PenghapusDosa
Banned
- Messages
- 40
- Joined
- May 3, 2008
- Messages
- 40
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
Saya baru sahaja habis menonton satu rancangan dokumentari di BBC bertajuk The World Uncovered - The Tea Boy of Gaza yang memaparkan kehidupan harian sebenar rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dari kaca mata Mahmoud, seorang kanak-kanak penjual air teh di Hospital Syifa', Gaza Palestin. Saya rasa umurnya baru sahaja mencecah usia 12 tahun, tetapi daripada cara percakapannya, memang menunjukkan kematangannya dan semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan dan penuh dengan dugaan di Semanjung Gaza bagi membantu menampung kehidupan keluarganya. Dokumentari ini dirakamkan sebelum dan selepas peristiwa penangkapan 2 orang tentera Israel oleh pihak Hamas dan disusuli dengan sekatan ekonomi, wang dan bekalan makanan serta perubatan dan penangkapan beramai-ramai menteri-menteri dan anggota-anggota kabinet Kerajaan Hamas Palestin oleh pihak Zionis Israel.
Terlalu banyak kerosakan dan kemusnahan bangunan-bangunan, sekolah-sekolah, rumah-rumah, jalan-jalan raya, jambatan, kenderaan-kenderaan serta satu-satunya tempat penjana eletrik di kawasan itu (di mana menyebabkan hampir 60% daripada kawasan itu tiada bekalan elektrik, dan yang selainnya terpaksa bergantung kepada 'generator' motor untuk bekalan elektrik) dirakamkan. Sungguh sayu sekali apabila melihat kelibat anak-anak kecil Palestin yang duduk bertebaran di tepi-tepi runtuhan rumah mereka yang musnah akibat bedilan bom dan peluru tentera Zionis Israel.
Dokumentari ini turut merakamkan situasi di Hospital Syifa', tempat di mana Mahmoud menjual air tehnya. Daripada temubual dengan beberapa doktor-doktor di hospital itu, dapat dilihat mereka sama sekali tidak pernah berputus asa dan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat-rakyat Palestin walaupun sudah hampir 6 bulan mereka tidak menerima gaji akibat sekatan dana kewangan kepada kerajaan Hamas Palestin. Ditambah pula dengan kekurangan ubat-ubatan, dan peralatan-peralatan hospital yang lain termasuklah benda yang paling asas sekali bagi setiap orang doktor sebelum merawat pesakitnya iaitu sarung tangan, pun tidak mencukupi, menyukarkan lagi tugas mereka di situ. Namun daripada temubual ini, mereka sememangnya menunjukkan semangat yang sangat tinggi dan optimis bahawa keadaan akan bertambah baik suatu masa nanti dengan izin Allah. Mereka mempersoalkan mengapa perlu disekat dana kewangan untuk kerajaan Hamas Palestin, padahal ketika Hamas memenangi pilihanraya Palestin yang lalu, demokrasi akhirnya telah tiba dan rakyat majoritinya telah memilih untuk bersama-sama dengan kerajaan Hamas Palestin. Jika mahu dikatakan Hamas itu militan, maka Zionis Israel itulah lebih lagi militannya.
Juga dalam dokumentari itu, kelihatan Ismail Haneya, Perdana Menteri Palestin, mengimami salah satu daripada solat 5 waktu di sebuah masjid yang sarat dengan rakyat Palestin yang lain dan seterusnya memberikan ucapan yang penuh bersemangat dan lantang kepada makmum-makmum yang lain. Beliau mengatakan bahawa rakyat Palestin tidak sama sekali akan takut dan gentar dengan tindakan pihak Zionis Israel yang semakin menjadi-jadi sejak penculikan 2 askar Israel itu, malah rakyat Palestin akan terus bangkit menentang ketidakadilan dan penindasan yang mereka alami itu. Bumi Palestin akan aman dan dunia akan menyaksikannya. Dan setelah itu, beliau ke pejabat beliau, Pejabat Perdana Menteri, yang mana hanya tinggal serpihan sahaja telah dimusnahkan oleh sebuah peluru berpandu pihak Zionis Israel pada malam sebelumnya. Apabila tiba di pejabat, beliau hiba dan hanya dapat menggelengkan kepalanya. Namun beliau tetap bersemangat dan terus mengecam pihak Zionis Israel yang memusnahkan pejabat beliau dan menculik menteri-menteri dan anggota kabinet beliau ketika sidang akhbar selepas itu.
Apa yang menarik perhatian saya ialah dalam pada masa semua ini berlaku, terdapat satu delegasi Kesatuan Eropah (EU) yang telah datang ke Hospital Syifa' untuk meninjau keadaan hospital itu yang serba kekurangan. Namun doktor-doktor di situ hampa, apabila mereka hanya datang untuk melihat dan meninjau keadaan mereka dan cuma menyerahkan sedikit bekalan minyak petrol yang hanya cukup untuk 2 minggu untuk 'generator' motor di hospital itu. Hospital itu kini terpaksa bergantung kepada 'generator' motor untuk mendapatkan bekalan elektrik. "All the people like them (the EU delegates) is the same, they are interested to know our situation, but no more than that, just like you too," salah seorang daripada doktor itu mengatakan kepada jurnalis BBC yang sedang membuat rakaman itu. "Isn't that right? So what will you do after this, after knowing our situation?," katanya lagi.
Ternyata dokumentari-dokumentari sebegini perlu diperbanyakkan lagi dan ditayangkan di seluruh dunia supaya semua orang dapat tahu bagaimana kehidupan sebenar rakyat-rakyat Palestin. Jika mahu dilihat daripada berita-berita CNN dan media massa Barat yang lain yang ternyata berat sebelah, sampai bilapun ia tidak akan muncul.
Umat Islam perlu bersatu. Sebagaimana kata salah seorang doktor di Hospital Syifa' itu, "In any country, it should be like a pyramid. At the top of the pyramid, there is one leader or one group who leads, and the bottom part of the pyramid, is the followers who follows and being look after by the leaders. But in Palestin, the pyramid is upside down. There are many groups (Hamas, Fatah and others), at the top of the pyramid, leading and going into many direction and the followers are small because being divided between this groups. This is not helpful for the situation in Palestin."
Posted by Izwan Ismail at 8:56 PM