BTC USD 27,807.0 Gold USD 1,979.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perak Wajibkan Sistem Reban Ayam Tertutup 2026

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,850
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2

Perak wajibkan sistem reban ayam tertutup 2026​

oleh NORMAWATI ADNAN
28 Disember 2022 11:04am
Masa membaca: 2 minit

2037286.jpg


Mohd Zolkafly ketika menjawab soalan lisan dikemukakan Faisal Abdul Rahman (Pas-Trong) sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu. - Foto Korporat SUK Perak


IPOH - Kerajaan Perak akan menguatkuasakan penggunaan sistem reban tertutup kepada semua pengusaha pada 1 Januari 2026.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, penetapan itu adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) Bil. 2073 bertarikh 8 Jun 2022 sebagai satu langkah mengatasi isu kacau ganggu lalat.

"Kerajaan negeri melalui agensi Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengarahkan semua pengusaha-pengusaha unggas di negeri ini menuju ke arah sistem reban tertutup yang akan dikuatkuasakan pada Januari 2026.

"Langkah ini bagi memastikan (pengusaha) ladang-ladang penternakan sentiasa menjaga persekitaran ladang mereka supaya tidak berlaku kacau ganggu kepada masyarakat setempat," katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukakan Faisal Abdul Rahman (Pas-Trong) sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah kacau ganggu lalat dengan penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas Negeri Perak 2005 dan Peraturan- Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas (Lesen) 2010.

Katanya, antara tindakan yang diambil dengan meningkatkan kekerapan pemantauan di kawasan aduan dan dikenakan kompaun kepada ladang-ladang penternakan ayam dan itik yang tidak mematuhi syarat-syarat enakmen tersebut.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga ada mengeluarkan arahan pembatalan lesen menternak unggas kepada ladang-ladang yang bermasalah.

"Inisiatif dan langkah yang diambil ini akan memberi kesedaran dan pengajaran kepada pengusaha yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam Enakmen Perladangan Unggas 2005," katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register