legendrace
Fun Poster
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 107
- Reaction score
- 1
- Points
- 15
SEORANG lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Tuhan dan menyatakan alam semesta ini terjadi dengan secara semula jadi.Setelah lama berdebat,lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri,dan meminta agar ia disambung pada waktu yang lain.Dia juga meminta beberapa orang saksi agar mereka dapat menilai pendapat siapa yang paling benar.
Setelah tiba waktu yang dijanjikan,lelaki itu datang,dan ramai yang hadir mencemuhnya.Sekian lama menunggu,akhirnya lelaki itu tiba lantas berkata:"Maafkan saya sebab terlewat.Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya terlambat.Kamu semua tahu bahawa saya tinggal di hujung bandar ini.Antara tempat tinggal saya dan tempat ini,ada sebuah sungai.Saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai disini.Tetapi tadi,tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini,sebab itulah saya terlambat".
Orang kafir bertanya:"Bagaimana kamu boleh sampai di sini jika tidak menggunakan perahu?"
Jawab lelaki itu:"Semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki,tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai berhenti di hadapan saya.Kemudian datang lagi beberapa keping yang lain,melekat dengan sendiri.Lepas itu,dari dalam sungai itu datang pula beberapa utas tali mengikat papan-papan tersebut membentuk sampan kecil.Orang-orang yang berada di tepi sungai itu pula tiba-tiba melemparkan gam untuk menutup rongga-rongga tersebut dari dimasuki air.Akhirnya saya dapat menyeberangi sungai dengan sampan yang terjadi dengan sendiri.
Mendengar kata-kata lelaki itu,orang kafir itu berang:"Celaka kamu,adakah kamu cuba memper*****kan kami?Perkara ini mustahil terjadi".Jawab lelaki itu:"Kalau begitu,kamu semua juga ***** dan rugi kerana tidak mahu menggunakan akal.Kamu menolak kejadian sampan kecil secara semulajadi,tetapi mahu menegaskan alam yang besar ini boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya.Apakah yang lebih sukar untuk dipercayai:Terjadinya alam semesta secara semulajadi,atau terbinanya sebuah sampan secara semulajadi?"