BTC USD 22,883.5 Gold USD 1,867.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Peranti ‘Refurbished’ Apple Mungkin Di Jual Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Sebabnya

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Istilah ‘refurbished’ sering digunakan penjual tempatan sebagau taktik pemasaran untuk memberitahu walaupun iPhone itu berstatus terpakai, tapi ia berkualiti tinggi.
repair-phone-iphone-1-768x432.jpg

Hal ini kerana Apple sendiri menjual semula peranti terpakai mereka dengan menggunakan istilah ‘refurbished’, di mana mereka sendiri membaiki peranti sebelum dijual semula. Namun apakah benar iPhone ‘refurbised’ dijual peniaga di sini benar-benar daripada Apple? Sungguh, hanya Tuhan Maha Mengetahui.
DC362A47-3192-4419-B468-3607C19CE47E.jpg

Berita baik, aplikasi Apple Store (bukan kedai fizikal) didapati menyenaraikan Mac dalam kategori Refurbished. Tiada pengumunan rasmi berkenaannya daripada Apple Malaysia setakat ini. Bahkan, selepas ditekan “Shop”, tiada produk tersenarai lagi. Untuk makluman, peranti ‘refurbished’ daripada Apple mempunyai jaminan 1 tahun serta sesetengah model turut hadir dengan bateri baharu.
ACAD776A-DCE3-4B1E-999F-2C2E79CA8AE2.png

Ada netizen berpendapat bahawa berita ini mengukuhkan lagi dakwaan kedai Apple pertama di Malaysia akan dibuka tidak lama lagi. Menurutnya, hanya negara yang mempunyai kedai Apple akan menawarkan peranti dengan label “Certified Refurbished”. Tempoh hari, dikongsikan bahawa Apple Malaysia sedang mencari kakitangan Genius lantas mengukuhkan dakwaan kewujudan Apple Store di KL.

Sama-sama kita nantikan pembukaan Apple Store dan jualan peranti ‘refurbished’ secara rasmi di Malaysia.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register