BTC USD 40,065.9 Gold USD 1,864.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perancangan Harta Pusaka

senol

Freshie
Joined
Aug 22, 2008
Messages
28
Reaction score
0
Points
3
ADAKAH ANDA TAHU BERAPAKAH SEBENARNYA KOS PENGURUSAN HARTA PUSAKA YANG AKAN DIKENAKAN SELEPAS KEMATIAN ANDA?
Hari ini ramai orang membuat wasiat. Di mana-mana institusi kewangan kita akan bertemu dengan poster menggalakkan orang ramai membuat wasiat. Ayat yang kebiasaannya digunakan ialah …. “Sediakan wasiat anda hari ini untuk kesenangan waris di masa hadapan.” Di dalam banyak keadaan, Wasiat ini sebenarnya hanyalah berfungsi sebagai dokumen yang melantik Wasi ( pentadbir harta pusaka ) sahaja. Kosnya juga murah iaitu hanya beberapa ratus ringgit sahaja.

Namun yang TIDAK PERNAH dinyatakan kepada Pewasiat ialah berapakah kos pengurusan harta pusaka yang akan dikenakan kepada waris atau harta pusaka selepas kematian mereka. Secara purata kebanyakan pihak yang menggunapakai modus operandi Wasiat perlantikan Wasi ini mengenakan caj di antara 1 % hingga 3 % dari nilai harta pusaka. Ini hanyalah caj perkhidmatan sahaja dan tidak termasuk caj-caj lain seperti caj buka fail, caj carian hartanah, caj guaman, caj rampaian dan pelbagai caj-caj yang lain.

Memang benar caj-caj ini dalam banyak keadaan akan ditolak sahaja dari nilai harta pusaka dan tidak perlu ditanggung oleh waris-waris namun apakah pula hukumnya dari segi agama apabila Wasi-wasi ini mengenakan caj secara berlebih-lebihan ke atas harta pusaka si mati yang hakikatnya adalah harta anak yatim ? ( sama ada anak yatim muda atau anak yatim berumur ! ). Renungkan..

Layari http://www.wasiyyahshoppe.com.my atau hubungi saya di talian 0147381402(Nurul Ridzuan)
 

CG Sponsors




Top
Log in Register