BTC USD 40,451.9 Gold USD 1,867.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang Al Quds 2021 - Israel KOYAK langgar gencatan senjata

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,417
Reaction score
2,394
Points
201
sihir ni bukan ka berasal dari yahudi?
Perkataan SIHIR dalam bahasa Arab terdiri dari huruf ر, ح, س (Sin, Ha, dan ra), bermakna kelihatan yg samar-samar. Istilah sahur juga yang mempunyai akar yang sama, yaitu Siin, Ha dan Ra, yang bermaksud waktu ketika semuanya kelihatan samar2 berselindung (Secret)


Ucapan seorang yang pandai berkata muslihat hingga mempedayakan juga termasuk dalam kategori ini.


Ahli sihir sebenarnya ahli silap mata saja

Mcm ahli sihir firaun
Ahli silap mata menggunakan tali seolah2 kelihatan spt ular
magician dlm bahasa arab ~ mashor
Bukan dukun santet mengikut kepercayaan karut marut tu..pastu basuh dgn jampi2 😅

konon kuasa baik lawan kuasa jahat gitu
Saikology aje
Kuasa baik simbolik kuasa tuhan
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906

Korea Utara Kecam Israel Jadikan Gaza ‘Medan Penyembelihan Manusia’, Bunuh Kanak-Kanak​





08/06/2021


63FFDFCF-77DC-450A-9886-8B79EB326DF4.jpeg




Korea Utara mengecam keras tindakan Israel yang disifatkan mengubah Semenanjung Gaza menjadi ‘medan penyembelihan manusia dan pembunuhan kanak-kanak’.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar Korea Utara berkata, Israel bertindak kejam dengan membunuh kanak-kanak tidak bersalah dan ia jelas adalah jenayah kemanusiaan.

“Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa seluruh Semenanjung Gaza telah berubah menjadi tempat penyembelihan manusia yang besar dan tempat untuk mendera anak-anak.

“Tidak lama setelah berakhirnya pengeboman itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pihak berkuasa Israel cuba untuk berselindung dengan kejahatan mereka membunuh ratusan manusia termasuk kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, katanya saluran berita antarabangsa mengecam keras Israel kerana terus mencederakan kanak-kanak, sekali gus menunjukkan mereka sebagai pengusir yang menghalau rakyat Palestin dan menyemai benih kebencian terutama sewaktu umat Islam di Palestin mengerjakan ibadah.

Kenyataan Korea Utara itu bersempena dengan sambutan ‘Hari Kanak-Kanak Mangsa Serangan yang Teraniaya Sedunia’ pada 4 Jun lalu.
Serangan terbaharu Israel di Gaza telah mengakibatkan kemusnahan terhadap ribuan perniagaan dan kediaman, memaksa lebih 100,000 penduduk berpindah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan ketika ini, kira-kira 240 warga Palestin terkorban dalam konflik selama 11 hari itu.
– Astro Awani

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906

Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

1m ·


Atas dasar kemanusiaan
London menamakan salah sebuah jalan di kawasan Kennington sebagai Gaza Street.
Sepatutnya lebih banyak negara Arab dan negara umat Islam yang lain yang memulakan inisiatif sebegini di atas dasar keprihatian dan persaudaraan kepada saudara seaqidahnya.


1623149630309.png

1623149638219.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register