Penyokong Blackburn cedera teruk, disahkan mati

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
LONDON: Seorang penyokong kelab bola sepak Blackburn Rovers, cedera teruk ketika perlawanan kelab itu menentang Stoke City semalam disahkan mati di hospital, kata polis negara itu, hari ini.

Lelaki terbabit, ditemui tidak sedarkan diri di tempat penyokong di stadium, dibawa ke hospital selepas diberi rawatan kecederaan kepala dan jantung terhenti.

Jurucakap polis, berkata: “lelaki berusia 30 tahun itu disahkan mati jam 1.55 pagi tadi di Hospital Universiti Utara Staffordshire.

“Situasi kejadian masih disiasat dan seorang lelaki berusia 25 tahun masih ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Mangsa ditemui terbaring di kawasan berkumpul bahagian selatan stadium sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan, di mana sekumpulan penyokong Blackburn berkumpul.

Ketua Polis yang juga Komander Perlawanan, Adrian Roberts, berkata lebih 1,300 penyokong Blackburn dan tidak ada penyokong Stoke yang terbabit. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register