Perangkap monyet di Pantai Teluk Batik

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,022
Reaction score
153
Points
33
PERANGKAP monyet dipasang MPM di Pantai Teluk Batik, Lumut. FOTO ihsan MPM


Lumut: Kesulitan dihadapi pengunjung akibat kerap diganggu monyet liar di Pantai Teluk Batik, di sini, menyebabkan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengambil inisiatif menghasilkan perangkap haiwan itu.

Inovasi setinggi 2.1 meter itu dihasilkan kakitangan Unit Landskap MPM yang disiapkan dalam tempoh lima jam saja membabitkan kos RM700.

Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, setakat ini, perangkap itu diletakkan di kawasan pantai saja dan ia mampu memuatkan antara 10 hingga 15 monyet.

"Inisiatif itu susulan MPM kerap menerima aduan awam mengenai gangguan monyet liar terutama di pantai Teluk Batik dan kawasan perumahan Venice di Lumut.

"Sasaran kami menghasilkan tiga unit lagi untuk kegunaan di taman dan pantai awam supaya pengunjung lebih selesa serta selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syamsul Hazeman berkata, orang ramai perlu membuat aduan rasmi kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya tindakan boleh diambil bagi mengatasi masalah kacau ganggu monyet liar.

Beliau berkata, MPM terpaksa menutup sementara Taman Paya Bakau atau lebih dikenali sebagai Taman Monyet sejak Mac lalu, susulan masalah sama.

"Taman berkenaan ditutup kerana pengunjung suka memberi makanan kepada monyet liar hingga MPM terpaksa membersihkan sampah sarap dan sisa makanan yang diberikan orang ramai setiap hari.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberi makan kepada monyet liar kerana bukan saja menyebabkan masalah sampah, ia akan menjadikan haiwan itu mengharapkan makanan daripada manusia.

"Selain itu, haiwan berkenaan akan bertindak agresif kerana mereka sudah tidak takut dengan manusia untuk mendapatkan makanan," katanya.

Syamsul Hazeman berkata, taman itu hanya akan dibuka semula selepas orang ramai sudah memahami dan mematuhi peraturan ditetapkan.


== hmetro
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,781
Reaction score
2,064
Points
201
geng pencinta haiwan so called.....yg acah acah tu mesti dok maki Majlis Perbandaran sebab tangkap monyet....mereka biasa akan cakap monyet ada hak....jgn zalim dgn haiwan...tapi mereka hidup tak buat apa apa....bising kat media sosial je
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,533
Reaction score
496
Points
91
Tak bagi tau pulak lepas dah dapat tangkap nak buat apa dengan monyet tu.
Takkan setakat buat pameran, pastu lepas balik kat situ.
 

iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,070
Reaction score
242
Points
33
tempat saya tinggal, byk gak monyet2 liar ni dari hutan. kadang ada sekor dua kera. besar gak, tapi jarang.
masalah monyet ni, ada masa aggresif. bahaya pada budak2, orang ramai.
ada juga manusia yg bagi makanan. yg masalahnya, tukang bg makanan tk duduk pun dekat dgn monyet2 ni, lepastu sisa makanan yg bersepah2, plastik2, manusia yg bagi ni, tkde pula nk bersihkan. menyusahkan orang lain.

sama la konsep dgn pembela2 pati.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,281
Reaction score
2,144
Points
206
pernah berkelah sekali dekat sini.
monyet tak takut orang. rilek je dia curi makanan.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,713
Reaction score
1,192
Points
201
tempat saya tinggal, byk gak monyet2 liar ni dari hutan. kadang ada sekor dua kera. besar gak, tapi jarang.
masalah monyet ni, ada masa aggresif. bahaya pada budak2, orang ramai.
ada juga manusia yg bagi makanan. yg masalahnya, tukang bg makanan tk duduk pun dekat dgn monyet2 ni, lepastu sisa makanan yg bersepah2, plastik2, manusia yg bagi ni, tkde pula nk bersihkan. menyusahkan orang lain.

sama la konsep dgn pembela2 pati.
Buat perangkap sama mcm tu bro.. aku tgk leh jer buat perangkap sendiri mcm senang.. pastu call perhilitan klu monyet byk masuk perangkap..
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,126
Reaction score
116
Points
43
kalo tangkap sendiri nk wat pe monyet byk² tu
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,396
Reaction score
440
Points
131
oo..majlis ke yang tangkap

kat tempat aku..panggil perhilitan tangkap

pastu diorang pindahkan la tempat lain
 
Sponsored Post
Top
Log in Register