BTC USD 61,956.6 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perairan Kuala Kedah Tak Selamat, Lebih 2,000 Penumpang Feri Kandas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,898
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,898
Reaction score
6,856
Points
916
Awards
1
17.09.2024 - Lebih 2,000 penumpang feri laluan pergi balik Langkawi-Kuala Kedah terkandas hari ini susulan pembatalan perjalanan berikutan keadaan ombak sekitar lima meter membadai perairan Kuala Kedah. Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Baharin Baharom, berkata sebanyak empat feri dari laluan Langkawi ke Kuala Kedah terlibat yang membabitkan 2,154 penumpang.

“Feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat adalah pada 10.30 pagi serta 12 tengah hari, 1 tengah hari, dan 1.30 tengah hari, manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi sebanyak enam feri terlibat yang membabitkan 1,791 penumpang. Feri yang terlibat adalah pada 9.30 pagi, 10.30 pagi, dan 11.30 pagi serta 12 tengah hari, 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari." katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, bagi penumpang terjejas, mereka boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan dengan pihak pengurusan feri. Feri tambahan akan disediakan di Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis tertakluk kepada keupayaan terminal berkenaan menerima jumlah penumpang serta paras air yang selamat, katanya.​

1726551170061.png
 
Sponsored Post

8 Perjalanan Feri Langkawi-Kuala Kedah Batal Akibat Ombak Kuat

18.09.2024 - Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini. Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata lima feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat membabitkan 2,013 penumpang.

"Feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat adalah pada pukul 11 pagi, 12.30 tengah hari, 2 petang, 2.05 petang dan 2.10 petang, manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi sebanyak tiga feri terlibat yang membabitkan 937 penumpang. Feri yang terlibat adalah pada pukul 12.30 tengah hari, 2 petang dan 3.30 petang," katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata perjalanan feri yang dibatalkan ini tidak dapat dilencongkan ke Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis kerana berlaku kesesakan di sana.

"Kita telah berhubung dengan pihak di Kuala Perlis, dan mendapati terminal sudah tidak dapat menampung jumlah penumpang dan kenderaan yang banyak. Jadi, penumpang di Langkawi yang hendak ke Kuala Kedah dan sebaliknya terpaksa menunggu esok. Sekiranya keadaan cuaca pada esok hari elok, kita akan atur semula perjalanan feri yang dibatalkan ini," katanya.
1726640693835.png
 
Lagi baik buat jambatan dari Kuala Kedah/Kuala Perlis ke Langkawi dari membazir buat jambatan Melaka ke Sumatera.
elok laa ke sumatera lagi...psttt..langkawi mahai...org have2 jer melancong sana...baik ke satun thailand...bak kata org langkawi...setakat lambor tue dia bawak pegi ladang jer...
 
Operasi Feri Antara Kuala Kedah & Langkawi Di Hentikan Kerana Ribut

19.09.2024 - Semua operasi feri laluan Kuala Kedah ke Langkawi dan sebaliknya dihentikan bagi hari ketiga susulan cuaca buruk dan laut bergelora. Sebuah feri yang telah bertolak pada jam 8.30 pagi tadi juga terpaksa berpatah balik ke Langkawi berikutan ombak tinggi. Pengurus Besar Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata seramai 3,513 penumpang terjejas berikutan pemberhentian operasi feri ini.

“Pemberhentikan operasi feri dilakukan disebabkan angin bertiup berkelajuan 40 – 50 km/h dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Kuala Kedah – Langkawi yang boleh membahayakan keselamatan penumpang dan anak kapal. Sebuah feri yang bertolak daripada Langkawi ke Kuala Kedah pada jam 8.30 pagi yang membawa 589 penumpang terpaksa berpatah balik hari ini. Pembatalan feri bagi laluan Langkawi – Kuala Kedah – Langkawi melibatkan trip bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Jumlah penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah adalah 2472 orang, manakala dari Kuala Kedah ke Langkawi pula 1041 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, lencongan perjalanan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis akan dilakukan berdasarkan kepada keupayaan terminal berkenaan menerima jumlah feri pada satu-satu masa berdasarkan kelulusan Jabatan Laut Malaysia. Penumpang yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan.
1726719957628.png
 
6296531268820648015_121.jpg


Sudah tiga hari trip feri Kuala Kedah-Langkawi batal, laut bergelora

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Buat hari ketiga berturut-turut, semua perjalanan feri keluar masuk ke Langkawi dari Kuala Kedah terpaksa dibatalkan akibat keadaan laut yang masih bergelora dan angin kencang.

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Dr. Baharin Baharom berkata, pembatalan itu melibatkan 10 trip perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi membabitkan 3,513 penumpang yang telah membeli tiket.

Katanya, salah sebuah feri terlibat sudah bertolak dari Langkawi menuju ke Kuala Kedah kira-kira pukul 8.30 pagi tadi, namun terpaksa berpatah balik berikutan keadaan laut yang terlalu bergelora selain angin kencang.

“Feri itu yang membawa 589 penumpang terpaksa berpatah balik demi keselamatan semua. Pihak pengurusan kemudian terpaksa mengambil keputusan membatalkan semua perjalanan feri buat hari ketiga berturut-turut berikutan angin bertiup kencang antara 40 hingga 50 kilometer sejam, selain ombak setinggi 3.5 meter.

“Pembatalan itu membabitkan lima perjalanan dijadualkan dari Langkawi ke Kuala Kedah hari ini iaitu pada pukul 8.30 pagi, 10.30 pagi, 12 tengah hari, 1.30 tengah hari dan 2.30 petang.

“Manakala perjalanan yang dibatalkan dari Kuala Kedah ke Langkawi pula adalah pada pukul 10 pagi, 11.30 pagi, 1.30 tengah hari, 3 petang dan 4.30 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, lencongan perjalanan melalui Terminal Feri Kuala Perlis akan dilakukan mengikut keupayaan terminal tersebut menerima jumlah feri pada satu masa.

“Perkara itu perlu mendapat kebenaran Jabatan Laut Malaysia (JLM) dengan jabatan tersebut akan membuat penilaian sewajarnya terutama melibatkan aspek keselamatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
 
Operasi Feri Di Terminal Penumpang Kuala Kedah Di Tutup Hingga Sabtu Ini

19.09.2024 - Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara hingga Sabtu ini berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora di Selat Melaka Utara oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora sejak Selasa hingga Sabtu ini telah menyebabkan sejumlah 12,532 penumpang terjejas.

"Feri tambahan akan diaktifkan semaksimum mungkin melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis berdasarkan keupayaan terminal menerima jumlah feri pada satu-satu masa berdasarkan kelulusan Jabatan Laut Malaysia. Sepanjang penutupan sementara Terminal Penumpang Kuala Kedah ini, penumpang-penumpang dinasihatkan untuk menukar laluan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis sehingga cuaca kembali pulih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penumpang yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan daripada pihak konsortium.​

1726753361809.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register