BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut tersilap langkah kena cekup

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN - Seorang peragut tumpas apabila berjaya dicekup orang awam yang menyedari jeritan mangsa dalam satu kejadian di Jalan Pak Sako, Temerloh, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, suspek berusia 30 tahun dari Kuala Krau, Temerloh berjaya ditahan kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Siasatan dan Perundangan), Superintendan Mohd Haris Daud berkata, gadis berusia 19 tahun yang bekerja sebagai jurujual itu sedang berjalan bersama seorang rakan.

Menurutnya, tiba-tiba muncul seorang lelaki bertopi keledar dari arah belakang lalu meragut dompet mengandungi wang tunai RM120 yang berada di tangan kanan mangsa.

“Selepas mendapat habuannya, suspek terus melarikan diri bagaimana pun cubaan itu gagal apabila tiga lelaki yang terdengar jeritan mangsa bertindak mengejarnya.

“Suspek dikejar sejauh kira-kira 300 meter sebelum berjaya ditahan berhampiran sebuah tandas awam di situ,” katanya di sini, semalam.

Mohd Haris berkata, susulan penahan suspek itu, mangsa berjaya mendapatkan kembali dompetnya.

“Suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, polis percaya suspek tidak bersendirian menjalankan kegiatan itu kerana mungkin ada rakannya turun terlibat.

“Kita percaya mungkin salah seorang daripada mereka menunggu di atas motosikal di kawasan berdekatan dan mereka akan lari selepas meragut mangsa.

“Dalam kejadian ini, suspek tersilap langkah apabila terjerat di tangan orang awam dan rakannya mungkin melarikan diri,” katanya.

Mohd Haris berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut termasuk mengesan suspek lain jika ada.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/peragut-tersilap-langkah-kena-cekup-1.160770
 
Last edited:
dia lupa parking moto kat mana kot
 
tahniah orang awam
keperihatinan anda boleh mengurangkan jenayah
 
beribu ribu taniya pada orang awam...peragut tu kasi bantai cukup cukup supaya sedar diri..
 
lepas ni kalau meragut lagi memang nahas le..
 
tahniah kpd rakyat yg prihatin.

lain kali belasah dulu sbg pengajaran. kalau polis tanya nape ko gi pukul, cakap mempertahankan diri. orang camni bukan boleh kasi muka. ko tau menyusahkan hidup orang sekarang ko rasa la plak hidup ko disusahkan.

jangan polis lepas gitu je udah la. nak masuk lokap/jel banyak dah penuh. last2 lepas gitu je. cissss
 
dah banyak kes ragut kena belasah sampai nak mati pun tak serik lagi...minggu lepas kat jb ada satu kes berlaku depan aku..sampai menangis peragut tu kena belasah...lokasi berhampiran 7e dekat dengan pasar karat...
 
Back
Top
Log in Register