Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
23.05.2019 - Kuala Lumpur, Kehadiran pendatang dari benua Afrika di beberapa kawasan tumpuan menggusarkan penduduk yang mendakwa mereka sering menyebabkan gangguan ketenteraman awam.
Malah, kumpulan pelancong kulit hitam itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan peniaga tempatan dengan gelagat mereka yang kasar dan ‘berperangai liar’.
Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan seperti Bandar Sunway, Taman Connaught (Cheras), Aman Puri (Kepong) dan kawasan kondominium Venice Hill (Cheras) mendapati tidak sukar untuk melihat kelibat awang hitam yang bebas bergerak dalam kumpulan seolah-olah berada di negara mereka.
Mereka juga didapati menjalankan perniagaan kedai runcit, pusat hiburan dan kedai pakaian dengan menjadikan sebuah pasar raya di Taman Connaught sebagai ‘lubuk’ kegiatan itu.
Peniaga tempatan Kok Chong Fatt, 43, berkata, terdapat lebih 10 kedai yang disewa oleh warga asing di kawasan pasar raya berkenaan.
“Kebanyakan mereka tinggal di kawasan berdekatan, barangan yang dijual adalah pakaian yang biasa digunakan oleh warga Afrika dan memang pelanggan mereka adalah daripada rakan mereka sendiri.
“Mereka menjadikan kawasan ini tempat lepak dan sering membuat bising terutama jika secara berkumpulan dan dalam keadaan mabuk,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu, tinjauan dilakukan di Desa Aman Puri mendapati warga Afrika terbabit memonopoli kawasan berkenaan.
Penduduk di kawasan berkenaan bimbang kerana perlakuan biadab kumpulan pendatang terbabit yang dilihat sering mabuk kerap mencetuskan onar.
Masalah itu dihadapi penduduk Desa Aman Puri susulan lambakan warga Afrika di kawasan kediaman mereka sejak beberapa tahun lalu.
Difahamkan, jumlah mereka yang semakin bertambah, sehingga lebih 300 orang di kawasan kediaman berusia kira-kira 13 tahun itu meresahkan dan merunsingkan penduduk.
Azizah Osman, 45, berkata jumlah warga Afrika itu semakin bertambah sejak tiga tahun lalu dan pelbagai isu mula timbul.
“Bayangkan, mereka (warga Afrika) juga sudah ada restoran sendiri, yang diuruskan oleh mereka, di situlah tempat mereka berkumpul,” katanya.
Dalam pada itu, Bendahari Badan Pengurusan Bersama Desa Aman Puri Datin Husaina Bevie, 41, berkata warga Afrika terbabit menyewa rumah dengan harga yang agak tinggi dan menginap antara lapan hingga 10 orang satu rumah.
Katanya, kebanyakan warga Afrika mendakwa mereka adalah pelajar namun kelakuan dan cara hidup ditonjolkan tidak menyerupai kehidupan seorang pelajar.
“Hampir setiap malam mereka lepak dan membuat bising sehingga awal pagi, itu belum kira bila mereka mabuk sampai timbul pergaduhan dalam kalangan mereka sendiri,” katanya.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/457961/perangai-bukan-macam-pelajar

13 PATI Di Tahan, OPS Putih
26.05.2019 - Kuala Lumpur, Seramai 13 orang warga asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi yang diadakan pada 24 hingga 25 Mei lepas bermula 11 malam hingga 6 pagi, sekitar ibu negara.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim operasi diadakan di sekitar Jalan Changkat Bukit Bingtang, Kondominium Arena Green Bukit Jalil, Jalan Sepadu off Jalan Klang lama, Taman OUG Brickfields, Taman Len Seng, Cheras dan Metro Prima, Kepong.
“Seramai 28 warga asing telah diperiksa dan daripada jumlah itu sembilan warga Afrika ditahan termasuk dua wanita, manakala tiga lelaki warga Bangladesh serta satu lelaki warga Nepal turut ditahan.
“Tindakan diambil mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan akta-akta berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata kesemua tangkapan dibawa ke Lokap Cheras dan IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Dalam operasi berkenaan, seramai 99 anggota dan pegawai kanan Polis Kuala Lumpur terlibat dalam operasi ini termasuk lapan orang pegawai daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
“Polis Kuala Lumpur memandang serius kebanjiran warga asing tanpa permit dan akan meneruskan operasi seumpama ini bagi membanteras permasalahan yang terjadi kerana ia turut menyumbang kepada kejadian jenayah.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan terus kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21469999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.
![]()
Berita asal http://www.astroawani.com/berita-ma...rasi-bersepadu-pemutihan-di-ibu-negara-208587
Operasi Polis 'Bikin' Warga Afrika Tidak Senang
25.05.2019 - Kuala Lumpur, Tindakan tegas Polis Kuala Lumpur menjalankan operasi bagi membanteras warga asing menimbulkan rasa 'tidak senang' warga Afrika apabila mereka dikatakan mula berpindah ke kawasan lain.
Perkara ini dikesan menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan polis di lokasi tumpuan warga Afrika iaitu di Jalan Sepadu off Jln Klang Lama, Taman OUG Jln Klang Lama, Metro Prima Kepong dan Taman Counaught Cheras, di sini, malam tadi.
Serbuan yang diketuai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Khalid Adon bermula jam 10 malam itu mendapati kawasan itu kosong tanpa kehadiran mereka.
Difahamkan, warga Afrika ini telah mula bergerak ke kawasan Serdang. Malah ada antara mereka ini hanya duduk di dalam dan tidak keluar pada waktu malam kerana bimbang ditangkap.
Bagaimanapun, operasi dengan kerjasama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Bukit Bintang dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur berjaya mengesan kehadiran mereka yang dilihat berkeliaran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia lingkungan 20 hingga 30-an termasuk dua wanita telah ditahan.
"Semakan mendapati empat yang ditahan adalah warga Nigeria, Guinea (2 orang), Tanzania (1 orang), Sudan (2 orang), Nepal (1 orang) dan Bangladesh (3 orang).
"PATI ini dikesan tinggal lebih masa selain gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan sama ada tangkapan warga Afrika ini terlibat dalam kes jenayah Black Money atau African Scam.
![]()
Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...Operasi-polis-bikin-warga-Afrika-tidak-senang