Perang Falkland: Permulaan Kebencian Antara Argentina-England

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,833
Reaction score
9,690
Points
2,226
[Fakta EFLC 🌹] Perang Falkland: Permulaan Kebencian Antara Argentina-England

"Las Malvinas Son Argentinas."

Kain rentang itu dibentangkan dengan penuh bangga oleh para pemain Argentina sebelum sepak mula perlawanan persahabatan menentang Slovenia di Stadium Ciudad de La Plata, Buenos Aires. Para penonton tuan rumah bertepuk tangan tanda sokongan, reaksi sebaliknya pula menjelma di wajah para pegawai FIFA.

Perlawanan persahabatan sebelum Piala Dunia 2014 itu dimenangi oleh Argentina. Namun demikian, ianya menjadi agak kurang menarik. Memasukkan unsur politik ke dalam bola sepak bukanlah sesuatu yang bagus.

Kalau di Malaysia dulu, sewaktu perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah, ada penyokong yang menaikkan sepanduk "F*ck Politic, This Is Football", satu mesej yang agak padat tanda penolakan masyarakat kepada modal politik dalam sukan.

Argentina didenda 20,000 pound sebagai hukuman ke atas sepanduk yang boleh menggugat keharmonian antara negara.

Apa simbolik kepada kain rentang tersebut?

Untuk lebih lanjut, kita perlu meneliti dahulu sejarah asal usul dan kejadian yang menimpa Las Malvinas atau lebih popular dengan panggilan Kepulauan Falklands.

Sejarah Perang Falkland

Perang Falkland berlaku pada tahun 1982 di antara dua buah negara iaitu Argentina dan British. Orang Argentina memanggil pulau ini dengan nama Islas Malvinas. Pulau ini terletak di bahagian timur Argentina, dan ianya menjadi rebutan antara kedua-dua negara ini.

Bagaimana tiba-tiba Argentina begitu bersungguh-sungguh untuk merampas kembali Kepulauan Falklands ini?

Argentina yang ketika itu diperintah oleh junta tentera di bawah kepimpinan Jeneral Leopoldo Galtieri berhadapan dengan krisis ekonomi yang genting dan penentangan daripada rakyat tempatan. Jeneral Leopoldo Galtieri nampak benda ini isu yang besar, lalu memilih untuk menaikkan sentimen nasionalis dengan mengumumkan perang ke atas British di Kepulauan Falklands.

Argentina memulakan provokasi dengan menghantar 50 orang masuk ke dalam pulau tersebut lantas mengibarkan bendera Argentina. Sejurusnya, Galtieri menitahkan agar serangan untuk menawan Kepulauan Falklands bermula.

Jika Argentina mempunyai kelebihan dari segi kedudukan geografi yang strategik, United Kingdom pula mempunyai kelebihan dari aspek ketenteraan laut yang memang terbukti lama. British membalas serangan Argentina itu dengan pasukan marin mereka dan berjaya juga mengekalkan pulau tersebut dalam kuasa British setelah bertempur selama 10 minggu.

Kesan daripada perang ini, kerajaan tentera di Argentina jatuh dan populariti Margaret Thatcher di United Kingdom terus meningkat.

Pertembungan Perang Falkland dan bola sepak

"Ianya adalah satu perasaan yang menakjubkan, seperti satu simbolik balas dendam kepada orang Inggeris." (Diego Maradona)

Kenyataan Maradona dalam filem dokumentari 'Diego Maradona - Rebel, Hero, Hustler, God' seperti satu buah yang pahit untuk ditelan oleh orang Inggeris.

Maradona melihat bagaimana orang Argentina mati dalam masa 10 minggu, selain dicanang-canang kerajaan bahawa mereka akan menang perang ke atas British. Perlawanan suku akhir menentang England akan menjadi mendan sebenar buat mereka bagi membalas semula apa yang berlaku pada tahun 1982.

Insiden 'Tangan Tuhan' yang menewaskan Peter Shilton pada aksi Piala Dunia 1986 itu dihentam teruk oleh penyokong England. Namun begitu, ianya satu hadiah buat mereka yang kehilangan ahli keluarga di medan perang. Perseteruan antara kedua-dua negara ini kembali panas.

Maradona berkeras untuk tidak memohon maaf mengenai gol tersebut dan tetap kekal dengan simbolik balas dendam ke atas British. Hingga hari ini, beliau kekal selaku individu yang dibenci orang Inggeris serata-rata. Mereka boleh menerima yang lain, tapi untuk Maradona tidak sama sekali.

Pemain Argentina yang berkelana di England

Menurut laman sesawang Euro Rivals, terdapat seramai 18 orang pemain asal Argentina yang bermain mewakili kelab di saingan bola sepak liga Inggeris. Ianya turut meliputi liga Sky Bet Championship di mana Sheffield Wednesday diwakili oleh Manuel Hidalgo yang merupakan warganegara Argentina.

Antara nama besar yang pernah berkelana di liga Inggeris termasuklah Osvaldo Ardilles, Ricardo Villa, Javier Mascherano, Carlos Tevez, Gabriel Heinze, dan lain-lain. Hari ini pula, kita boleh melihat aksi Sergio Aguero memporak perandakan pasukan lawan pada perlawanan hujung minggu.

Rumusan

Memasuki era 90an, kedua-dua buah negara ini juga telah mula memperbaiki hubungan antara satu sama lain. Namun begitu, ianya mungkin hanya di lapangan politik bukan di pentas sukan. Benda ini kita boleh rujuk balik perlawanan suku akhir Piala Dunia 98 di Perancis antara England dan Argentina.

Kesimpulannya, perebutan wilayah di antara dua buah negara ini bukan saja mengubah landskap politik di negara masing-masing, malah ianya turut mengubah keharmonian kedua-dua buah negara dalam arena sukan bola sepak.

Rujukan: Tirto ID, talkSPORT, Independent, BBC, When Saturday Comes, Pandit Football, 90Min

#AbangBergkamp


 
Top
Log in Register