BTC USD 39,009.5 Gold USD 1,814.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB - simpanan ASB harus, ASB loan Haram

IjanSmart

Active Member
Joined
Aug 10, 2010
Messages
1,487
Reaction score
48
Points
30
ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.
:-?:-?:eek::-?:-?
 
Sponsored Post

jerul

Legendary Member
Joined
Jul 13, 2009
Messages
10,667
Reaction score
64
Points
120
ASB ni dh lama tau ianya haram....klu di selangor duit zakat hnya dipotong dr nilai pokok asb....sbb tu ramai yg dh sedar dan pindahkan duit asb tu ke unit amanah yg berlandaskan syariah...tp yg xtau or bt2 xtau tu..letih nk ckp..
 
Last edited:

badryl

Junior Member
Joined
Jul 1, 2008
Messages
65
Reaction score
2
Points
11
tak payah cakap sebab kami ikut fatwa mfk. dah baca pun ulasan ustaz zaharuddin.
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,939
Reaction score
542
Points
161
kalau PNB letak duit dlm maybank islamik ok lah,tapi kalau letak dlm maybank campur semua tu yg payah sbb dah bercampur aduk,
 

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
ehehe... dah lama thread kawan ni....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register