BTC USD 65,036.4 Gold USD 1,784.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut patah kaki

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Peragut patah kaki


KUALA LUMPUR: Seorang peragut bermotosikal jatuh terpelanting sejauh 10 meter dan patah kaki kanan sejurus motosikal ditunggang tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang sebuah teksi ketika cuba melarikan diri, malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, suspek berusia awal 20-an kelam kabut cuba meloloskan diri bersama beg tangan seorang pelancong wanita tersungkur ke jalan selepas dihalang sebuah teksi yang kebetulan berada di hadapannya.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 malam ketika mangsa seorang wanita warga Thailand bersama empat rakan lain sedang bersiar-siar berhampiran Jalan Perak, di sini.

Menurutnya, ketika itu muncul sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang secara tiba-tiba terus merentap beg tangan mangsa.


“Kedua-dua suspek kemudian cuba memecut melarikan diri namun terlanggar belakang sebuah teksi mengakibatkan kedua-dua mereka tercampak dan jatuh ke jalan raya.


“Seorang daripada suspek sempat bangun sebelum melarikan diri dengan meninggalkan rakannya yang kesakitan. Pada masa sama, suspek dikepung orang ramai yang kebetulan melihat kejadian itu,” katanya.

Berikutan kejadian itu, anggota kereta peronda polis pelancong segera ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek yang juga warga tempatan itu. Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan kecemasan.


“Berdasarkan siasatan, suspek mengalami pendarahan telinga selain patah kaki kanan.

“Polis yang menjalankan pemeriksaan pada suspek turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk melakukan ragut dan samun,” katanya.


Difahamkan, mangsa gembira dan berterima kasih dengan tindakan pantas polis menahan suspek serta mendapatkan semula beg tangannya yang dilarikan suspek.


Susulan kejadian itu, polis akan menjalankan siasatan terhadap suspek yang dipercayai turut terbabit dalam beberapa kes ragut terutama membabitkan pelancong asing.


Sebelum ini, dalam kejadian Jumaat lalu, seorang suri rumah warga Iraq turut kerugian wang tunai berjumlah RM12,000 selepas diragut peragut bermotosikal ketika mangsa sedang berjalan berhampiran sebuah persimpangan Jalan PRamlee di sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, penjenayah menarik beg tangan disandang mangsa sebelum melarikan diri dengan motosikal.

-- H.Metro
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
aduhai..
byk tol peragut skrg nie..
kerajaan ptt amik series bnda nie..
dh mula naik blk kes ragut..
berhati2 la wahai kaum wanita..
 

panarol

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2010
Messages
554
Reaction score
7
Points
15
tq kepada abg teksi...
caya la bro...
aku rasa klu semua rakyat Malaysia concern cmni...
peragut pon x berani nak wat jenayah terang2 kat tmpt org ramai
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,998
Reaction score
558
Points
161
sib baik patah kaki,kalau x patah org ramai tolong patah2kan hahahahah
 

kalau

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
biar mapuh pun no problem.
 

zahiruddin

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2006
Messages
6,135
Reaction score
5
Points
65
kalau semua org berani buat cam teksi tu mesti peragut fikir byk kali gak,aku pernah sekali nak langgar peragut tapi tak sempat dia dah pecut padahal aku nak sikit lagi nak langgar dia.geram betul tak dapat langgar:mad:
 

maibee71

Super Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
6,785
Reaction score
17
Points
65
kalau semua org berani buat cam teksi tu mesti peragut fikir byk kali gak,aku pernah sekali nak langgar peragut tapi tak sempat dia dah pecut padahal aku nak sikit lagi nak langgar dia.geram betul tak dapat langgar:mad:

aku penah langgar peragut. dapat tangkap 2 ekor. apa lagi kenduri besar le org lalu lalang hee-hee....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register