BTC USD 63,390.7 Gold USD 1,805.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral 'Peragut gigit telinga sampai koyak'

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,724
Reaction score
424
Points
91
'Peragut gigit telinga sampai koyak'
FB_IMG_1632294168181.jpg

KOTA BHARU, KELANTAN - “Saya tekup hidung dia, dia gigit telinga saya,” kata seorang lelaki menceritakan insiden bergelut dengan seorang penjenayah yang meragut beg tangan isterinya dalam kejadian di Kampung Binjai di sini pada Ahad.

Akibat gigitan tersebut, Mohd Hanif Hilmi, 29, koyak pada cuping telinga kirinya dan menerima tujuh jahitan.

Menurut Mohd Hanif, dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, penjenayah yang menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan isterinya di tepi jalan.

Katanya, penjenayah berkenaan kemudian terjatuh dari motosikal selepas dilanggar oleh kereta yang dipandunya.

“Dia nak lari, saya terkam dia dari belakang dan menekup hidungnya. Waktu itu dia meronta untuk melepaskan diri dan bertindak menggigit telinga kiri saya sebelum datang dua orang awam membantu dan menangkap suspek,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.

Mohd Hanif sebelum itu menerima sijil penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat atas keberaniannya itu.

Sementara itu, Shafien berkata, penahanan penjenayah tersebut menyebabkan polis berjaya menyelesaikan lima kes ragut menggunakan modus operandi dengan menyasarkan wanita bersendirian di tempat-tempat sunyi.

“Suspek juga memilih lokasi seperti hentian bas atau lokasi penumpang yang turun di tempat-tempat sunyi.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki 14 jenayah, kebanyakannya kes rompakan, ragut dan dadah,” jelasnya.

Beliau berkata, suspek yang positif dadah jenis metamphetamine ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Polis juga mengucapkan tahniah kepada suami mangsa atas tindakan beraninya bergelut dengan penjenayah tersebut hingga berjaya ditahan.

“Saya juga mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak berjalan sendirian serta menyorokkan beg atau barangan berharga daripada menjadi perhatian penjenayah,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang penjenayah berusia 29 tahun patah tangan kanan dan cedera di kedua-dua lutut selepas dilanggar kereta yang dipandu suami mangsa yang kebetulan tiba di lokasi semasa kejadian.

Dalam kejadian itu, pembantu perubatan wanita berusia 29 tahun tersebut baru tiba dari Negeri Sembilan.

Wanita itu kemudian turun dari bas ekspres sebelum beg tangannya diragut ketika menunggu suaminya di tepi jalan.

Sumber: Sinar Harian
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,688
Reaction score
2,531
Points
201
Nasib org awam tampil bg bantuan syukur la mcm nie
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,827
Reaction score
21,820
Points
1,671
Peragut dilanggar suami mangsa

Kota Bharu: Cubaan lelaki untuk meragut wanita membawa padah apabila dia dilanggar suami mangsa di Kampung Binjai, di sini, 5.45 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, 29, turun dari bas ekspres dan sedang menunggu suaminya datang menjemput.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang baru tiba dari Negeri Sembilan turun dari bas ekspres dan menunggu suaminya di tepi jalan persimpangan Kedai Piah.

"Tiba-tiba datang seorang lelaki menunggang motosikal terus meragut beg tangan mangsa.

"Suami mangsa yang kebetulan tiba di tempat kejadian, bertindak melanggar motosikal suspek dengan kereta yang dipandunya namun lelaki itu cuba melarikan diri.

"Berlaku pergelutan antara suspek dan suami mangsa namun lelaki itu berjaya ditahan dengan bantuan dua orang awam lain yang melalui tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan suaminya hanya luka di telinga kiri akibat pergelutan manakala suspek yang berusia 29 tahun itu luka di tangan serta lutut dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan.

Menurutnya lagi, pemeriksaanke atas beg pinggang milik suspek yang berasal dari Pulai Chondong, Machang itu turut menjumpai satu paket lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah.

"Ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methampethamine dan memiliki 14 rekod lampau bersabit dadah dan jenayah.

"Permohonan reman sedang dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 10:25am
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,827
Reaction score
21,820
Points
1,671
Peragut berjaya ditahan dengan bantuan orng awam

FB_IMG_1632297735244.jpg
FB_IMG_1632297732413.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Buruh Mengaku Rompak Beg Tangan Penumpang Bas

26.09.2021 - Kota Bharu, Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, di atas pertuduhan merompak beg tangan milik seorang wanita, minggu lalu. Tertuduh, Abdul Aziz Abd Rahman, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja merompak seutas beg tangan milik seorang wanita berusia 30 tahun sehingga menyebabkan ketakutan kepada mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di persimpangan Kedai Piah Kampung Binjai, Batu 11 Ketereh, jam 5.45 pagi, pada 19 September lalu.

"Saya mengaku bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dalam bergalas akibat mengalami patah tangan susulan kejadian itu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum di bawah seksyen atau akta yang sama. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fariz dalam pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan yang dikakukan itu serius.

"Walaupun kesalahan ini boleh dijamin, namun ia akan menimbulkan kegusaran pada orang ramai. Saya mohon satu tarikh sebutan semula kes kerana mangsa mengalami beberapa kecederaan dan tunggu laporan perubatan mangsa," katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 28 Oktober depan bagi sebutan semula kes. Sebelum ini media melaporkan, cubaan lelaki untuk meragut wanita tidak kesampaian apabila dia dilanggar suami mangsa. Pada kejadian itu, mangsa baru sahaja turun daripada bas ekspres dan sedang menunggu suaminya datang menjemput.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/592876
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Peragut Gigit Telinga Di Hadap Ke Mahkamah

26.09.2021 - Kota Bharu, Seorang lelaki yang menggigit telinga suami mangsa dalam kejadian ragut minggu lalu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan rompakan. Tertuduh, Abdul Aziz Abd Rahman, 29, juga seorang buruh didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu laporan perubatan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun di persimpangan Kedai Piah, Kampung Binjai, Batu 11, Ketereh pada jam 5.45 pagi, 19 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Pada prosiding itu, Fariz tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan serius yang dilakukan.

“Suami mangsa mengalami kecederaan dalam kes ini dan jika dibenarkan jamin dibimbangi akan menimbulkan kegusaran terhadap orang awam,” katanya.

Ahmad Bazli kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 Oktober ini. Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang peragut bertindak mengigit telinga suami mangsa hingga terkoyak ketika pergelutan untuk melarikan diri selepas meragut beg tangan pembantu perubatan wanita itu pada 19 September lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa baru tiba dari Negeri Sembilan dan turun dari bas ekspres diragut ketika sedang menunggu suaminya. Akibatnya, suami mangsa menerima tujuh jahitan di telinga kiri manakala suspek pula patah tangan kanan kerana dilanggar oleh kereta yang dipandu lelaki itu.​

1632645887859.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register