BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut ditahan orang awam di Kajang

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
0501rs02_cropped_1525158826.jpg

Suspek (berbaju hitam) ditahan orang awam ketika cuba meragut dompet milik pelanggan di sebuah restoren di Jalan Jelok, Kajang, semalam. FOTO - Ihsan Pembaca




TINDAKAN lelaki cuba meragut dompet milik pelanggan restoran di Jalan Jelok, Kajang, mengundang padah apabila dia ditahan orang awam, semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, suspek berusia 24 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal Yamaha Y15Z.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, suspek dilihat menunggang motosikal di sekitar kawasan itu beberapa minit sebelum kejadian.

"Suspek kemudian bertindak melarikan dompet milik lelaki berusia 36 tahun yang sedang minum di restoran terbabit.

"Bagaimanapun, suspek berjaya dikejar oleh mangsa dengan bantuan orang ramai di lokasi kejadian," ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, ketika suspek ditahan berlaku pergelutan antara lelaki berkenaan dengan orang ramai.

"Pergelutan itu menyebabkan suspek cedera di bahagian kaki dan tangan. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah," katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/335575/kau-nak-lari-mana






.
 
Kalau bab meragut mmg takde lain dah, mesti matpet. Cuma agak sedih rata2 matpet ni bangsa kita.
 
sebelum dia cuba dadah..

dia biasakan diri dengan rokok..

rokok agenda yahudi berjaya merosakkan bangsa lain di dunia..

kalo penjual rokok ni sedar yang mana jual rokok ni bukanlah untung sgt, baik rentikan laa jual rokok, bley dosa merosakkan orang pulak.. dah laa kedai yang jual rokok biasa jadi target perompak..
 
jarang taik dadah cina meragut...banyak meragut,merompak ni taik dadah melayu dgn india.....dan indon
 
SUSPEK (baju hitam) ditahan orang awam ketika cuba meragut dompet milik pelanggan di sebuah restoran di Jalan Jelok, Kajang, semalam. - Foto Ihsan pembaca

aagabvardss.transformed.jpg

qaahasuspek.transformed.jpg
 
umur muda lagi, fizikal kuat, anggota badan sempurna tapi dah dok sia siakan dengan dadah, akhirnya gini la putaran hidup dia; mencuri meragut, kena tangkap dan dihukum, pastu keluar jail, rotate balik benda sama

harap insaf dan perbaikila hidup tu..
 
Ayza Metropoint ni. Berani betul. sini ramai umat kut.
Pakai moto mahal nak. Tp keje menyamun. Haramjadah
 
Back
Top
Log in Register