TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Model kapal perang kelas Mistral yang ditempah Rusia dari Perancis. – AGENSI
PARIS 30 Okt. – Perancis menangguhkan penyerahan dua kapal perang kepada Rusia ekoran beberapa syarat yang masih belum lengkap, sekali gus menafikan laporan yang mendakwa Moscow akan menerima aset baharu pertahanan itu pada pertengahan bulan depan.
Menteri Kewangan Perancis, Michel Sapin ketika ditemubual bersama radio RTL berkata, penjualan kapal pengangkut helikopter kelas Mistral itu belum dimuktamadkan berikutan situasi konflik di timur Ukraine masih belum aman.
“Jika situasi bertambah baik (di timur Ukraine), kita akan menyelesaikan urus niaga tersebut,” katanya.
Paris berdepan tekanan daripada sekutunya supaya membatalkan perjanjian urus niaga kapal perang itu dengan Rusia yang didakwa campur tangan dalam krisis di Ukraine.
Semalam, agensi berita Rusia, Ria memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dmitry Rogozin sebagai berkata, Moscow menerima jemputan Perancis untuk menerima satu daripada dua kapal perang Mistral pada 14 November ini.
Menurut laporan itu, kapal kedua juga dijadual tiba di Rusia pada hari yang sama.
Dalam perkembangan lain, pembekal gas asli terbesar Eropah, Gazprom menerusi jurucakapnya, Sergei Kuprianov berkata, Kesatuan Eropah (EU) dan Ukraine mesti mencapai persetujuan bagi menyelesaikan hutang gas yang ditanggung Kiev kepada Rusia sebelum memulakan rundingan bagi menyambung semula penghantaran bekalan mentah tersebut.
“EU mesti mencari penyelesaian terhadap masalah hutang yang ditanggung Ukraine kerana jika tidak, rundingan (dengan Gazprom dan Rusia) tidak akan bermakna,” katanya. – REUTERS/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...ang-kepada-rusia-1.18806#sthash.thaUjWYu.dpuf