akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,925
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,925
- Reaction score
- 6,423
- Points
- 881
- Awards
- 1
TANGKAP layar video tular memaparkan dua anggota polis melakukan pemerasan wang di Jalan Taming Sari, Kajang.
Kajang: Dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan berkaitan kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat lelaki warga negara asing berhubung satu video tular memaparkan kejadian pemerasan itu.
Menurutnya, hasil semakan video yang tular itu membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
"Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan.
"Polis Kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah polis yang didapati terbabit dalam kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi.
Terdahulu tular di media sosial menunjukkan dua anggota polis bermotosikal menahan lelaki warga asing dan dipercayai membuat pemerasan wang.

Peras wang warga asing, 2 anggota polis ditahan | Harian Metro
www.hmetro.com.my