Perbicaraan Dr Asri ditangguh

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa kerana memberi ceramah tanpa tauliah di Hulu Klang 1 November lalu, kepada 3 Mei ini.

Ini bagi membolehkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mendengar serta memutuskan permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes itu ke sana esok.

Keputusan itu dibuat selepas Dr Mohd Asri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengemukakan pertanyaan berhubung perkara itu kepada mahkamah sebentar tadi.

Perbicaraan kes itu sebelum ini ditetapkan esok selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menolak permohonan Jais memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah

Pada 18 November lalu, Dr Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah yang didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam pada 1 November.
 
Sponsored Post

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam....apa ke benda ni..asyik tangguh..bikin susah org da
 
Sponsored Post
Top
Log in Register