BTC USD 34,643.1 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang Al Quds 2021 - Israel KOYAK langgar gencatan senjata

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,370
Reaction score
13,565
Points
1,906
Penduduk Israel memasuki kawasan suci umat Islam itu melalui Pintu Al-Mughrabi dan melakukan provokasi terhadap penduduk Palestin di pekarangan masjid
http://www.utusan.com.my/.../penduduk-israel-ceroboh.../

Penduduk Israel ceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa​

gaza-new.jpg


  • 16 Jun 2021, 6:33 pm


BAITULMUQADDIS: Seramai 56 penduduk Israel menceroboh masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa hari ini dengan dilindungi tentera Israel.
Penduduk Israel memasuki kawasan suci umat Islam itu melalui Pintu Al-Mughrabi dan melakukan provokasi terhadap penduduk Palestin di pekarangan masjid itu dengan menunaikan Talmud iaitu kepercayaan mereka sebelum berlalu pergi melalui Pintu Al-Silsila.

Tentera Israel turut menyerang penduduk Palestin yang berada di kawasan itu dengan peluru getah, gas pemedih mata dan bom tangan semata-mata ingin memberikan laluan kepada penduduk mereka.

Tentera Zionis turut mengawal pintu laluan keluar dan masuk ke masjid.

Pihak berkuasa Israel membenarkan penduduk di penempatan haram ke kawasan masjid sejak 2003, walaupun wujud bantahan dan amaran berulang kali oleh pihak berkuasa agama Palestin kerana mereka kerap melakukan provokasi terhadap jemaah masjid.

Masjid Al-Aqsa adalah masjid ketiga paling suci bagi umat Islam kerana merupakan lokasi peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. -AGENSI

 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,453
Reaction score
323
Points
51
Israel dilanda gempa bumi
1100718.jpg

TEL AVIV - Satu gempa bumi sekuat 4.2 Richter sehingga menggegarkan bandar-bandar di selatan Israel pada malam Rabu sehingga gegaran turut dirasakan di bahagian utara negara haram itu.

Kajian Geologi Israel menyatakan, pusat gegaran itu ialah 68 kilometer ke utara Eilat

dengan kekuatan gegaran dapat dirasakan di bandar Beersheba, Yeruham dan gurun Arava.

Tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan berlaku akibat gempa bumi tersebut.

Kali terakhir gempa bumi dilaporkan berlaku di Israel ialah pada Januari lalu dan ia

berpusat di Cyprus dan sekuat 4.1 pada skala Richter.

Pada Disember tahun lalu, wilayah Eilat telah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 3.8 Richter. - Agensi


== sinar harian
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,453
Reaction score
323
Points
51

Lagi belon api diterbangkan dari Gaza

FOTO fail menunjukkan letupan susulan serangan udara rejim zionis di Semenanjung Gaza, pada Rabu. FOTO AFP


Baitulmaqdis: Israel mendakwa diserang lebih banyak 'belon api' selepas tentera mereka menyerang Gaza, semalam.

AFP melaporkan, serangan udara rejim zionis itu yang pertama selepas Israel dan pejuang Hamas mengumumkan gencatan senjata pada 21 Mei lalu selepas pertempuran selama 11.

Ia juga adalah serangan pertama selepas Naftali Bennett mengambil alih pemerintahan Israel, baru-baru ini.

Jurucakap bomba Israel berkata, pihaknya memadamkan empat kebakaran berpunca daripada belon api yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza yang memasuki hari kedua berturut-turut.

Ketegangan terbaru itu selepas rejim zionis membenarkan perarakan nasionalis di Kota Lama Baitulmaqdis, meskipun mendapat bantahan daripada pejuang Hamas.

Susulan itu, belon api diterbangkan di wilayah dikuasai Israel.

Awal pagi semalam Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza selepas mendakwa ia tindak balas terhadap tindakan kumpulan Islam di wilayah itu menghantar belon api ke wilayah mereka.

Menurut sumber Palestin, tentera udara Israel menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.


== harian metro
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,370
Reaction score
13,565
Points
1,906
Serangan tersebut melibatkan beberapa sasaran di bandar Gaza dan Khan Yunis di selatan Gaza.

Jet tentera Israel serang Gaza lagi
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 18 Jun 2021



1623981176224.png

Gambar fail menunjukkan letupan berlaku akibat serangan jet-jet Tentera Udara Israel di bandar Gaza pada Rabu lalu. - Foto AFP


GAZA - Jet-jet tentera Israel melancarkan serangan udara buat kali kedua dalam tempoh tiga hari ke atas Gaza pada lewat malam Khamis.

Menurut Angkatan Pertahanan Israel (IDF), serangan tersebut melibatkan beberapa sasaran di bandar Gaza dan Khan Yunis di selatan Gaza.
Dalam pada itu, seorang wartawan AFP dilaporkan turut mendengar bunyi letupan akibat serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis itu di bandar Gaza.

Selepas serangan udara tersebut, pejuang Hamas melepaskan tembakan menggunakan mesingan berat ke arah negara haram Israel.
Setakat ini, tiada laporan kematian dan kecederaan dilaporkan akibat serangan udara rejim Zionis itu.

Sebelum serangan itu, beberapa belon api dilepaskan ke arah negara haram Israel dari Gaza.

Pada awal Rabu lalu, jet-jet tentera Israel mencabuli gencatan senjata yang dipersetujui dengan Hamas pada bulan lalu apabila melancarkan serangan udara di Gaza.

Tentera Israel ketika itu menyatakan, ia menyasarkan beberapa kemudahan Hamas dalam serangan tersebut.
Tiada laporan kematian dan kecederaan berikutan serangan pada Rabu itu di Gaza.

Pada bulan lalu, rejim Zionis mencapai persetujuan dengan Hamas untuk melaksanakan gencatan senjata setelah tentera Israel melancarkan serangan udara selama 11 hari sehingga mengorbankan lebih 200 penduduk Palestin dan lebih 1,900 orang cedera di Gaza. - Agensi

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,453
Reaction score
323
Points
51

Israel Lancar Serangan Udara Berterusan Ke Atas Gaza
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201

Palestin batal perjanjian vaksin Covid-19 hampir tarikh luput dengan Israel​

Palestin-vaksin-online.jpg
PENDUDUK Palestin menunggu untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di klinik Sheikh Redwan di Gaza pada Mac lalu. - AFP
  • Oleh Media Mulia
  • 19 Jun 2021, 1:00 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) membatalkan perjanjian untuk menerima bekalan vaksin Covid-19 yang menghampiri tarikh luput dari Israel.
Menurut Kementerian Kesihatan PA, tindakan itu selepas penghantaran awal Israel menunjukkan tarikh luput itu lebih awal berbanding yang telah dipersetujui.
Semalam, Isreal dan PA mengumumkan perjanjian pertukaran vaksin Covid-19.
Perjanjian itu menyaksikan Israel menghantar kira-kira 1.4 juta dos vaksin keluaran Pfizer-BioNTech kepada PA dan sebagai pertukaran mengambil semula sejuta dos vaksin Pfizer baharu yang bakal dihantar kepada PA pada akhir tahun ini.
Pejabat Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menerusi kenyataan mengumumkan mengenai perjanjian itu dengan menyatakan bekalan dos vaksin Covid-19 tersebut bakal tamat tarikh luput.
Menurut PA, perjanjian itu dipersetujui bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Tebing Barat dan Gaza.
Mereka memaklumkan bahawa tarikh luput vaksin tersebut adalah pada Julai atau Ogos yang akan memberi kami banyak masa untuk proses vaksinasi nanti.
“Namun, kami mendapati tarikh luputnya adalah pada bulan Jun ini. Sudah tentu tidak cukup masa untuk menggunakannya, jadi kami menolak vaksin tersebut,” kata Menteri Kesihatan PA, Mai Alkaila kepada pemberita.

Sebelum ini, Israel dikritik hebat kerana tidak berkongsi bekalan vaksin dengan 4.5 juta penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. – REUTERS/AGENSI
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,370
Reaction score
13,565
Points
1,906
#BHnasional Imej Zionis kini sangat teruk di mata dunia
https://bit.ly/2TKkF0L

Serangan ke atas Gaza tidak berpotensi cetus peperangan​


Jun 19, 2021 @ 1:54pm


1624087055679.png
Rakaman letupan di bandar Khan Yunis selatan Semenanjung Gaza, selepas tentera Israel melancarkan serangan udara, Rabu lalu.- Foto AFP


KUALA LUMPUR: Dua siri serangan terbaru rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza pada awal pagi Rabu dan Jumaat dijangka tidak mencetuskan peperangan baharu kerana kedua-dua pihak kini berdepan kekangan tersendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri Kamarulzaman, berkata walaupun Israel mahu menunjukkan kekuatan dan kekerasan, mereka menyedari imej Zionis kini sangat teruk di mata dunia dan media yang dapat melihat wajah sebenar mereka.
Justeru, katanya, potensi untuk Israel menjerumuskan diri sekali lagi dalam kancah peperangan yang boleh mengorbankan lebih banyak nyawa khususnya wanita dan kanak-kanak adalah rendah.

"Di pihak pejuang Hamas, mereka berada dalam situasi sama kerana penduduk masih trauma kerana baru keluar dari peperangan, Jadi potensi untuk mereka masuk sekali lagi dalam perang adalah terhad.


"Tambahan pula ketika ini tiada keperluan untuk mereka kembali berperang kerana sentimen di peringkat global adalah pro kepada Gaza dan Palestin. Kalau masuk lagi sekali dalam perang keadaan itu mungkin berubah," katanya kepada BH, hari ini.

Awal pagi Rabu lalu, Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza dengan mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap tindakan pejuang wilayah itu menghantar belon api ke selatan Israel.

Israel sekali lagi melancarkan serangan udara awal pagi semalam terhadap beberapa lokasi milik kumpulan bersenjata di barat laut Bandar Gaza dan utara Beit Lahia di wilayah yang terkepung.

Dua serangan ini adalah yang pertama berlaku di Gaza sejak Israel dan pejuang Hamas bersetuju untuk gencatan senjata pada 21 Mei lalu susulan serangan 11 hari tentera Israel di wilayah berkenaan yang menyaksikan lebih 260 penduduk Palestin terbunuh.

Mengulas lanjut, Nadir yang menetap di Gaza hampir 10 tahun, berkata serangan rejim Zionis Israel itu adalah terhad dan difokuskan kepada beberapa lokasi yang menjadi tempat latihan pejuang Hamas.

Beliau berata, ia juga lebih kepada untuk menguji pejuang Hamas sama ada mereka akan bertindak balas ataupun tidak dan sehingga sekarang ia belum berlaku.

"Serangan ini bermotifkan provokasi oleh Perdana Menteri baharu Israel, Naftali Bennett bagi melihat sejauh mana tindak balas pejuang Hamas.

"Bennett juga mahu menunjukkan sejak hari pertama mengetuai Kerajaan Israel, dia tidak akan membenarkan apa yang dilihat berlaku ke terhadap Netanyahu yang seolah-olah tunduk kepada pejuang Palestin turut menimpanya," katanya.

Sementara itu, Nadir berkata, memandangkan serangan itu bersifat terhad, ia tidak menyebabkan kemusnahan yang besar selain tidak menjejaskan gerak kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang sedang menyalurkan bantuan kemanusiaan di lapangan.

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,453
Reaction score
323
Points
51


“Aku bersumpah dengan nama Allah yang Maha Agung, aku akan menjaga Masjid al-Aqsa yang diberkati.”
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,453
Reaction score
323
Points
51

Gaza: Turkish Red Crescent opens largest logistics centre

Head of the Turkish Red Crescent Kerem Kinik speaks during a press conference as he attends an opening ceremony of a disaster and logistic center in Gaza City, Gaza on 20 June 2021. [Mustafa Hassona - Anadolu Agency]


June 21, 2021 at 11:05 am
The Head of the Turkish Red Crescent Society, Kerem Kinik, arrived in the Gaza Strip on Sunday to evaluate the humanitarian situation after the latest Israeli military offensive and to hold talks on the needs of the Palestinians in the besieged enclave. He was met at the Erez Crossing by orphans from Al Amal Orphanage in Gaza waving Turkish flags in gratitude at Turkey's support.

Whilst in Gaza, Kinik opened the "largest logistics centre" in the territory. "This is the largest in terms of both humanitarian aid and disasters," Anadolu reported Kinik as saying. He described last month's Israeli assault as "the worst" for Gaza. Water and electricity networks were destroyed and thousands of Palestinians were forced to leave their homes.

In his speech, Kinik emphasised that the residents of Gaza need urgent help. Fuel, especially, should be supplied to hospitals for generators to provide electricity.

Last week Kinik was in Cairo for talks to speed up aid efforts. He said that the process has been completed for the first humanitarian aid convoy of ten trucks to enter through the Rafah Border Crossing.


== middle east monitor
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register