Perak kunci KEMAS , 13000 murid tadika terjejas

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
http://www.agendadaily.com/cms/cont...e.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Oleh: Noor Hasilah Ismail
Perbuatan Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang mengarahkan pegawai-pegawainya mengambil kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perbuatan itu adalah satu penganiayaan terhadap kanak-kanak.

"Inilah dia contoh "Kerajaan Berkebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kempen Tabung Bantuan Bencana Alam di Pasar, Seni,Kuala Lumpur,Ahad.

"Saya amat dukacita dan berharap Kerajaan Negeri Perak memikirkan semula tindakan drastik ini kerana kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa," tambahnya.

Muhammad berkata beliau sudahpun memberi arahan kepada pegawai-pegawainya mencari tempat alternatif dan kerajaan akan menampung bayaran sewa tempat-tempat yang dipilih itu.

"Walaupun saya sudah mengarahkan pegawai-pegawai supaya mencari tempat yang berhampiran dengan kawasan lama, sekiranya tidak ada pilihan, kita mungkin terpaksa berpindah ke tempat yang lebih jauh. Ini pastinya akan menyukarkan ibubapa menghantar anak-anak mereka. Tetapi buat masa ini, itu sahaja yang kami dapat buat," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa hampir 13,000 murid tadika di Perak terjejas pembelajaran mereka berikutan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 tadika milik agensi itu.

Ahmad Zahid berkata, beberapa pengerusi Jawatawankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika kepada pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN).

Menyentuh Pilihanraya Kecil Terengganu, Muhammad berkata, beliau yakin calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

"Kita sudah melihat ada keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan pemilihan calon. Pada mulanya mereka mencalonkan A, kemudian B, dan selepas itu kedua-duanya ditolak dan calon C pula dipilih.

"Ini pasti membawa kesan kepada pengundi. Selain itu pengundi di Kuala Terengganu juga akan mengambil kira kesanggupan Datuk Wan Ahmad Farid melepaskan jawatan Timbalan Menteri dan juga senator kerana membuktikan beliau akan lebih fokus jika menjadi wakil mereka, berbanding calon PAS, Abdul Wahid Endut, yang pada ketika ini memegang tanggungjawab sebagai ADUN Wakaf Mempelam.

Bercakap mengenai tindakan tentera Zionis Israel mengebom Gaza dan mengorbankan 452 orang di Rafah semalam, dan di Masjid Ibrahim Al-Maqadna, hari ini yang mengorbankan 13 orang termasuk dua kanak-kanak serta mencederakan 60 ketika jemaah sedang solat, Muhammad, yang juga Ketua Penerangan UMNO menyeru rakyat Malaysia supaya memboikot semua produk keluaran Israel dan juga negara-negara yang menyokongnya.- 4/1/2009
 
Sponsored Post

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
ini sudah melampau. kerana politik punya pasal,sanggup pertaruhkan pembelajaran anak2 melayu kita.. UMNO takdela sampai tutup PASTI... bila pas naik,tutup KEMAS pula
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,539
Reaction score
71
Points
130
haha...video bebudak kemas bawak kluar kerusi dari tadika dah ade ke kat perak? kat tgganu dlu pon ms PAS pegang abes bebudak tadika kena halau kan..tp siap ada video n gambaq...kat perak takdak lg ka?
oh ya....
tak lama lagi kluar la tu...hehehe..kalau dh kluar jgn lupa habaq noo..selamat menjalan kan tugas..hehe

UMNO =:(scam:(scam
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
yezaaaa.....

pada suh masuk kemas duk nyanyi lagu jerk......:))
 

tok_jogho

Active+ Member
Joined
Sep 29, 2008
Messages
2,844
Reaction score
9
Points
25
nie sah2 sumber akhbar putar belit...aku baca kenyataan Drs Idham Lim xde lak cam tu....
 

tirani

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
2,639
Reaction score
3
Points
25
mat taip mat taip..hero tua yg kaya raya sudah mari..
 

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
strategi utk meraih simpati org terhadap amno, ialah dgn memburukkan parti lawan.. syabas Islam hadari!
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
taktik lama nie...
 

lah7257

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,971
Reaction score
5
Points
25
Buat modal untuk Pilihanraya...:)) :)) :))
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,539
Reaction score
71
Points
130
hehehe...aku dok tunggu gambaq takpon video budak2 kena halau dari kemas.. hehehe..."masihkah kau ingat"...lagu tema utk thread nie..haha..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register