BTC USD 39,006.6 Gold USD 1,820.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB - simpanan ASB harus, ASB loan Haram

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
Salam kepada warga CG.

jika sudah ada thread seperti ini, sila beri linknya dan MOD please delete. sebab cari macam tak jumpa pulak..


Saya tengah berkira2 nak tambah RM150 K lagi denga ASB loan. dok kaji gak OD unutk cover loan tu.. tapi kenyataan di bawah ni wat saya konfius..

ada update tak tentang ini?? ada apa2 sumber lain yang boleh saya rujuk?


Saya hanya ambil isi penting sahaja, dan petikan di bawah di ambil dari

www.zaharuddin.net


Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha,
Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh
Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.


Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia.
Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga.
Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat
kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat
dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.

asbharam.jpg


yang saya tertarik dalam teks ustaz zaharuddin adalah kenyataan ini:

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional
untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia.
Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB
tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.


http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/
 
Last edited:
Sponsored Post

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
ni ader feed back dari forumer :

7. pinjaman ASB
"....salam

ustaz, saya baru sahaja membuat pinjaman ASB di RHB Bank. Baru sahaja diluluskan dan bulan ini bermula bayaran pertama saya. Setelah mendapat kelulusan, barulah saya sedar yang pelaburan ini haram. Saya berniat untuk menamatkan pinjaman ini tetapi akan dikenakan penalti sebanyak 3% dari pinjaman yang dibuat. Bolehkah saya menggunakan lebihan dari dividen tersebut (setelah tolak simpnn sndr) untuk membayar penalti kepada bank? Ini kerana saya tidak mampu untuk menjelaskan penalti tersebut dengan segera. Atau saya hanya boleh menggunakan hasil simpanan saya sahaja untuk menjelaskan penalti?...."


http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/


~X( ZL pun ader wat RM50K ngan RHB.. Camner ni?? baru plan nak tambah RM150 K lagi loan..

ader sape2 leh beri rujukan atau tunjuk ajar??:(
 

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
Ini dari pendapat forumer


Salam


"....Kepada Guest pulak, yang ambik loan ASB dan akhirnya buat keputusan nak ambik nilai pokok tanpa ambik dividen tu, saya nak tanya, apa yang anda dapat? Kalau org buat loan ASB tu dia dapat dividen ASB (yang doubtful tu), dapat bayar riba dan dilindungi insurans riba, maysir yang diharamkan tu. Kalau ASB tu anda anggap riba, maknanya ada tiga jenis riba anda terlibat. Orang yang berdegil nak ambik loan tu sebab mereka hadap sangat dividen tu, sebab memang banyak. Bayangkan, kalau from the beginning anda ada RM10,000, dividen 8% selama 10 tahun. Senang2 dah terkumpul RM21k lebih kurang. Tu yang sanggup begelumang dgn riba dalam loan dan insurans tu. Tapi kalau anda dengan rela nak lepaskan dividen RM11k tu, buat apa anda tak pasal2 libatkan diri dgn riba loan tu? Nasihat saya, hentikan loan tu sekarang jugak. Kalau nak committment atau jenis simpanan yang memaksa anda menyimpan, sertailah Takaful. Contactlah wakeel Takaful berdekatan tempat anda dan tanyalah dia bagaimana dia boleh membantu anda. Saya doakan hidup anda diberkati Allah. Amin....."


http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/
 

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
Assalamualaikum,

Saya sekarang menjadi was-was dengan ASB n PNB slps baca satu buku tulisan Hamdy yg bertajuk Rancang Hidup & Rancang Wang yang menerangkan kenapa ASB tu haram..dalam bukunya, beliau mencadangkan pembaca mengeluarkan semua pelaburan pokok ASB n labur pada tempat yg halal...hujahnya kerana pelaburan ASB adalah lebih 30% melabur di Maybank, dosertakan dengan hujah dari Ustaz Zaharuddin..

Hanya satu hujah je dari Mufti Perak yang mengatakan ASB tu harus sebab maslahat ummah (kaum bumi masih mundur, maka diharuskan melabur untuk keluar dari kemunduran itu)..wlpn bagaiamana pun penulis menegaskan fatwa itu dikeluarkan oleh mufti Perak pd 1992 yg mana pada masa itu tidak dapat instrument pelaburan islam yg setanding ngan ASB...pada masa sekarang sudah byk instrumen pelaburan islamik yang setanding ngan ASB..

Satu lagi ASB tidak pernah mendapat atau pantauan Penasihat Syariah...
So, betulkan ke ASB tu HARAM??

Yang Ragu...

dari forum sebelah
 

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
huhu rasanya ramai jer yang wat loan ASB kan... ader sape2 yang wat ngan RHB?? ada info lebih tak??
 

bara01

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2007
Messages
729
Reaction score
0
Points
10
so kesimpulanya,
pinjam loan utk invest dlm ASB adalah haram...

tapi kalau kita guna duit simpanan sendiri tak haram,
betul ker?!!
 

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
so kesimpulanya,
pinjam loan utk invest dlm ASB adalah haram...

tapi kalau kita guna duit simpanan sendiri tak haram,
betul ker?!!

yang ZL paham macam tu la..:(
 

zia

Fun Poster
Joined
Jul 9, 2009
Messages
700
Reaction score
24
Points
15
kalu haram..mengapa Maybank Islamic buleh tawarkan ASB loan..depa pun ada panel syariah yg tersendiri..ilmu dorang tak hebat ka sampai buleh keluarkan produk loan begini..
 

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
kalu haram..mengapa Maybank Islamic buleh tawarkan ASB loan..depa pun ada panel syariah yg tersendiri..ilmu dorang tak hebat ka sampai buleh keluarkan produk loan begini..

maksudnya buleh , asalkan meminjam ngan maybank islamic ek?? ~X( abis, yang ZL wat ngan RHB ni camner??? :((
 

hafizuka

Super Active Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
6,956
Reaction score
261
Points
81
loan mana2 pun haram kalau ada riba
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register