BTC USD 37,179.3 Gold USD 1,798.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Perarakan Kavadi, Chingay Tidak Dibenarkan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
COVID-19 | Perarakan Kavadi, Chingay Tidak Dibenarkan

Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam dan chingay sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut tahun hadapan adalah tidak dibenarkan.

#vivoY76 #vivoY76MobileLegends #IncredibleGamingExperience

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
1639096975452.png


Menteri kecam larangan perarakan Thaipusan

Diterbitkan: Dec 10, 2021 8:38 AM



Menteri Sumber Manusia M Saravanan mengecam keputusan kerajaan melarang perarakan sempena Thaipusam 2022 diadakan atas alasan ancaman pandemik Covid-19.

Malah dia yang juga Timbalan Presiden MIC mendakwa ada pihak tertentu dalam kerajaan sebenarnya "menyasarkan" perayaan Hindu.

“Kalau hari ini (semalam) ada ribuan orang berkumpul di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menghadiri sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dan tak ada penjarakan fizikal satu meter, semua ini tidak dipandang, tapi (pada masa sama) mereka menyasarkan sambutan Thaipusam.

“Saya akan berbincang dengan perdana menteri minta untuk untuk batalkan larangan ini serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan tersebut di Kuala Lumpur semalam.


Saravanan berkata demikian ketika mengulas keputusan Kementerian Perpaduan Negara untuk tidak membenarkan perarakan kereta pedati dan kavadi pada perayaan yang dijadual berlangsung Jantahun depan.

“Minggu lepas perlawanan bola sepak diadakan (dengan penonton dibenarkan). Lepas ini ada perayaan Krismas dan tahun baru. Yang ini semua tidak disentuh. Tapi, atas nama keselamatan, perayaan Hindu menjadi sasaran.

“Kamu lihat sendiri sambutan hari ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia). Ini tidak dikawal, tapi perarakan pedati dikawal dengan membenarkan hanya orang terhad sahaja menghadiri.

“Kalau sambutan hari ini (semalam) boleh diadakan sudah pasti perayaan Thaipusam juga boleh diadakan. Saya akan bincang dengan PM untuk satu penyelesaian muktamad,” katanya.

Untuk rekod, Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat, semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi sempena Thaipusam bagi tahun depan tidak dibenarkan berikutan ancaman varian Omicron.

Katanya, selain Thaipusam, perarakan cingge juga tidak dibenarkan semasa Tahun Baru Cina, manakala SOP untuk perayaan Krismas akan dibincangkan pada mesyuarat 14 Dis nanti.

Kenyataan Halimah mendapat kritikan daripada ahli parlimen pembangkang yang merujuk kepada kadar vaksinasi negara yang tinggi, kejayaan pilihan raya Melaka dan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap larangan perarakan.

Kementerian itu berkata ia mengadakan sesi libat urus antara 10 ketua agama Hindu dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor, serta wakil daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan pada 2 Dis lalu.

Sesi itu diadakan bagi membincangkan prosedur untuk tujuh aktiviti berbeza sekitar perayaan itu, iaitu sembahyang di kuil, perarakan kavadi, paal koodam (korban susu), cukur rambut, mandi ritual, pembukaan gerai, pergerakan kereta pedati perak dan perarakan pengiring.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
ni di hari Apirasi 100 Hari malaysia

1639097230170.png


aah mmg sop dan penjarakan fizikal terabai di sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga M'sia
 
Last edited:

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,242
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,242
Reaction score
3,162
Points
261
Awards
1
ni di hari Apirasi 100 Hari malaysia

1639097230170.png


aah mmg sop dan penjarakan fizikal terabai di sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga M'sia
Buat la event apa pun, sop memang ke laut la.....yg nie pdrm xmau buka kertas siasatan ka hehehe
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
Buat la event apa pun, sop memang ke laut la.....yg nie pdrm xmau buka kertas siasatan ka hehehe
yg ni penuh pakmenteri datang
takdenya nak buka kertas siasatan
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,242
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,242
Reaction score
3,162
Points
261
Awards
1
yg ni penuh pakmenteri datang
takdenya nak buka kertas siasatan
Cmm fhm kn apa yg sy nk smpkan...undang2 terpilih, sama jgk demokrasi terpimpin yg di amalkan sekian lama kt negara nie....tp kerajaan duk nafi sebab yg langgar pun sapa hahaha
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
Cmm fhm kn apa yg sy nk smpkan...undang2 terpilih, sama jgk demokrasi terpimpin yg di amalkan sekian lama kt negara nie....tp kerajaan duk nafi sebab yg langgar pun sapa hahaha

Bab menteri langgaq takdak apa salah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1

PM beri kebenaran perarakan sempena Thaipusam: Saravanan

| | 11 Disember 2021



1639207190279.png

M Saravanan


KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) Hari Thaipusam termasuk bagi perarakan kavadi dan pedati akan diumumkan oleh Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique dalam tempoh terdekat.

“Semalam, Halimah telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemimpin agama Hindu dan kuil selepas Mesyuarat Jemaah Menteri. Pelbagai perkara telah dibincangkan,” kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Wisma MCA di sini pada Sabtu.



Sementara itu, Saravanan berkata, beliau sendiri pada Jumaat telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pada dasarnya positif tentang perarakan tersebut.


Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada Selasa depan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan sambutan perayaan itu.


Pada 7 Disember, Halimah dalam Dewan Rakyat memberitahu, semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi Thaipusam dan chingay sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan berikutan negara sedang berdepan jangkitan varian baharu Covid-19, Omicron ketika ini.

Namun, selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan telah membuat kenyataan bahawa SOP Covid-19 untuk sambutan Thaipusam belum dimuktamadkan.

Dalam perkembangan lain, ketika berucap pada mesyuarat perwakilan sayap MIC itu, Saravanan meminta perwakilan agar mengubah cara pemikiran dalam mengemudi parti seiring dengan persediaan menghadapi Revolusi Perindustrian (IR) 4.0.


Beliau berkata, MIC tidak boleh lagi dilihat sebagai parti yang memberikan sumbangan percuma, malah ia perlu menjadi parti yang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum India.

“Dalam 10 tahun akan datang, dunia berdepan dengan IR4.0 di mana banyak pekerjaan akan hilang. Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi perubahan dan cabaran tersebut,” katanya.

Beliau turut meminta masyarakat India di negara ini agar turut mengubah cara pemikiran, supaya terus berjaya dan mengharungi cabaran IR4.0, sekali gus tidak hanya mempersalahkan parti politik.

Seramai 1,500 perwakilan daripada sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan Sayap berkenaan sementara Perhimpunan Agung Tahunan parti itu akan diadakan pada Ahad. - Bernama


 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,242
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,242
Reaction score
3,162
Points
261
Awards
1
Terbaik la kerajaan hehehe....masjid ja kena ada penjarakan sosial yg lain xperlu sebab sumber ekonomi hehehe
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
Terbaik la kerajaan hehehe....masjid ja kena ada penjarakan sosial yg lain xperlu sebab sumber ekonomi hehehe

Sat g ada kluster baru la kan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register