit Aman pagi ini untuk memberi keterangan berhubung klip audio dikatakan antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini.
Anwar tiba kira-kira jam 9.58 pagi dengan menaiki kereta Jaguar hitam.

Kehadiran Ketua Pembangkang itu ditemani peguamnya, Sankara N Nair.
Media sebelum ini melaporkan, rakaman audio perbualan dua individu yang mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar yang tular sejak awal bulan ini, akan disiasat jika pihak berkuasa menerima laporan.



Ahmad Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial.
Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.

Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat, selama 22 tahun.


sebenarnya tak de apa salah pun perbualan antara anwar dan zahid....yg terkesan sebenarnya ialah UMNO....bagaimana mereka ditikam oleh Presiden mereka sendiri yg nyata memainkan byk watak dalam drama dia.....tiada unsur jenayah pun dalam perbuatlan tu...unsur rasuah pun tiada.....aku rasa tak ke mana kes ni...utk PKR kesannya mesti bangga sebab Presiden UMNO mereka boleh remote sebenarnya....hahahah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,446
Reaction score
12,874
Points
1,906

Perbualan ‘Anwar-Zahid’: Polis mahu sahkan pembual, cari perakam, dan motif penyebaran​


April 27, 2021 11:23 PM

anwar-ibrahim-ahmad-zahid-hamidi-collage-090421-2.jpg


Polis berkata, siasatan terperinci turut meliputi motif penyebaran klip audio didakwa mirip suara Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi serta sama ada wujud tindakan modifikasi rakaman untuk menimbulkan kegentaran awam.

PETALING JAYA: Siasatan polis berhubung rakaman perbualan dikatakan antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, tertumpu kepada mengesahkan pembual dan mencari perakamnya.

Polis juga mahu tahu sama ada rakaman itu diubah suai oleh pihak tertentu, dan apakah motif ia disebarkan, kerana dibimbangi bertujuan untuk mencetuskan kegentaran awam dan mewujudkan perasaan tidak harmoni antara PKR dan Umno.

“Penularan rakaman audio perbualan tersebut telah memberikan pelbagai persepsi negatif dan menimbulkan kebimbangan masyarakat, berdasarkan kepada beribu komen warga net di media sosial, memandangkan kedua-dua individu berkenaan merupakan dua pemimpin politik yang berpengaruh,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed dalam kenyataan.

Polis berkata siasatan dijalankan ekoran 18 laporan yang diterima daripada 17 orang wakil politik dan seorang individu awam yang kebimbangan.


Huzir mengesahkan siasatan dijalankan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu berkenaan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Anwar, katanya, dipanggil ke Bukit Aman pagi tadi untuk berdepan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Bahagian D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk melengkapkan siasatan.

“Tindakan memanggil Anwar merupakan suatu prosedur biasa,” katanya.

Awal bulan ini, satu rakaman audio didakwa mirip suara Zahid dan Anwar tular di media sosial membincangkan perkara berkaitan Perhimpunan Agung Umno (PAU2020) pada akhir Mac lalu.

Bagaimanapun, Zahid berkata, tiada sebarang perbualan antara beliau dengan Anwar selepas PAU2020, manakala Anwar menafikan beliau adalah pemilik suara dalam perbualan telefon itu.

Pada 10 April lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, kertas siasatan telah dibuka dan salinan audio itu dihantar ke makmal forensik untuk menentukan ketulenannya.

 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,784
Reaction score
603
Points
121
polis x nk siasat ke audio yg mirip suara menteri KDN tentang susun atur jawatan dlm pdrm?
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,775
Reaction score
2,432
Points
201
polis x nk siasat ke audio yg mirip suara menteri KDN tentang susun atur jawatan dlm pdrm?
dah ada thread dalam ni? kalau takda maknanya rakyat marhaen tak sanggup menteri kesayangan kena siasat.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register