BTC USD 39,046.4 Gold USD 1,872.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbualan telefon tergempar antara Anwar dan Zahid: Anwar & Zahid nafi

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,446
Reaction score
12,874
Points
1,906


Pendedahan: Perbualan telefon tergempar antara Anwar dan Zahid​


Anwar memuji Zahid kerana dilihat berani ketika berucap di PAU dan berbangga dengan bekas sekutu politiknya ketika mereka masih di dalam Umno.
MalaysiaNow
Apr 7, 2021 8:00 AM


anwar_zahid-1-1068x608.jpg

Dalam rakaman audio tersebut, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggap Anwar Ibrahim sebagai gurunya.

Sebuah rakaman audio perbualan telefon di antara presiden Umno dan PKR menunjukkan bukti paling jelas bahawa wujud perancangan bersama dua pemimpin itu bagi mencorakkan nada kecenderungan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.

Beberapa fail rakaman audio perbualan telefon yang tular di media sosial dan aplikasi perbualan dalam talian antara dua ahli politik yang saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan Umno bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN)

“Saya, dah 22 tahun, baru saya follow Perhimpunan Agung Umno,” kata Anwar sambil ketawa selepas memberi salam kepada Zahid dalam rakaman perbualan tersebut.

“Don’t worry, that is only tactical, OK,” jawab Zahid.

“No, no, okey, okey, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game, tapi kalau you dah fikir mandat tu, okeylah, cuma ada kerja sikitlah dengan MT,” kata Anwar.

Mereka berdua dipercayai merujuk ucapan Zahid dalam PAU yang tegas mengatakan beliau komited dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno iaitu “No DAP, No Anwar” dalam usaha membina kerjasama politik pada masa akan datang.

MalaysiaNow yang menerima rakaman audio berkualiti tinggi melalui sumber yang boleh dipercayai boleh mengesahkan suara-suara yang dirakam tersebut adalah tulen milik dua pemimpin parti itu.
Rakaman telefon itu dipercayai berlaku beberapa jam selepas ucapan penggulungan Zahid ketika PAU mengumumkan mandat yang diperolehinya.

Dalam perbualan itu Anwar mengucapkan tahniah di atas ucapan beliau di PAU, dan Zahid pula turut membalas pujian Anwar itu.

Zahid: You tahu siapa cikgu saya kan?

Anwar: Good lah, good. I’m very proud of you.

Zahid: Thank you, thank you. Cikgu saya yang ajar saya ucapan ini adalah orang yang saya tengah bercakap inilah.

Dalam ucapan penggulungannya ketika PAU baru-baru ini, Zahid turut memohon perwakilan untuk berdiri bagi menyatakan sokongan terhadap usul putus hubungan dengan PN.

Beliau kemudian mengisytiharkan usul tersebut diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan.

Pada satu bahagian perbualannya dengan Anwar, Zahid turut menyentuh berkenaan ucapan perwakilan Umno Perlis Shahidan Kassim yang menolak cadangan tersebut .
MalaysiaNow difahamkan ucapan tersebut tidak disiarkan secara langsung seperti ucapan-ucapan lain yang menyokong Zahid.

Zahid: Shahidan je yang against the motion, kena boo lima, enam kali.

Anwar: Betul, betul. Only if we could get one minister to resign… tapi tak ada seorang pun yang berani.

Zahid: Penakut.

Anwar: Hanya yang Perak tu, apa namanya, Shamsul, yang kata dia akan resign…

Zahid: Ya, betul.

Anwar: Kalau dia boleh, one or two days, dia kata, ‘Saya respect mood perhimpunan, saya orang Umno, saya patuh’, jadi begitulah. Tak apalah, kita tengoklah. Tapi good lah, terima kasih, congratulations.

Zahid: Thank you for your concern, thank you for your moral support.

Shamsul dalam perbualan tersebut merujuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah, yang sebelum ini berkata beliau akan meletak jawatan dari Kabinet jika diarahkan Umno.
Dalam perbualan mereka, Anwar mengingatkan Zahid mereka akan bertemu pada malam Selasa, sebelum berkata masih ada hal yang perlu dilaksanakan

Anwar: Tapi itu tak habis lagi. Ada sikit lagi. Sebab, kalau katalah you [senyap], maka you kena call for an emergency meeting MT tau.

Zahid: Tak apa, tak apa, I can do it, I can do it.

Anwar: Because kalau you kena mengadap, macam sekarang [senyap]

Anwar kemudian mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Zahid, di samping turut berseloroh supaya beliau memberitahu isterinya, Hamidah Khamis, bahawa suaminya membuat Anwar berbangga.

“Alhamdulillah, tell Midah, ini first time Anwar bangga,” kata Anwar sebelum menamatkan panggilan.

Zahid merupakan sekutu utama Anwar ketika mereka bersama-sama berjuang dalam Umno ketika ia dipimpin Dr Mahathir Mohamad pada tahun 90-an.

Anwar ketika itu dilihat sebagai bakal pengganti Mahathir sebelum perdana menteri itu memecat beliau daripada parti dan kerajaan pada 1998.

Zahid juga adalah antara teman rapat Anwar yang turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Anwar dipecat.

Beliau kemudian mengalihkan sokongan dan berikrar untuk setia kepada Mahathir dan mendaki karier politiknya ketika Anwar meringkuk dalam penjara.






Revealed: Explosive telephone conversation between Anwar and Zahid​


In the four-minute phone call, Anwar repeatedly congratulates the Umno president while reminding him there is still work to be done.
MalaysiaNow
Apr 7, 2021 8:00 AM


anwar_zahid-1068x608.jpg

PKR president Anwar Ibrahim and Umno president Ahmad Zahid Hamidi.







An explosive audio recording of a telephone conversation between the presidents of PKR and Umno has offered the clearest proof yet that the two leaders had planned to set the tone of the recent Umno general assembly, MalaysiaNow can reveal.

Several audio files from parts of the phone call are already making the rounds on social media and messaging apps, in which the two are heard exchanging pleasantries over the way the Umno delegates had accepted Ahmad Zahid Hamidi’s proposal to cut ties with the Perikatan Nasional (PN) coalition.

“After 22 years, only now I am following the Umno general assembly,” Anwar Ibrahim said as he broke into laughter when greeting Zahid at the start of the phone call.

“Don’t worry, that is only tactical, OK,” Zahid replied.

“No, no, OK, OK, I think your speech was good, and you did mention about MT (Supreme Council), and of course we want to finish the game, but if you’re thinking about mandate, that’s OK, only that there’s some work to do with the MT,” Anwar replied.

They were believed to be referring to Zahid’s speech earlier, where the Umno president said he was committed to the party Supreme Council’s “No DAP, No Anwar” principle in forming any future political alliance.

MalaysiaNow, which obtained the high-quality recording through a reliable source, has been able to verify the voices as those belonging to the two men.

The four-minute phone call is believed to have taken place hours after Zahid’s closing speech at the Umno general assembly, where he sought a mandate for the decision to cut ties with PN and Bersatu.
In the conversation, Anwar congratulated Zahid on his speech and Zahid returned the gesture.

Zahid: You do know who my teacher is, right?

Anwar: Good lah, good. I’m proud of you.

Zahid: Thank you, thank you. My teacher who [inaudible] is the same person I’m talking to now.

In his closing speech at the Umno general assembly, Zahid had asked delegates to stand up to show their support for his proposal to cut ties with PN.

He later declared that the motion had been unanimously accepted.

At one point during his phone call with Anwar, Zahid touched on a speech by Perlis Umno chief Shahidan Kassim who had opposed the proposal. MalaysiaNow has learnt that the speech was not streamed live unlike other speeches in support of Zahid.

Zahid: Shahidan, when he went against the motion, he was booed five or six times.

Anwar: Correct. Only if we could get one minister to resign… but not one has the courage.

Zahid: (They are) cowards.

Anwar: Only, what’s his name, Shamsul, who said he would resign…

Zahid: Yes, correct.

Anwar: If he could, then in one or two days, if he says, ‘I respect the mood of the general assembly, I’m an Umno man, I will abide’, then there it is. Never mind, we shall see. But good lah, thank you, congratulations.

Zahid: Thank you for your concern, thank you for your moral support.

“Shamsul” refers to Energy and Natural Resources Minister Shamsul Anuar Nasarah, who had said that he would quit his Cabinet position if the party wanted him to.

In their conversation, Anwar reminded Zahid that they would meet on Tuesday night before saying there was still work to be done.

Anwar: It’s not over yet. We have a little more to do. Because, let’s say you get to [inaudible], then you have to call for an emergency meeting of the Supreme Council.

Zahid: Never mind, I can do it, I can do it.

Anwar: Because when you have the audience, you cannot [inaudible].

Anwar again thanked Zahid, and jokingly asked him to tell his wife Hamidah Khamis that her husband had made him proud.

“Alhamdulillah, tell Midah, this is the first time that Anwar is proud,” Anwar said before they hung up.

Zahid was Anwar’s key ally during their time in Umno when it was headed by Dr Mahathir Mohamad in the 1990s. Anwar at that time was seen as the successor to the top post before Mahathir sacked him from both party and government in 1998.

Zahid was among Anwar’s associates who were arrested under the Internal Security Act following Anwar’s dramatic removal. He later pledged loyalty to Mahathir and climbed up the political ladder while Anwar served time in prison.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,446
Reaction score
12,874
Points
1,906

Kamarul Yusoff

· 7j ·

RAKAMAN SUARA MENYERUPAI SUARA DUA PEMIMPIN: SUARA ASLI ATAU SUARA TIRUAN?

Suara 1: Assalamu’alaikum.

Suara 2: Wa’alaikumussalam wa rahmatullah.

Suara 1: Saya dah 22 tahun baru saya follow Perhimpunan Agung UMNO (gelak).

Suara 2: Don’t worry, that is only tactical, ok.

Suara 1: No, no, ok, ok. I tengok ucapan you bagus. And then you termention MT and then of courselah kita nak finish the game tapi kalau you dah fikir, mandat tu ok lah, cuma ada kerja sikit dengan MT je lah.

Suara 2: Itu senang aje sebab dah solid dah tu.

Suara 1: Ha, itu I tengok, congratulationslah. Aku dengar ucapan, bukan main, you yalah dengan orang duk dengar (gelak).

Suara 2: You tahu siapa cikgu saya kan?

Suara 1: But goodlah, good, good. I am very impressed, very proud of you.

Suara 2: Thank you. Cikgu saya yang ajar ucapan ini orang yang saya tengah cakap inilah (gelak).

Suara 1: Yakah? Kita apabila KeADILan punya, kita punya MKT, dia panggil MPP.

Suara 2: Ok.

Suara 1: Depa duk gelak. Aik, aku kata, “Hangpa kerja apa ni, duk ikut Perhimpunan UMNO, kita KeADILan tau, apa yang duk sibuk?” Dia orang gelak. Tapi dia kata, “Presiden pun dengar”. “Saya dengar sebab penting saya nak bincang”. Goodlah, good.

Suara 2: Thank you, thank you.

Suara 1: Cuma orang yang tak tau background macam mana DAP dia worrylah sebab ini ini ini. Tapi bila naik conclusion tu, of course jauh lebih baik daripada keputusan MT.

Suara 2: Betul.

Suara 1: MT kata tunggu elections, ini tidak, ini any time.

Suara 2: Bila perhimpunan memberi mandat kepada Presiden, that is much easier than usul.

Suara 1: Mood tu dah clear, mood tu dah memang solid dah, semua berdiri dah keluar kan?

Suara 2: Betul, betul. Shahidan je go against that motion, tadi pun kena boo 5, 6 kali.

Suara 1: Cuma nak get, if we can get one Minister resign dulu, tapi tak ada berani.

Suara 2: Penakut, penakut.

Suara 1: Ini orang Perak ajelah, apa nama, Shamsul ya, yang boleh?

Suara 2: Shamsul. Ha, betul, betul.

Suara 1: Kalau dia boleh kata one or two days ni, “Nampak saya respect mood perhimpunan, saya orang UMNO, saya patuh”, habis. Tak apalah, then, tak apalah, kita tengok siapa. Tapi goodlah, thank you,
congratulations

.
Suara 2: Thank you for your concern. Thank you for your moral support.

Suara 1: Aku follow, kira aku kerja aku dengar Perhimpunan UMNO ini amenda punya kerja (gelak).

Suara 2: After 33 long years ya.

Suara 1: Ya, dengar tu dengar, follow sikit-sikit, tapi tak adalah macam hari ini, dengar subject subject subject nak analyse. Tapi ucapan pembukaan tu memang dah boleh agak dah, that is ok, then debate pun baguslah, all the Pengerusi Perhubungan bagus, Shahidan pun kena teruk.

Suara 2: (Gelak).

Suara 1: Then finally tu bagus. Yang Jazlan ni baguslah, Jazlan punya.

Suara 2: Memang kita letak dia kemudian sekali, nak sapu yang 50-50 tu, that is the purpose.

Suara 1: Good, good, good. You punya penggulungan pun muka confident, baguslah

Suara 2: Thank you, thank you so much.

Suara 1: Kita jumpa Selasakah?

Suara 2: Malam, malam.

Suara 1: Ok, ok, ok.

Suara 2: Ok ya.

Suara 1: Time sikit, biasalah, ok.

Suara 2: Ok, alright.

Suara 1: Cuma now tak habis lagi tu, kita ada sikit lagi tu, nak kena, because kalau katalah you dapat mengadap, then dia minta, maknanya kena emergency MT tu.

Suara 2: Tak apa, tak apa, I can do it, I can do it.

Suara 1: Because once you did, because nanti I pergi mengadap, nanti you tak boleh jawab macam, macam sekarang.

Suara 2: Ok.

Suara 1: Oklah, ok. Hopefully you have other... kan?

Suara 2: Alright, right.

Suara 1: Ok, ok. Thanks. Goodlah, alhamdulillahlah, bagitau Midahlah, ni first time Anwar bangga (gelak). Ok.

Suara 2: Ok (gelak).

Suara 1: Ok, aku nak report kat K E I (gelak).

Suara 2: Ok, ok (gelak).

Suara 1: Ok. Assalamu’alaikum.

Suara 2: Wa’alaikumussalam.

 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,812
Reaction score
1,270
Points
111
Jangan ambik serius perbualan ni. Dorang tu ahli politik. Memang begitulah caranya berpolitik.

Itu la rentak politik. Cuma ahli politik yang ada sekarang ni terjebak dengan salah laku jenayah je. Macam bang non tu masalah moral. Macam Zahid ni dituduh pecah amanah.

Kalau dapat ahli politik yang bersih, ok je perbualan macam tu.
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,831
Reaction score
839
Points
121
Zaman deepfake video pun bole fake, apa lagi suara.

Betul ke, fake ke, hari2 kita pergi keje.
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,244
Reaction score
770
Points
81

Kamarul Yusoff

· 7j ·

RAKAMAN SUARA MENYERUPAI SUARA DUA PEMIMPIN: SUARA ASLI ATAU SUARA TIRUAN?

Suara 1: Assalamu’alaikum.

Suara 2: Wa’alaikumussalam wa rahmatullah.

Suara 1: Saya dah 22 tahun baru saya follow Perhimpunan Agung UMNO (gelak).

Suara 2: Don’t worry, that is only tactical, ok.

Suara 1: No, no, ok, ok. I tengok ucapan you bagus. And then you termention MT and then of courselah kita nak finish the game tapi kalau you dah fikir, mandat tu ok lah, cuma ada kerja sikit dengan MT je lah.

Suara 2: Itu senang aje sebab dah solid dah tu.

Suara 1: Ha, itu I tengok, congratulationslah. Aku dengar ucapan, bukan main, you yalah dengan orang duk dengar (gelak).

Suara 2: You tahu siapa cikgu saya kan?

Suara 1: But goodlah, good, good. I am very impressed, very proud of you.

Suara 2: Thank you. Cikgu saya yang ajar ucapan ini orang yang saya tengah cakap inilah (gelak).

Suara 1: Yakah? Kita apabila KeADILan punya, kita punya MKT, dia panggil MPP.

Suara 2: Ok.

Suara 1: Depa duk gelak. Aik, aku kata, “Hangpa kerja apa ni, duk ikut Perhimpunan UMNO, kita KeADILan tau, apa yang duk sibuk?” Dia orang gelak. Tapi dia kata, “Presiden pun dengar”. “Saya dengar sebab penting saya nak bincang”. Goodlah, good.

Suara 2: Thank you, thank you.

Suara 1: Cuma orang yang tak tau background macam mana DAP dia worrylah sebab ini ini ini. Tapi bila naik conclusion tu, of course jauh lebih baik daripada keputusan MT.

Suara 2: Betul.

Suara 1: MT kata tunggu elections, ini tidak, ini any time.

Suara 2: Bila perhimpunan memberi mandat kepada Presiden, that is much easier than usul.

Suara 1: Mood tu dah clear, mood tu dah memang solid dah, semua berdiri dah keluar kan?

Suara 2: Betul, betul. Shahidan je go against that motion, tadi pun kena boo 5, 6 kali.

Suara 1: Cuma nak get, if we can get one Minister resign dulu, tapi tak ada berani.

Suara 2: Penakut, penakut.

Suara 1: Ini orang Perak ajelah, apa nama, Shamsul ya, yang boleh?

Suara 2: Shamsul. Ha, betul, betul.

Suara 1: Kalau dia boleh kata one or two days ni, “Nampak saya respect mood perhimpunan, saya orang UMNO, saya patuh”, habis. Tak apalah, then, tak apalah, kita tengok siapa. Tapi goodlah, thank you,
congratulations

.
Suara 2: Thank you for your concern. Thank you for your moral support.

Suara 1: Aku follow, kira aku kerja aku dengar Perhimpunan UMNO ini amenda punya kerja (gelak).

Suara 2: After 33 long years ya.

Suara 1: Ya, dengar tu dengar, follow sikit-sikit, tapi tak adalah macam hari ini, dengar subject subject subject nak analyse. Tapi ucapan pembukaan tu memang dah boleh agak dah, that is ok, then debate pun baguslah, all the Pengerusi Perhubungan bagus, Shahidan pun kena teruk.

Suara 2: (Gelak).

Suara 1: Then finally tu bagus. Yang Jazlan ni baguslah, Jazlan punya.

Suara 2: Memang kita letak dia kemudian sekali, nak sapu yang 50-50 tu, that is the purpose.

Suara 1: Good, good, good. You punya penggulungan pun muka confident, baguslah

Suara 2: Thank you, thank you so much.

Suara 1: Kita jumpa Selasakah?

Suara 2: Malam, malam.

Suara 1: Ok, ok, ok.

Suara 2: Ok ya.

Suara 1: Time sikit, biasalah, ok.

Suara 2: Ok, alright.

Suara 1: Cuma now tak habis lagi tu, kita ada sikit lagi tu, nak kena, because kalau katalah you dapat mengadap, then dia minta, maknanya kena emergency MT tu.

Suara 2: Tak apa, tak apa, I can do it, I can do it.

Suara 1: Because once you did, because nanti I pergi mengadap, nanti you tak boleh jawab macam, macam sekarang.

Suara 2: Ok.

Suara 1: Oklah, ok. Hopefully you have other... kan?

Suara 2: Alright, right.

Suara 1: Ok, ok. Thanks. Goodlah, alhamdulillahlah, bagitau Midahlah, ni first time Anwar bangga (gelak). Ok.

Suara 2: Ok (gelak).

Suara 1: Ok, aku nak report kat K E I (gelak).

Suara 2: Ok, ok (gelak).

Suara 1: Ok. Assalamu’alaikum.

Suara 2: Wa’alaikumussalam.


sy yakin ketulenan audio ni sama mcm sy yakin ketulenan video azmin dan audio 'scheme of things' tsmy, tak mustahil kerana keduanya berkongsi musuh politik yg sama...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register