BTC USD 44,640.0 Gold USD 1,742.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut lembik dibelasah

notrexdame

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]


BERKAS...anggota polis merampas pisau milik dua peragut
yang diberkas peniaga Jalan Petaling, kelmarin.


KUALA LUMPUR: Dua peragut cuba berlagak garang apabila mengacukan pisau tajam sebaik dikepung orang ramai termasuk puluhan peniaga sekitar Jalan Petaling di sini, sejurus cubaan mereka melarikan beg seorang mangsa gagal.

Dalam drama cemas jam 2 petang kelmarin, cubaan suspek menggertak orang ramai dengan senjata tajam itu sebaliknya mengundang padah apabila kedua-dua suspek akhirnya dibelasah beramai-ramai hingga tersungkur berlumuran darah.

Tindakan samseng dua penjenayah berkenaan turut hampir meragut nyawa mereka sendiri apabila orang ramai seperti cuba melepaskan geram dengan memukul suspek bertalu-talu hingga longlai berikutan marah dengan perbuatan jenayah dilakukan.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Fong, 30-an, berkata, kejadian hanya disedari apabila peniaga kawasan berkenaan terdengar jeritan seorang lelaki yang cuba diragut dua suspek itu di kawasan tepi jalan.






Ketika itu seorang lelaki berusia 30-an dilihat cuba mempertahankan beg bimbit dibawa daripada dirampas dua lelaki tidak dikenali yang berusaha menariknya dari belakang.


Mangsa yang bergelut bagi menyelamatkan beg terbabit menjerit tidak henti-henti menyebabkan orang ramai terkejut dan berlari memberi bantuan.

“Ketika itu beberapa peniaga berhampiran sanggup meninggalkan gerai jualan dan pelanggan masing-masing kerana ingin membantu memberkas suspek yang dipercayai warga tempatan.

“Bagaimanapun, peragut berkenaan yang terkejut cuba menghunuskan pisau bagi mengelak mereka daripada ditangkap,” katanya yang berniaga cermin mata di kawasan berkenaan.

Menurutnya, beberapa peniaga bagaimanapun tidak gentar apabila terus menyerbu sebelum merampas senjata milik penjenayah.

“Akibatnya orang ramai yang geram membelasah dan memukul kedua-dua lelaki berkenaan bertubi-tubi. Ada yang menumbuk muka suspek termasuk segelintir yang menendang mereka tanpa memberi peluang mereka melarikan diri.

“Difahamkan sebelum kejadian, suspek menggunakan taktik dengan sengaja menepuk bahu mangsa sebelum merentap tali beg dibawa sebaik mangsa berpaling ke belakang,” katanya.

Menurutnya, orang ramai kemudian menggunakan tali untuk mengikat tangan suspek yang ketika itu sudah lembik dipukul.

“Namun, kemunculan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong yang kebetulan melalui kawasan terbabit berjaya menyelamatkan nyawa suspek dari terus dibelasah orang ramai.

“Dia meminta supaya tindakan itu dihentikan sebelum segera menghubungi polis. Tidak sampai lima minit, dua anggota polis bersama kereta peronda muncul sebelum memberkas kedua-dua suspek lalu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu sedikit sebanyak mencemarkan imej negara berikutan ia berlaku di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong asing.

Malah, insiden suspek dipukul itu turut dirakamkan menggunakan kamera oleh beberapa pelancong asing yang kebetulan bersiar-siar di Jalan Petaling itu.

“Ini kes ragut kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu di kawasan ini dan penjenayah sebelum ini turut diberkas kumpulan peniaga,” katanya.

p/s:pUkul je smpai mati :)paid:)paid
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,320
Reaction score
555
Points
176
sebenarnye kalau pukul sampai mati takleh bro..salah disisi undang2 :D
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
padan muke diorang. salah time la mau ragut...
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
lain kali lauk je ramai2..orng mcmni memng banyak menyusahkan org ramai...
org cari rezeki penat2 dia g ragut lak..
 

ejus

Active+ Member
Joined
Jun 25, 2007
Messages
2,536
Reaction score
0
Points
20
meragut lagi..padan muka..
 

orange76

Super Active Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
6,658
Reaction score
5
Points
65
x selamat raa jln kt area tu..Kotaraya,Petaling Street,CM dah jadi macam kt jakarta,manila,dhaka,...afrika pun ramai gak!
 

anida80

Active+ Member
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
mati pon x apa...jahat sgt...
 

zeroxlegend

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,548
Reaction score
0
Points
20
em, bagi pengajaran sikit supaya tak meragut lagi...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register