BTC USD 39,969.3 Gold USD 1,828.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perak FM Semakin Biadap, BERSATU Perak Mahu Tindakan Tegas Segera Diambil

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
IPOH 10 Nov. - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) hari ini menyelar tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khususnya Perak FM yang sering membuat fitnah dan penipuan dalam memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan tanpa batasan.

Menurut Ketua Penerangannya, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz tindakan tersebut merupakan tindakan yang biadap dan melampau serta tidak boleh dimaafkan sama sekali.


Justeru beliau menggesa agar pimpinan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin mengambil tindakan tegas sepertimana yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor beberapa bulan yang lepas.
“Kita menggesa pihak kerajaan negeri untuk mengambil tindakan tegas ke atas Perak FM yang semakin biadap, ini termasuklah ‘menghalau’ mereka keluar dari negeri ini sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor ke atas Selangor FM sebelum ini” jelas beliau.
Sementara itu, menurut Exco Perhubungan & Media Bersatu Perak, saudara Shahril Nizam Zulkipli ketika mengulas isu yang sama menjelaskan bahawa tindakan ‘kurang ajar’ Perak FM ini jelas menunjukkan bahawa stesyen radio terbabit tidak mempunyai etika dan tidak bertanggungjawab dalam membuat liputan dan berita.
“Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai etika kewartawanan yang baik dan lebih gemar menjadi pak turut kepada segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab semata-mata mahu menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan imej kerajaan negeri khususnya YAB Menteri Besar” katanya.
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak mendakwa media arus perdana secara jelas tidak memberi ruang liputan yang adil kepada program kerajaan negeri Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kalau ada sekalipun, ia lebih kepada laporan yang diselewengkan faktanya. Ekoran itu, katanya, sebaik mana dasar atau program yang dilaksanakan sekalipun, ia tidak akan memberi impak atau kesan yang positif kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang jika maklumat tidak sampai kepada rakyat.
”Begitulah juga dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khususnya Perak FM yang bertapak di bumi Perak yang diterajui pakatan pembangkang yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah, tetapi RTM umpama kacang lupakan kulit, sekadar manis di bibir dan tidak berpegang kepada pepatah Melayu iaitu ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.’
”Perak FM bukan sekadar tidak memberi ruang liputan pada majlis rasmi kerajaan negeri, malah lebih teruk daripada itu tidak memberi gambaran yang adil, sebaliknya hanya negatif, tohmahan dan berniat jahat,” jelas beliau dalam Ucapan Bajet 2009 di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
 
Sponsored Post

cyberalam

Active Member
Joined
Feb 14, 2008
Messages
2,066
Reaction score
7
Points
25
kalau ada sample kenyataan yang diputar belitkan lagi best...
 

naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
halau..jgn x halau..hehe
 

onizuka

Active Member
Joined
Mar 4, 2007
Messages
1,604
Reaction score
40
Points
30
Lalat kat Perak nih ..

semboq ridsect mampoih la .. nanti
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Halau ajer mana ader best... kasi up la sikit...
 

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Teman org Perak weii, x tau ler pulok ada cita pasal nie...
Dah lama weii teman dengor Perak.fm...

Ape ler kejadah nya, deme dengki bebeno weii... :-?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register